Friday, April 19

Autumn in Turkiye - Day 2 - Izmir & Denizli

 Assalamualaikum!

Sambung hari ke 2 di Turkiye. Dah 2 tahun dok dalam draft baru rajin nak post πŸ˜‚

Dari hotel di Bursa pagi2 suboh buta kami dah bergerak ke negeri ke-3 iaitu Izmir. Dekat Izmir ni lah terletaknya sebuah kota lama zaman ancient Greece iaitu Ephesus. Masa aku buat research pasal trip ke Turkiye, Ephesus memang termasuk dalam tempat aku paling excited nak pergi sebab aku memang suka tengok bangunan2 lama. Kat Ephesus ni jugak terletaknya Temple of Artemis, which has been designated as one of the seven wonders of the Ancient World!

Dari Bursa ambik masa 4 jam jugak nak ke Izmir. So bas stop kejap dekat R&R and aku apa lagi cari coffee lahh jet leg x habis lagi ui. Suara pun serak2 lagi. Sempat la beli jajan2 sikit buat makan dalam bas. Sepanjang jalan ke Izmir dengar jelah penerangan tour guide. Izmir ni kawasan tanah subur so memang banyak tanaman buah-buahan kat sini. Sepanjang jalan tu kitorang nampak la ladang anggur, limau, peach dengan buah tin. Geram ja tengok kalau jalan sendiri ni dah turun buat photoshoot dah..


Subuh2 dah kena keluaq 


Highway menuju ke Izmir




Borong coklat damak ni sikit2 dulu kat sini sbb ramai recommend & mmg sedap!




Sampai ja dekat Ephesus bas turunkan kami dekat pintu masuk & tour guide brief sekejap then kami pun masuk ke dalam. Kitorang ada 2 orang male tour guide sorang dari Malaysia sorang dari Turkiye. Yang dari Turkiye ni macam abah2 sikit so dia serius ja manjang. Sepanjang dalam Ephesus tu dia bagi penerangan sebijik2 tapi aku tak dengar sangat sebab lebih suka explore sendiri. Tour guide yg dari Malaysia pulak baya2 kitorang je & dia memang dok follow aku dengan Linda sebab takut kitorang terlepas dari group πŸ˜‚. Masa ni dah start kenal2 dengan ahli2 tour yg lain. Ada satu family ni ramai dalam 10 orang. Diorang ni adik beradik bawak mak ayah travel dengan anak2. So memang meriah la tour kitorang dengan kanak2 haha. Pastu ada sorang brother ni  bawak mak dia pastu yang lain geng kawan2 bawak anak & ada yang bujang jugak. Aku dengan Linda ja yang bujang berdua & paling muda. Terasa muda la sat dok dalam group ni 😌 


Masa dalam flight dah kenal dengan sorang kakak ni, Kak Aina nama dia sebab aku duduk seat sebelah dia. Bila dah start tour tu baru tau dia pun rupanya dari legal background jugak &  dia datang dengan 2 orang lagi officemate dia. Pastu yang bestnya ada abang yang dalam group big family tadi pun lawyer jugak rupanya. So kejap ja boleh click dengan semua. Alhamdulilah sangat. Sebab mula2 dulu aku agak skeptical nak travel ikut TA ni sebab takut dapat ahli rombongan yang buat perangai πŸ˜‚. Yelah ikut tour ni semua benda dah tersusun so kalau sorang lambat ke apa akan affect semua orang. Syukur sangat2 ahli group kitorang semua jenis cool & dah biasa travel. Ada kids tapi semua behave. Ada elderly jugak tapi sporting je pakcik & makcik ni sebab dah biasa travel oversea.







Tour guide bagi masa dalam 2 jam untuk tour dekat Ephesus yang bagi aku of course lah tak cukup. Ephesus ni sebuah bandar masa zaman ancient Greece dulu so memang luas. Memang tak sempat la aku nak explore semua. Tapi begitulah dah ikut tour kan harus akurr. Aku gunakan masa yang ada sepenuhnya. Snap gambar pun laju2 sebab tour guide dah aim kitorang takut lambat hahaha. Dalam ni ada photographer yang akan offer untuk ambik gambar dia akan ikut ja korang jalan2. Tapi don’t worry dia tak paksa pun beli. Ala macam kat Langkawi tu ja. Kalau berkenan baru beli. Aku beli la jugak sebab murah sekeping dalam rm7 camtu. Time kitorang pegi ni currency Turkiye jatuh teruk so barang kat sana boleh dikatakan agak murah. Walaupun masa singkat aku happyy sebab aku dah boleh tick one of my bucket list! 😎



Amphitheater tempat lawan2 tu (kot)


Sebahagian dari banggunan Library of Celsus.


jamban tempat orang2 ancient Greek bersosial πŸ˜‚


Handsome tucen dekat sini😸







Selesai tour di Ephesus tour guide bawak pergi lunch buffet. Memang meriah betul lauk kat restaurant ni & semuanya mestilah masakan Turkiye. Nasib baiklah ada yang kena dengan tekak.










Lepas lunch kitorang terus bergerak ke province seterusnya iaitu Denizli. Sebelum tu macam biasalah singgah ke tourist trap seterusnya kedai pakaian kulit. Mana2 tour pun memang akan selit lawatan ke kedai pakaian kulit ni. So ikut sajalahh. Sempatlah layan fashion show kejap. Tapi kalau ikutkan memang murah la leather products dekat Turkiye ni kalau compare dekat tempat lain. Cuma diorang jual guna Dollar or Euro bukan Lira. Ahli tour kitorang ramai jugak yang borong leather jacket. Paling murah dalam 100 Dollar. Aku memang takdak dalam senarai la nak beli leather jacket ni nak pakai pi mana tah. Mau tebakaq kalau pakai kat Malaysia πŸ˜‚Pi oversea pun setahun sekali ja..







Dah malam baru kitorang sampai hotel. Terus dinner & check in. Masa ni aku dah rasa macam mehh sikit sebab lama & jauh weh jarak nak ke satu2 tempat tu so masa banyak habis dalam bas ja. Tapi nasib baik la hotel yang kitorang duduk semua paling cikai pun 3 stars & food semua buffet concept so aku happy la balik πŸ˜†






Esoknya pagi2 subuh sapiee aku & Linda dengan gigihnya jadi orang pertama turun breakfast sebab nak buktikan kat tour guide tu kitorang bukan peserta bermasaalah πŸ˜‚Alhamdulilah demam aku dah kebah sebab lama kot duduk dalam bas tak buat apa2 rehat jaa pastu masa dekat Ephesus tu matahari terik tapi aku tetap pakai jaket sebab nak bagi peluh. Tapi si Linda pulak dah start batuk2 sbb cuaca sejukk. Aku dah pesan kat dia pakai baju tebal2 tapi dia keteqaqq. 

Lepas breakfast pagi tu kitorang jadi orang pertama jugak yang pergi kat bas sebab semalam tourguide cakap pagi2 akan ada makcik datang jual sarung bantal dengan lapik meja murah. Memang murah dalam rm3-10 ja sehelai. Tapi design dia biasa2 jelah. Aku borong la jugak 4 helai sarung bantal dengan lapik meja coffee table berangan nak letak kat rumah baru nanti, 

Nanti rajin aku sambung pasal tour dekat Pamukkale pulak. Yang ni pun aku excited nak pergi jugak sebab tempat tu unik. Ahh semua tempat pun aku excited nak pergi actuallyπŸ˜† 


Till then, Bye!

 

 







Saturday, January 13

Autumn in Turkiye 2022 - Day 1 - Istanbul & Bursa

 Assalamualaikum!


Kelmarin (hari aku start draft post ni) ada notification memories kat FB (ya aku adalah ahjumma yg masih ada akaun FB) pasal trip aku ke Turkiye tahun lepas pastu aku macam ehhh dah setahun cepatnya! Tak sempat lagi aku nak tulis kat blog hahah. Sampai aku dah pegi lagi sekali bulan August lepas combine sekali dengan Umrah. Cerita Umrah pertama 2019 pun tergantung sepi sampai hari ke-5 saja. Dah dekat 2 bulan lebih aku balik dari Umrah kedua tahun 2023. Kemungkinan besar cerita Umrah 2019 terhenti disitu saja. Aku rasa macam nak tulis pasal trip umrah ziarah aku ke TΓΌrkiye 2 bulan lepas tu sebab masih freshh ingatan tapii aku macam hmm trip aku ke Turkiye 2022 tu adalah trip oversea pertama aku lepas covid melanda dunia & aku memang happy sepanjang trip so aku rasa aku nak  documented happy memories tu dalam blog ni 😎

Actually trip ni for the first time ever (selain trip Umrah) aku guna travel agent so nak share pun macam hmmph tak mencabar sebab ni satu satunya trip yang aku boleh bertenang & tak payah susah fikir semua TA uruskan. Tinggal heret beg ikut arah bendera jaa. Tapii walaupun ikut bendera aku still study every place yang nak di visit eh. Semua Sejarah tempat2 lawatan tu memang aku study & macam biasa aku set kan missions.πŸ˜„

Kebiasaannya kalau Turkiye ni mostly orang akan ingat Istanbul ja. Istanbul memang antara cities yang memang dah sekian lama berada dalam dream list aku. So aku memang banyak study pasal Istanbul ja awal2 dulu. Aku memang plan nak visit Istanbul sejak balik dari Umrah 2019 dulu tapi tertangguh la sat angkara covid durjana. So tahun 2022 aku ajak Linda, member aka roommate  since Asasi law dulu untuk join aku bersama2 menjejak mimpi.  Alang2 birthday trip la sebab kitorang September babies tapi trip terlajak ke bulan October sebab tarikh tu ja yang availabale. 

Around June 2022 aku dok survey2 tiket konon nak pergi sendiri la tak mencabar la guna TA. Tapii bila aku compare2 harga tiket flight dengan accommodations semua, guna TA lebih mesra poket la pulak. Maybe research skill aku bab2 travel ni dah agak blunt. Dia kan kalau nak pergi DIY ni kena ramai2 buat research susun itinerary baru excited kalau sorang je beriya dia jadi kurang semangat haha. Linda pulak bukan jenis research2 ni dia memang serahkan kat aku je utk decide. Aku pulak kalau research mmg nak sedetails yang boleh. Maka sebab dah kesuntukan masa (read: malas) & aku plan nak pergi time Autumn so aku decide guna TA jelahh lebih mudahh. Ada few TA yang aku survey & setelah compare punya compare aku pilih untuk pergi dengan muslimtravelbug.

Pakej yang aku ambil adalah selama 10 hari merangkumi lawatan ke 7 negeri dengan harga dalam 5k.. Tiket flight date yang aku survey takdak yg bawah 3k so bagi aku berbaloi dah la 5k tu dah sebab full board dengan meals included so aku tak payah fikir nak makan kat mana hari2.

Hari bertolak tu aku naik grab dari rumah Linda menuju ke KLIA. Excited ya amat sbb dekat 3 tahun x travel oversea sampai passport pun kena buat baruu. Nadz sempat la datang babai kitorang haha. Kitorang naik Singapore Airlines & akan transit 4 jam dekat Singapore. Tapi KL ke Singapore 1 jam ja & Singapore to Istanbul 14 jam so almost the same la timingnya kalau direct flight pun. Aku x kisah sangat transit sebab sat ja & aku pun x pernah sampai Singapore lagi hahaha. 

Sampai Singapore x buat apa sangat pun explore airport kejap & terus ke gate untuk flight ke Istanbul. Since flight kitorang mlm aku memang fikir nak tidoq ja naik flight satgi. Actually aku x berapa sihat haritu demam panas pastu sakit tekak ya amatt. Aku dah cuak takut covid tapi test kat klinik petang tu negative. takut weh dah excited tetiba japgi kena denied boarding nayaa. Nasib baik lah masa tu dah tak strict sangat cuma still kena tunjuk sijil vaccine. Sepanjang dalam flight aku memang x boleh lena la sebab nak bernafas pun susah..So aku layan movie jelah. 


Dapat apple juice for 1 hour flight. jadi la


Sampai dah Singapore 




Tunggu train nak ke terminal 




Singapore Airport 

Kitorang touch down Istanbul dalam pukul 8.50am local time. Walaupun deman nasib la aku boleh tenang2 ja sebab dah ada orang tunjukkan arah nak tuju kemana hahaha.




Earphone & blanket for 14 hours flight 😴


Baked fish with vege. sedapp


ice cream served at 3am 😁


Sampai dah Istanbul Airport 





Sampai ja Istanbul kitorang terus basuh muka & buat apa yang patut sebab akan terus start tour. Kalau ikut TA camtulah memang rushing sikit. Aku ok ja x mandi sebab cuaca sejukk πŸ˜†


Tempat pertama kitorang visit adalah Camlica Mosque. Masjid terbesar di Istanbul & boleh memuatkan lebih 60ribu jemaah dalam satu2 masa. So boleh imagine la besaq dia. 







White roses outside the mosque πŸ’—

Kitorang spend lama jugak dekat Camlica mosque ni sebab tour bas kitorang ada problem pulak so kena tunggu bas lain datang. Ikut tour memang kena expect benda2 camni ya. Lepas bas dah sampai tu kitorang terus gerak ke Bursa. Lama jugak nak ke Bursa ni dalam 2-3jam jugak. Sampai Bursa kitorang terus pergi lunch. Ni lah first time aku rasa masakan Turkiye. Memang kureng sikit la untuk tekak aku tapi sebab dah kebuloq aku telan sajaa. 

Lepas makan kitorang ke Green Mosque untuk solat jamak. Mostly masjid kat Turkiye ni memang tak sediakan ruang untuk ambil wuduk for muslimah so memang kena berwuduk kat toilet & berbayar. Tisu pun diorang akan bagi masa bayar untuk lap kaki supaya tak basahkan masjid. Lepas solat tour guide bawak ke makam2 diraja tapi aku kurang minat sikit so aku masuk kejap then keluar.







Setiap kali makan memang akan ada soup tapi ikut luck kadang sedap kadang hmphh πŸ˜‚


View dekat restaurant yg kitorang lunch


Inside the Green mosque


Nama Green mosque tu sebab tiles hijau ni tour guide la kata.








Dari Green mosque kitorang ke Ulu Cami, antara masjid tertua di Turkiye. Turkiye ni memang banyak masjid so mostly tour akan bawak pergi semua masjid yang famous, Lepas tu kitorang ke Koza Han terletak sebelah Ulu Cami ni ja. Situ memang syurga shopping segala fabric. Tapi tour guide bagi masa sattt sangat x sampai 1 jam since timing dah lari sebab bas problem tadi. Rushing la aku dengan Linda menyoping. Sempat singah 1 kedai ja borong tudung πŸ˜₯

Dari Koza Han kitorang ke Munira kedai tourist trap paling famous di Turkiye πŸ˜‚ Munira ni jual segala jenis product Turkiye. Kira macam one stop centre la nak apa semua ada. Semua TA mesti akan bawak datang sini punya. Even trip umrah aku haritu pun bawak datang sini. Since aku dah buat research & tau sikit2 pasal Munira ni aku memang tak ada aim nak beli apa pun kat sini. Cuma ramai yang cakap tuklish delight sini paling sedap sebab guna madu instead of gula. So aku decide nak beli sini ja untuk bawak balik Malaysia. Memang sedap cuma harganya almost 3 kali ganda dari yang dekat Istanbul πŸ˜…


Ulu Cami


Inside Ulu Cami


Koza Han



Turkish Delight kat Munira


Dari Munira kitorang terus ke Hotel di Bursa. Dinner siap2 dekat hotel then naik bilik rehat & tidoqq. Fuhh almost 48jam baru dapat baring lega rasaa. Walaupun demam tapi bila travel automatic jadi kuat ya πŸ˜‚ Esok pagi2 buta kitorang dah kena gerak ke destinasi & negeri seterusnya yang agak jauh. Antara tempat yang aku paling looking forward to visit! 

Nanti rajin aku sambung. Till then, Bye!