Friday, September 14

final round

 assalamualaikum...

alhamdulilah semester 6 dah bermula. final round utk my 1st degree. insyaallah ada lg 1 thn lebih utk melayakkan aku mengejar cita2 yang x pernah termimpikan pun dari kecik.sebelum ni semua post aku guna ganti nama "saya".tapi lama2 rasa macam x jadi diri sendiri pulak.penggunaan 'saya' tu mcm terlalu lemah lembut.untuk akulah. sebab aku x lemah lembut manapun.guna 'aku' lebih selesa rasanya.baru sedar diri.eheh.mungkin ini 1 perubahan sbb hari ni aku dah genap 22 tahun 4 hari.hah. seperti tahun2 lalu tiada yg istimewa pun tahun ni. lagi2 besday aku jatuh pada 1st day class start.tapii alhamdulilah tahun ni ada kek! kek tajaan dari sahabat2 yang aku sayang sejak dari asasi lagi dan sahabat2 yg aku kenal di shah alam.banyak benda yg kami lalui sama2.bermasam muka sekali-sekala tuh dah jadi perkara biasa.eheh

aku memang agak teruja nak mulakan semester ni.maklumlah semester akhir walaupun lepas tu kena sambung lagi setaun, at least aku merasa nak konvo dulu. campur dengan asasi dah dekat 5taun dah aku study.org lain dah 2 kali konvo dah pon.haih.lepas sambung 2nd degree lagi setaun tuh mmg aku ada cita2 nak sambung master pulak sbb tu ja caranya aku boleh study kat oversea.heheh. sbb itu memang cita2 aku dari kecik nak study kat oversea.tapi apakan daya bidang yg aku pilih ni kata org lebih sesuai buat kat malaysia saja sbb nanti nak practice kat sini n x banyak tawaran utk peringkat ijazah ke oversea.lagipun aku ni budak aliran sains n result pun boleh lepas masuk unibesti kat malaysia saja.tapi macam aku cakap td dari kecik, menjadi seorang peguam x pernah ada dalam senarai cita2 aku. aku ingat lagi masa aku dalam lingkungan 7 or 8 tahun ada org pernah cakap kat aku kalau jadi lawyer nanti masuk neraka!! ala even sekarang pun ada yang cakap macamtuh.so aku x pernah letak lawyer dalam senarai cita2. even classmate aku masa sekolah pun terkejut bila aku pilih utk belajar law.sampai sekarang pun bila org tanya aku study apa macam segan nak cakap.tujuan aku amik law pun sebernarnya sebab aku xnak jumpa dah dengan subjek yg bernama matematik tuh.haha.

bila dah last semester ni makcik2 dan pakcik2 dah start tanya plan nak kerja kat mana n nak jadi apa.honestly aku sendiri pun x tau! sebab aku rasa macam lambat lagi nak habis belajar.so aku macam malas nak fikir.ada setahun lagi kot weh.ingat lepas grad boleh terus jadi lawyer kaa.rilex lahh.walaupun x pernah ada dalam senarai cita2,.tapi aku seronok belajar law.susah memanglah susah mana ada course yang senang.tanyalah bebudak course lain suma pon.ada ups and down nya.paling aku x boleh lupa bila aku dah mula rasa selesa dengan pencapaian aku, tuhan turunkan ujian, aku dimasukan hospital betul2 sehari sebelum exam masa part 4. memang dunia kelam seketika lah masa tuh.mula2 memang x boleh terima sebab memang akan effect impian aku nak dapatkan 1st class degree n make mama n abah proud. yupp cgpa aku mmg agak terjejas tapi masa dapat result tuh aku x salahkan masuk hospital jadi punca walaupun ada yang ckp aku deserve better. memanglah mula2 frust sbb aim aku tinggi tapi jauh di sudut hati aku rasa aku rasa aku deserve banyak tu saja sbb usaha aku setakat itu saja.seriously.x main2.aku boleh terima sbb aku tahu tuhan dah aturkan yang terbaik untuk aku.mana tau kalau aku capai impian aku tuh aku jadi sombong ka anak durhaka ka apa kan.heh. dan aku sedar tuhan xkan sia2kan usaha hambanya.mungkin sekarang bukan masa untuk aku. Btw, untuk pengetahuan, study law bukan semata2 boleh jadi lawyer pergi court ja tau.banyak lagi bidang yg aku boleh ceburi. chewah.aku cerita macam lah dah nak habis study esok padahal ada lagi satahun pastu insyaallah ada rezeki nak sambung master pulak.jauh lagi perjalanan aku hoii.tapi xpa sekarang dah boleh start berangan laaaa sbb aku dah dua puluh duaaa.



 yeye ada kek!



ini muka dua puluh dua tahun =)


No comments:

Post a Comment