Monday, May 9

CUBA CERITA

sbnarnya xtau nak letak tajuk apa ..
setelah 3 hari bermalasan dirumah baru ada mood utk menulis..

akhirnya selesai juga perjuangan utk semester ke3 ini.
lega? belum tentu lagi...
semester ini sebernarnya penuh dgn tekanan.alah sem lain pun tekanan jugak..
kalu x stress bkn eezwani la namanya.heh
tp tekanan ini sama ketika di asasi dulu.juga pada semester ke2 dan tekanan bermula pada sem ke3.kebetulan plak eh.
bezanya tekanan disini berbeza sikit. ruang lingkupnya lebih luas.
 sem ni terasa extra sedikit. punca? mybe dari diri sendiri atau mungkin juga faktor luaran.haishhh

haishhh susah nak cakap lahhh.
perasaan teruja sewaktu awal sem  menurun ke skala terendah bila tinggal sbulan lg sblum final bermula haritu.
perasaan berada dipuncak tu hanya sementara.
 nak gapai ketahap itu mmg susah tp nak mengekalkannya kesusahanya berganda.!!
 smua org tahu kejayaan tu boleh dicapai dengan usaha usaha dan usaha. tp bagi sy itu semua belum tentu cukup kalau ditakdirkan rezeki bukan berpihak pada kita. setuju?

ok cukup dengan kata2 bermadah nehh.

tujuan asal cuma nak bagi tahu saya tidak terlalu berharap utk megapai tahap itu lg pada semester ini.
tp itu bukan bermakna saya tidak meletakkan sebarang sasaran. cuma nilainya mungkin berbeza.
cukuplah dengan tekanan yg saya lalui meniti semester lepas dengan tanggapan seperti sy arif dlm semua perkara .
entah mungkin itu cuma telahan hati.
mungkin ini harga yang perlu sy bayar jika mahu merasai perasaan berada di puncak.
dan kadang2 mungkin wujud rasa mahu dipandang setelah usaha kita berhasil, niat itu juga kadangkala tersasar atas alasan tidak mahu dipandang sepi.
bukan tujuan mahu bermegah atau mewarwarkan rezeki yg diperolehi tapi perasaan halus itu seringkali wujud bila sudah terlalu lama dipandang sepi dan semestinya sebagai insan normal sedikit sebanyak perasaan itu akan menguasai.

ok saya masih bermadah.haishhhh

apa yg boleh sy simpulkan disini .kejayaan yg lepas itu adalah hasil usaha dan doa yang lepas dan dah pun berlalu.
yang mendatang ini belum tentu lagi.sy bersedia dgn sebarang kemungkinan.
 rezeki itu hanya Allah s.w.t yg layak menentukannya..


siapa yg xmau dean list every sem??? cecitee ceciteeee...haishhhh lg sekali.



totally agreeee



xdak kena mgena dgn cerita sekadar mgambarkan perasaan ketika ini ;p

No comments:

Post a Comment