Bismilahirohmanirohim
assalamualaikum!
huehueheuhue tajuk macam gempak gilo.ini adalah utk menggambarkan hidup baru aku selama 7 minggu ini. another word would be.. hectic! kluar pagi malam baru balik,hari2 ada kerja kena buat,kena update itu ini,calender suma dah penuh bertanda sampai jun,1 hari ada 3 asgmen kena hantar! hoishh no life ko kata?? well thats my life! for now. to make it more "awesome", 1 day before convo ada test and there will be another test the next day after the convo! huehuheueheu. jadi mengapa aku masih berada dihadapan laptop menulis post ini?? kerana sekarang ni mid-term break. yg aku rasa bole tuka jadi mid-term "breath ". sbb ni ja waktunya aku rasa aku bole bernafas sambil gelak tengok running man. ya aku juga antara yang telah tewas dengan penangan running man yang aku rasa cam x bermanfaat langsung suatu ketika dulu...
yang pasti aku sedang cuba menyesuaikan diri dengan "kehidupan" baru neh. memanglah haritu mcm dah sediakan mental semua bagai. cakap senang buat tengokk. paling penting waktu tidur aku memang dah kacau bilau tahap gaban paling berdosa. pertama kali aku hanya tidur 3jam sbb x ready lg utk jawab test keesokan harinya. selama 4tahun aku blaja law,itulah pertama kali. tanyalah sapa yang penah jd roomate aku. xbesedia macam mana pun aku akn tetap tido.walaupun esok final exam. bukan belagak weh jauh sekali mahu menjaga kecantikan wajah tp aku ni dah memang spesis genetik kena cukup tidur.klo x aku akn emo x tentu pasal n darah bole naik sampai kepala n kesannya 1 keja pun xbleh jalan harituh.tapi itu semua kisah lama.boleh dijadikan sejarah hidup sebelum aku melangkah satu langkah lagi kehadapan. aku sekarang berada dalam kelangan mereka yg sentiasa mahu berada dihadapan. walaupun aku cuma semut tapi aku kena jadi semut merah. kerja kuat n bila kena gigit sakit! huehueuhue.aku harus cari jalan utk tukar struktur genetik tersebut.aku perlu korbankan sesuatu. ini utk masa depan.heh. jadi utk mendapatkan masa depan yg lebih cerah. moleklah kiranya aku tamatkan sesi bermonolog aku disini. cuti sem nanti mungkin baru ada masa utk update.till then.
p/s: bila stress terasa nak tuka cita2 nak bukak bakery kaler putih kat korea dipenuhi kek n ice cream yg aku bole makn bila2 masa sambil tengok cita korea life depan mata huehuhueheuehe.
No comments:
Post a Comment