Showing posts with label Sabah 2016. Show all posts
Showing posts with label Sabah 2016. Show all posts

Friday, June 3

Budget trip to Sabah part 2

Assalamualaikum.


Sebelum bos masuk next week curik masa sikit update blog. Bos cuti seminggu pegi Jepun. kaki travel jugak bos ak ni. tahun ni saja dia dan 4 kali cuti seminggu straight. Dia telah meninggalkan aku terkapai2 nak buat kerja alone. Ya Allah stress gila sepanjang minggu ni. Semua department pun nak hempok kerja atas meje aku. Sehari ada la dalam 5-6 orang cari bos. Bila aku x boleh assists diorang, buat muka macam apa-guna-kau-jadi-assistant-bos-kalau-tak-boleh-tolong! (aku assume jelah diorang cakap dlm hati camtu). sampai aku rasa tahap down gilaa sebab x boleh nak jawab segala pertanyaan dan persoalan diorang. hello aku ni kira kategori fresh grad la sebab aku masuk company ni with zero knowledge about development property. Bidang kerja yg totally different from my previous job. dah tentu tentu la aku x boleh nak jawab semua benda. semua benda baru kot bagi aku. lainlah kalau kau tanya macammana nak buat petisyen untuk bankruptkan orang, macammana nak claim insurrance kalau accident, macammana nak buat kalau majikan x bayar gaji or macammana nak failkan saman orang tak bayar hutang, taula aku nak jawabb! hish. Sampai satu tahap aku rasa x layak untuk kerja ni. haha biasala bila tahap low confident tu datang mulala perasaan negatif menguasai diri. Typical me. 

Anyway berbalik kepada tajuk aku nak sambung balik pasal trip ke sabah.

Day 3

Pagi dlm pukul 8 kami dah siap2 dari hotel utk gerak ke jeti nak pegi island hopping ke 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Pagi tu kami breakfast lauk semalam je sebab banyak tak habis (tamak lagi sapa suruh! ) kami tapau 3 bungkus nasi kosong and makan dekat balkoni hotel. dapat la tengok suasana bandar KK pagi2 dari balkoni tu. lepas dah kenyang kami pun terus gerak ke jeti.

Bot sampai dalam pukul 10 and pulau pertama yg kami pergi adalah pulau sapi. .masa mula2 sampai pulau tu masing2 xdak mood sebab penat kot semalam tido lambat. lepas amik mood tengok permandangan dalam  20 min baru la start snorkeling activity. First time aku snorkeling dulu kat Pulau Pangkor masa tu form 3 kot rasanya( bersamaan dengan 10 tahun yang lalu!) so aku macam takut2 berani je. walaupun pakai life jacket aku x berani pegi tempat yg dalam. puas kena hina dengan kakak aku. dia siap boleh tido dalam air -__- tapi dapatla jugak tengok ikan berkeliaran dengan coral. Bot tinggal kami kat setiap pulau dalam masa 2 jam. masuk pulau yang ketiga semua dah penat tapi aku je excited sebab baru berani pegi tempat yg dalam. Bagi aku antara 3 ni pulau yg paling cantik Pulau Sapi. Air dia sama je jernih tapi coral dekat sapi lebih cantik. :)


Pulau sapi



Pulau Mamutik 

Pulau Manukan
kami sampai kat jeti balik dalam pukul 5 petang. Masing2 kelaparan sebab kakak aku tertinggal bekal kitorang kat hotel.sakit jiwa sebab dah tebayang dah nak makan jajan sambil mengadap laut v_v Dekat pulau tu ada jual makanan tapi mahal sikit.lapar punya pasal kami beli jugak share sorang sikit. so masa balik dari jeti tu kami pergi serang kedai seefood semalam tu. gerai yg sama jugak sebab masing-masing malas pikir perut lapaq woi. kami cakap kat abang tu nak lauk semua kurang dari rm100 tapi lepas tambah air semua dekat rm100 jugak la. masa makan tu ada yg singgah ke pasar Philippine sebab ada lagi barang nak beli. lupa pulak hari kedua tu lepas beli pekej island hopping tu kami pegi pasar tu. jalan kaki je dari jeti. masing2 borong ikan kering. kuih wajib beli mestilah kuih signature sabah iaitu kuih cincin n aplong ke aplang ke sebutnya. semua orang borong sorang sekotak. adik yg jual tu dah tolong balut siap2 senang masuk kargo nanti. lepas beli ikan kering tu kami pergi tengok kedai2 yang jual mutiara sabah pulak. memandangkan dulu makteh aku dah penah bawak balik so xde la rasa teringin sangat nak beli. kami beli gelang mutiara jade ja sorang satu. semua kaler sama design lain-lain. adik yang jual ikan kering tu bawak pegi kedai kawan dia so dapatla murah sikit gelang tu.

Balik tu kami dah siap2 nak pegi airport sebab flight pukul 9. Kereta sewa dah pulang pagi tadi so kami naik teksi ja. tambang dalam Rm30. Sampai rumah dalam pukul 2 pagi jugak la sebab flight delay. Nasib baik esoknya cuti.

Maka berakhirlah cerita trip aku ke Sabah. Secara konklusinya best la trip ni bagi aku sebab aku dah lamaa x travel and aku memang teringin nak pergi Sabah dah lama, Ramai jugak kawan Uitm kat sana tapi x sempat nak jumpa sebab masa aku sampai tu hari diorang kerja. Aku pulak pegi last minute so x sempat nak plan, . Walaupun trip ni 3 hari dua malam ja tapi kami gunakan sepenuhnya 3 hari tu sebab sampai sana awal pagi dan fligh balik malam.Kalau ada peluang memang aku nak pergi lagi. tapi nak duduk Kundasang lama sikit. Tak puas satu hari :)




Friday, May 27

Budget trip to Sabah part 1

Assalamualaikum!



Ok straight to the point nak cerita pasal trip ke sabah. Aku x free pun sekarang ni tapi aku tengah stress so nak distract mind kejap. Lama2 simpan nanti takut lupa. So simpan kenangan tu kat sini senang. Pertengahan bulan 3 tahun ni aku, kakak n kawan masing2 decided utk travel ke Sabah. Mmg last minute punya plan. X sampai sebulan pon plan. Kakak dah biasa travel so aku pun letak sepenuh kepercayaan pada dia utk uruskan trip kali ni. Trip ni some sort of self-reward utk aku la lepas hampir setengah tahun aku kerja kat company baru ni. Dah lama aku teringin nak pegi sabah sebenarnya. Alhamdulilah ada rezeki dapat pergi. Tapi dengan badget yg limited la. Backpacker’s style kononnya. Kitorang pergi berempat. Aku dengan sarah, officemate yg baru kenal and kakak dengan kawan dia masa study dulu.


Day 1

Disebabkan kami ambil flight pagi pukul 7.30 maka memang kena gerak awal la dari rumah sbb kami plan nak park kereta kat Putrajaya central and naik train ke klia. Dekat Putrajaya parking sehari dalam rm5 so dapat jimat sikit kat situ. So dengan gigihnya bangun pukul 3 pagi siap2 ambil semua orang n sampai kat klia dalam pukul 6. Check in bag semua ambil masa dalam I jam sbb ada satu kaunter ja yg bukak pagi tu. Nasib baikla kami sampai awal so xla kelam kabut. Perjalanan dari klia ke kota kinabalu ambil masa 2 jam 30min. next time kalau travel pagi buta wajib jamah apa2 dulu sebab pagi tu kami semua kebuluran! Dalam flight dapat makan sosej dengan omelette ja. Padahal perut ni meronta mintak nasik. Dasar anak jati negeri jelapang padi!

Dalam pukul 10 lebih camtu kami sampai di airport KK. Pakcik kereta sewa dah tunggu siap2 kat airport. Lepas sembang2 sikit ngan pakcik tu kami pun mulakan pengembaraan dengan bantuan waze. Destinasi pertama adalah rumah terbalik n muzium 3D. asalnya kami xnak singgah sebab nak terus ke pekan kundasang yg ambik masa dalam 2 jam lebih jugak. Tapi memandangkan muzium ni terletak on the way ke kundasang, so singgah jelah. Bagi aku x ada apa yg menarik pun pasal rumah terbalik n muzium ni. Tiket nak masuk dua2 ni dalam rm30 lebih sorang. Kalau rumah terbalik saja rm10. Mahal la bagi aku sebab dalam rumah terbalik tu x boleh ambik gambar. Muzium 3D tu ok la kelakar so boleh hilangkan stress n mengantuk kejap.






Lepas puas jalan dalam museum tu. Kami teruskan perjalanan ke pekan kundasang .Destinasi pertama yg kami plan nak pergi is Desa Dairy cattle farm yg ade banyak lembu ala2 new Zealand tu. On the way ke farm tu nampak orang jual sayur tepi jalan kami singgah beli utk masak buat makan malam nanti. Nama pun percutian budget jadi haruslah masak utk berjimat! Periuk nasik, belanga, beras semua memang dah bawak siap2 dari semenanjung.Penuh satu luggage dengan makanan saja!. Dengan harga rm5 kami dapat seplastik sayur fresh dari ladang! Ada broccoli, baby kalian, carrot n sawi. Siap dapat free daun bawang lagi. Semoga murah rezeki makcik yg jual tu. Sepanjang jalan ke kundasang tu kalau nampak ada view yg cantik, kami stop la tepi jalan n posing. Tapi jalan ke kundasang ni mmg berliku sikit. So org yg x berapa nak mahir bawak kereta macam aku, tidak digalakkan untuk drive. Bagi orang yg lebih pakar drive. So aku duduk belakang tukang cari jalan and tengok permandangan cantik.sempat la aku telan 2 bijik Panadol sbb aku x tahan jalan berpusing-pusing ni.Walaupun masa tu dalam pukul 3 petang, cuaca redup n sejuk ja. Sejuk ala2 cameron highland la. Memang best bila kena angin sejuk sbb kat semenanjung tengah kemarau el nino. Rasa mengantuk ya amat sebab berjaga dari pukul 3 pagi tapi aku tahan mata sebab nak tengok permandangan cantik!

Sampai kat farm tu dlm pukul 3.30ptg. tiket nak masuk sorang rm5. Aktiviti yg boleh dibuat disitu adalah susukan anak lembu guna botol serta makan gelato n susu lembu fresh. Hahaha. Kami beli sorang sekotak susu n semangkuk gelato. Total rm10 sorang. Nak habiskan gelato tu agak susah sbb dah la cuaca sejuk makan benda sejuk pulak. Portion dia x la besar mana tapi sbb diperbuat dari susu fresh so terasa agak muak nak habiskan. Kalau org yg suka minum susu ok la kot. Kami spend masa lebih kurang sejam lebih kat situ. Memang cantik la view situ. Kakak aku pegi New Zealand last year and dia cakap view kat situ lebih kurang ja dengan New Zealand. Bagusss xpayah la aku g New Zealand dah hahaha.





Lepas puas posing kat situ. Kami gerak ke utk check in chalet. On the way nak ke chalet tu Nampak pasar malam pulak so menyinggah la. Tapi ramai yg pesan kena hati2 sikit beli makanan kt pekan kundasang ni takut x halal sebab majority kat sini beragama Cristian. So setelah usha beberapa makanan kat situ n yakin dengan kehalallannya, kami beli chiken wing sorang dua, kopok leko dengan jangung rebus. Sapa x yakin makan je la jagung rebus tu. chiken wing memamg famous kat sabah ni. Mengikut kata makteh aku yg duduk kat sabah dulu la. chalet yg kitorang booked tu nama dia Nikgold garden. Kawasan dia memang cantik gilaa. Memang recommended la sapa nak g situ. Memang boleh nampak view gunung kinabalu dengan jelas. Dah la kawasan cantik dalam dia pun cantik! Kakak kata dia booked dua bilik dengan harga rm230 tapi x sangka dapat satu chalet siap ada ruang tamu dapur semua. Siap ada periuk,pinggan pisau lengkap dengan dapur gas! Ya allah excited gila masa mula2 masuk dalam chalet tu rasa nak lompat! Walaupun masa kami sampai tu ada blackout kejap tapi x kesah la sebab chalet tu cantik pastu cuaca pun sejuk ja. Cuma kena bergelap kejap la sbb dalam pukul 6 camtu dah magrib. Lepas magrib tu dah ada letrik balik so kami pun mulakan la aktiviti memasak. Tugas aku tolong basuh n potong sayoq ja.haha. kami bawak rendang instant so panaskan je la. memang berselera betul makan time tu. Yela dengan suasana sejuk dapat makan nasik panas2 dengan sayur fresh yg rangup perghhh. Tapi sumpah sayur dia mmg sedap. Kami masak x guna bawang pun. Letak perencah kiub ayam tu dengan daun bawang. Sebab sedap sangat aku ratah sayur tu dekat semangkok! Padahal kalau kat rumah sayur portion paling sikit dalam pinggan.Lepas makan tu semua tergolek yela x rehat lagi sejak pukul 3 pagi semalam. Sambil2 tu kitorang plan nak jalan kemana esok.


gigih potong sayur sebesen!

Day 2


Hari kedua aku bangun awal gila sebab excited.haha.ala lagipun subuh kat sini pukul 5. Bangun2 ja Nampak pemandangan gunung kat balcony subhanallah cantik gila! Terus amik camera pastu tenung permandangan tu sampai matahari naik. Then baru kami prepare utk masak sarapan. Disebabkan aku ngan kakak aku memang anak kedah sejati, so pagi2 kami dah makan nasik.haha. panaskan balik sayur semalam n rendang pastu ngapp. Sayur n nasik banyak lebih so kami decide utk goreng ja nasik tu and pack dalam tuppaware utk makan lunch nanti. Nampak x bertapa jimatnyaa.hahah. tuppaware yg pakai buang tu mmg kami dah siap2 bawak. Kalau dengan kakak aku ni memang. Semua dia dah ready. lepas makan tu aku keluar jalan2 kat kawasan chalet tu. Subhanallah mmg cantik! Nampak full view gunung kinabalu pagi2.

view dari dalam chalet 







hari kedua ni destinasi pertama adalah fish spa. aku ingat ikan die kecik2 je tapi rupanya besar dan banyak pulak tu!. mula2 geli jugak nak celup kaki tapi pikir rugi pulak dah datang x try.manala tau ikan tu boleh sedut lemak sekali.sakit jugak bila ikan ni gigit tapi sakit manja je lah. tiket nak masuk fish spa ni dalam rm5 kot sorang. tapi masa dia bagi dalam 15min je sorang. mybe diorang xnak sungai tu terlalu crowded. tapi 15min pun dah cukup buat kaki berbintat!




dekat fish spa ni jugak ade jambatan gantung.tapi x tinggi sangat pun. alang2 dah sampai naik jelah.



lepas pegi spa ni dah start lapaq nasik.so kami singgah kat KFC ranau beli ayam buat makan dengan bekal nasi goreng pagi tadi. kami teruskan lawatan ke Kinabalu Park n picnic kat sana berlatar belakangkan view gunung kinabalu. tapi masa ni dah x berapa nak nampak sangat gunung tu sebab dah diselaputi kabus.





Lepas kenyang makan kami teruskan perjalanan balik ke KK sebab nak pegi cari package utk island hopping  kat jeti Jesselton pulak. kat sini banyak je package tapi kene pandai pilih n nego.sebab harga dia lain2. berbekalkan kad matrik zaman diploma syariah yg aku sentiasa simpan dalam purse, akhirnya kami dapat package rm50 utk 3 pulau sekali life jacket n gogel. mula2 abang tu x percaya jugak sebab dekat kad tu tulis tahun 2013. pastu aku cakap saya final year student course ni 3 tahun. nasib dia percaya :p. tapi aku rasa kalau x sudent tu boleh je dapat package tu. kene pandai nego je.

malam tu kami tdo kat hotel bajet je tapi boleh tahan la siap ade balkoni. dekat bawah hotel tu pulak ade live band so memang meriah sikit la kat situ. misi malam kedua tu nak makan seafood so lepas isyak kami gerak makan dekat area jeti tu. memang murah la sbb kami amik ikan siakap besar gila siap boleh bahagi 2. satu masak 3 rasa satu bakar. lepastu udang butter, ketam sorang sekor, sotong n kailan. semua x sampai seratus!




Ok lapar dah bila tengok gambar ni semua.nanti ada masa nak tulis pasal island hopping pulak. lepas balik sabah ni aku pegi Pulau Perhentian dengan Redang dengan budak2 office. bila dah free sikit nanti rasa macam nak post jugak la sebab trip tu memang best sangat. tahun ni memang aku rasa tahun travel.sampai kawan2 aku yg lain siap tanya berapa banyak cuti ko dapat setahun asyik berjalan je. cuti aku sama je macam pekerja swasta yg lain cuma kalau time practice dulu memang susah la nak cuti sebab diary penuh dengan tarikh pergi court je. sejak masuk company ni alhamdulilah la senang nak cuti :). mostly trip yg aku pegi ni semua last minute punya plan. lepas tu aku jumpa pulak budak2 satu office yang memang kai travel so aku join la diorang. Setakat ni dalam Malaysia je lah mampu sbb semua last minute. lagipun aku memang dah lama ada impian nak melawat semua pulau kat malaysia ni #projekpulau gitu.tahun lepas aku kemurungan lama kot. so tahun ni kasi chance laaa aku nak tengok dunia :) Oklah aku nak pergi rasa tester kuih raya akak office ni. lagi seminggu dah nak puasa yeayyy