Friday, April 19

Autumn in Turkiye - Day 2 - Izmir & Denizli

 Assalamualaikum!

Sambung hari ke 2 di Turkiye. Dah 2 tahun dok dalam draft baru rajin nak post 😂

Dari hotel di Bursa pagi2 suboh buta kami dah bergerak ke negeri ke-3 iaitu Izmir. Dekat Izmir ni lah terletaknya sebuah kota lama zaman ancient Greece iaitu Ephesus. Masa aku buat research pasal trip ke Turkiye, Ephesus memang termasuk dalam tempat aku paling excited nak pergi sebab aku memang suka tengok bangunan2 lama. Kat Ephesus ni jugak terletaknya Temple of Artemis, which has been designated as one of the seven wonders of the Ancient World!

Dari Bursa ambik masa 4 jam jugak nak ke Izmir. So bas stop kejap dekat R&R and aku apa lagi cari coffee lahh jet leg x habis lagi ui. Suara pun serak2 lagi. Sempat la beli jajan2 sikit buat makan dalam bas. Sepanjang jalan ke Izmir dengar jelah penerangan tour guide. Izmir ni kawasan tanah subur so memang banyak tanaman buah-buahan kat sini. Sepanjang jalan tu kitorang nampak la ladang anggur, limau, peach dengan buah tin. Geram ja tengok kalau jalan sendiri ni dah turun buat photoshoot dah..


Subuh2 dah kena keluaq 


Highway menuju ke Izmir




Borong coklat damak ni sikit2 dulu kat sini sbb ramai recommend & mmg sedap!




Sampai ja dekat Ephesus bas turunkan kami dekat pintu masuk & tour guide brief sekejap then kami pun masuk ke dalam. Kitorang ada 2 orang male tour guide sorang dari Malaysia sorang dari Turkiye. Yang dari Turkiye ni macam abah2 sikit so dia serius ja manjang. Sepanjang dalam Ephesus tu dia bagi penerangan sebijik2 tapi aku tak dengar sangat sebab lebih suka explore sendiri. Tour guide yg dari Malaysia pulak baya2 kitorang je & dia memang dok follow aku dengan Linda sebab takut kitorang terlepas dari group 😂. Masa ni dah start kenal2 dengan ahli2 tour yg lain. Ada satu family ni ramai dalam 10 orang. Diorang ni adik beradik bawak mak ayah travel dengan anak2. So memang meriah la tour kitorang dengan kanak2 haha. Pastu ada sorang brother ni  bawak mak dia pastu yang lain geng kawan2 bawak anak & ada yang bujang jugak. Aku dengan Linda ja yang bujang berdua & paling muda. Terasa muda la sat dok dalam group ni 😌 


Masa dalam flight dah kenal dengan sorang kakak ni, Kak Aina nama dia sebab aku duduk seat sebelah dia. Bila dah start tour tu baru tau dia pun rupanya dari legal background jugak &  dia datang dengan 2 orang lagi officemate dia. Pastu yang bestnya ada abang yang dalam group big family tadi pun lawyer jugak rupanya. So kejap ja boleh click dengan semua. Alhamdulilah sangat. Sebab mula2 dulu aku agak skeptical nak travel ikut TA ni sebab takut dapat ahli rombongan yang buat perangai 😂. Yelah ikut tour ni semua benda dah tersusun so kalau sorang lambat ke apa akan affect semua orang. Syukur sangat2 ahli group kitorang semua jenis cool & dah biasa travel. Ada kids tapi semua behave. Ada elderly jugak tapi sporting je pakcik & makcik ni sebab dah biasa travel oversea.







Tour guide bagi masa dalam 2 jam untuk tour dekat Ephesus yang bagi aku of course lah tak cukup. Ephesus ni sebuah bandar masa zaman ancient Greece dulu so memang luas. Memang tak sempat la aku nak explore semua. Tapi begitulah dah ikut tour kan harus akurr. Aku gunakan masa yang ada sepenuhnya. Snap gambar pun laju2 sebab tour guide dah aim kitorang takut lambat hahaha. Dalam ni ada photographer yang akan offer untuk ambik gambar dia akan ikut ja korang jalan2. Tapi don’t worry dia tak paksa pun beli. Ala macam kat Langkawi tu ja. Kalau berkenan baru beli. Aku beli la jugak sebab murah sekeping dalam rm7 camtu. Time kitorang pegi ni currency Turkiye jatuh teruk so barang kat sana boleh dikatakan agak murah. Walaupun masa singkat aku happyy sebab aku dah boleh tick one of my bucket list! 😎



Amphitheater tempat lawan2 tu (kot)


Sebahagian dari banggunan Library of Celsus.


jamban tempat orang2 ancient Greek bersosial 😂


Handsome tucen dekat sini😸







Selesai tour di Ephesus tour guide bawak pergi lunch buffet. Memang meriah betul lauk kat restaurant ni & semuanya mestilah masakan Turkiye. Nasib baiklah ada yang kena dengan tekak.










Lepas lunch kitorang terus bergerak ke province seterusnya iaitu Denizli. Sebelum tu macam biasalah singgah ke tourist trap seterusnya kedai pakaian kulit. Mana2 tour pun memang akan selit lawatan ke kedai pakaian kulit ni. So ikut sajalahh. Sempatlah layan fashion show kejap. Tapi kalau ikutkan memang murah la leather products dekat Turkiye ni kalau compare dekat tempat lain. Cuma diorang jual guna Dollar or Euro bukan Lira. Ahli tour kitorang ramai jugak yang borong leather jacket. Paling murah dalam 100 Dollar. Aku memang takdak dalam senarai la nak beli leather jacket ni nak pakai pi mana tah. Mau tebakaq kalau pakai kat Malaysia 😂Pi oversea pun setahun sekali ja..







Dah malam baru kitorang sampai hotel. Terus dinner & check in. Masa ni aku dah rasa macam mehh sikit sebab lama & jauh weh jarak nak ke satu2 tempat tu so masa banyak habis dalam bas ja. Tapi nasib baik la hotel yang kitorang duduk semua paling cikai pun 3 stars & food semua buffet concept so aku happy la balik 😆






Esoknya pagi2 subuh sapiee aku & Linda dengan gigihnya jadi orang pertama turun breakfast sebab nak buktikan kat tour guide tu kitorang bukan peserta bermasaalah 😂Alhamdulilah demam aku dah kebah sebab lama kot duduk dalam bas tak buat apa2 rehat jaa pastu masa dekat Ephesus tu matahari terik tapi aku tetap pakai jaket sebab nak bagi peluh. Tapi si Linda pulak dah start batuk2 sbb cuaca sejukk. Aku dah pesan kat dia pakai baju tebal2 tapi dia keteqaqq. 

Lepas breakfast pagi tu kitorang jadi orang pertama jugak yang pergi kat bas sebab semalam tourguide cakap pagi2 akan ada makcik datang jual sarung bantal dengan lapik meja murah. Memang murah dalam rm3-10 ja sehelai. Tapi design dia biasa2 jelah. Aku borong la jugak 4 helai sarung bantal dengan lapik meja coffee table berangan nak letak kat rumah baru nanti, 

Nanti rajin aku sambung pasal tour dekat Pamukkale pulak. Yang ni pun aku excited nak pergi jugak sebab tempat tu unik. Ahh semua tempat pun aku excited nak pergi actually😆 


Till then, Bye!

 

 







No comments:

Post a Comment