Thursday, July 12

tamat bahagian 5



assalamualaikum wbt...



dengan berakhirnya paper insolvency smlm maka berakhirlah final exm utk semester 5 ini..
1st time balik rumah kali ni abah x payah jemput, 1st time boleh drive sendiri dan sumbat sebanyak mungkin barang dalam kereta.eheh.

actually macam2 dugaan jd sepanjang minggu exam ni. kalau x kuat mmg boleh sawan utk sementara waktu.heh
dugaan kali ini sama hebat dgn semester lepas tp dtg dlm bentuk yg berbeza. kalau semester lepas jawab exam dlm wad tangan menggigil sbb lebam kena cucuk tp kali ini menggigil dlm ketakutan dan trauma. cuma kali ini sedikit berbeza sbb boleh dikatakan berjaya sedikit sebanyak mengontrol diri dan fikiran dr terlalu berkecamuk hasil dr pengalaman semester lepas.haa kan haritu dah ckp pengalaman itu guru terbaik!! terbukti pun.mula menerima hakikat yg dugaan Allah tu boleh dtg bila2 masa saja.jd perlu sentiasa bersedia. mula2 tuh mmg lah banyak setan dok menghasut dlm kepala hotak ni supaya mmpersoalkan kejadian kali ni. kenapa aku lg kenapa tuhan x makbulkan doa supaya dipermudahkan urusan sepanjang musim exam ni kenapa kenapa kenapa?? bila muhasabah diri blk barus sedar astafirullahalazim!! siapa sy nak mempersoalkan ketentuan allah?  berdosa besar hukumnya! jd jalan terbaik hanyalah yakin yg Allah telah menetapkan sesuatu buat saya dan kalau ini yg terbaik harus redha. alhamdulilah esoknya makin tenang. hikmah nisfu syaban. walaupun kadang2 tu tumpuan tergangu jugak. kejadaian ini mmg memberikan impak yg besar dlm hidup. keyakinan diri mula turun mendadak. mulalah nak hina diri sendiri macam2.kejadian apa biarlah siapa yg tahu saja tahu.hi3. mungkin bg org lain kejadian ini biasa dan x perlu diperbesarkan pun.normal dan biasa berlaku pada semua org. tp bg sy yg dibesarkan dlm suasana yg sedikit berbeza dr org lain, keyakinan diri merupakan perkara paling penting dalam hidup dan adakalanya menjadi musuh utama dlm diri.

ok sudah2 bercerita kisah sedih.sekarang mari merungkai kembali apa yg berlaku sepanjang sem 5 ni.

mula2 skali hari pertama masuk kolej dah ada masalah menanti. bertikam lidah dengan roomate baru berebutkan katil.sounds so childish kan! biasalah darah ank melayu yg mengalir dalam diri ni terlalu kuat, hak perlu dipertahankan!! mula2 mmg sudah terdetik mahu mengalah memikirkan bakal berkogsi 1 bilik sepanjang semester ni,tapiiiiii hati mula x sabar dan x boleh tahan tengok dia kurang ajar dengan mama sampai mama pun ckp dia tuh kurang ajar. my mum bukan jenis yg akan senang2 ckp org kurang ajar. jd si polan itu mmg betul2 kurang ajar maknanya. perkara ni sampai dibawa ke pihak kolej sbb sy mahukan keadilan.wah nampak x dah mula nak apply apa yg dipelajari sepanjang hampir 4 thn belajar undang2?.heh. bukan niat sy mahu kurang ajar sy mulakan bicara secara baik tp dia terus menengking dan meninggikan suara sedangkan mama pun ada sama kat situ. sy masih boleh bertoleransi tp bukan dengan org yg kurang ajar dgn mana2 ahli keluarga sy.dan bkn juga niat sy mahu gunakan "kuasa" yg ada utk pastikan sy tidak kalah. kebenaran terbukti bila pihak kolej mengaku kesilapan mereka tp mereka mahukan sy mengalah kerana si polan itu merupakan "ahli" pihak mereka. sy mengalah walaupun hati berat krn malas nak pnjangkan cerita tp esoknya si polan tuh sendiri buat keputusan utk pindah ke bilik lain.alhamdulilah. itu saja yg mampu sy ucapkan.

lepas habis masalah kolej.timbul masalah kelas pulak.kelas yg dihuni sejak semester 2 penuh dan tiada ruang utk sy mendaftar.haishh. bkn x boleh msk kelas lain tp sudah terbiasa dngn suasana kelas tu.kami bersama sejak zaman asasi lg jd masing2 sudah selesa. sedikit salah faham berlaku antara sy dng seorang hamba allah membuatkan sy nekad berpindah ke kelas lain. malas mahu memanjangkan cerita. mungkin dr cerita2 ni nampak mcm sy seorang yg bermasalah dan suka bergaduh kan? terpulang.sy hanya manusia biasa.tuhan menguji dan sy hanya menerima. tp alhamdulilah hikmahnya sy dpt lihat selepas sy berjaya mendapat tempat dlm kelas elektif yg sy mahukan. mula2 diuji jugak sbb hari pertama pendaftaran dibuka kelas tu dah penuh. tp Allah tu maha berkusa dan dia xkan sia2kan usaha hambanya,hasil usaha sy merayu pada lecturer, sy berjaya mendapat tempat dlm kelas tu.syukur ;)

sepanjang semester ni rasanya masa, tumpuan dan wang banyak dihabiskan utk final year project paper. siang malam dan kadang kala x tidur menyiapkan setiap chapter walaupun kredit hour cuma 2 saja. angin ribut segala bagai masa nak siapkan project paper ni perkara biasa.namapun kerja kumpulan. alhamdulialh kami berjaya siapkan jugak walaupun honestly sampai kesudah sy masih ragu2 tentang tajuk yg kami pilih.eheh.






nah ini dia hasil yg x berapa nak bangga ;p





groupmate dikala suasah dan senang



sepanjang sem ni x bnyk amek gambar pun.bkn macam zaman asasi dulu pantang ada waktu senggang sikit mesti aada ja yg keluarkan henpon dan snap. jalan2 pun kurang sekarang tiada acara shopping dan berjalan2 di shopping kompleks pun rasanya sem ni. busy lah sangat kot tu maknanya.skrng usia da makin meningkat tumpuan pun makin ke arah pembelajaran ja.nak cepat2 habiskan belajar. mana ada masa nak amek gamba n main2.chewah. sedikit tipu disitu.heh. ada la 2 3 keping. n ada jugak gmbar kelas di kelas baru ;p




ya itu yg kat seblah tu mmg besfren saya 

gambar kelas baqu.eheh



fara's birthday


no wine n cheese partyyy


sclc BBQ gila kentang.hi2



hmm itu saja kot xtvt sem ni.sekarang tinggal doa dan tawakal saja supaya tiada subject yg akn tersangkut. jujurnya selepas apa yg terjadi semester lepas, aim sy bukan lg utk dapatkan ijazah kelas pertama. sy hanya mahu cepat grad, dapat sambung LLB, apply kerja kat AGC atau buat chambering, berbakti utk mama n abah dan bahagiakan diri dan keluarga. itu saja aim buat masa ni. moga allah akan perkenankan.amin. ;)

sekian.


No comments:

Post a Comment