Thursday, February 11

Real world

Assalamualaikum!



lamaa sungguh laa x meqapu. lupa dah wujudnya blog ni. niat haritu bukak sbb nak delete tp rasa sayang pulak. sbb aku penah kata blog ni macam virtual diary utk aku ingt balik apa penah jadi dlm hidup aku. bila baca balik semua post ya Allah childish gila. malu gila baca.kalau aku yg sekarang baca post2 camtu mesti aku tuduh budak ni poyo n bajet. hahaha.tapi apa bole buat itu la diri aku sendiri suatu masa dulu.bila baca balik baru nampak proses tumbesaran otak tu cemana :'). macam macam jadi dlm hidup aku dalam masa 3 tahun ni. aku nak cerita pasal ayah tapi nanti nanges pulak kt office ni so hold dulu lah.

Well kalau post yg last sekali tu pasal baru habis belajaq,(skip bab chambering sebagai kuli 9 bulan) sekarang aku dah ada kerjaya :). dah dekat setahun dah weh.aku kat office la ni bosan x dak reja sbb semua org x balik cuti lg sempena raya cina. pastu tergoogle blog sendiri n ter sign-in. maka terhasil lah post ini utk kill the time.tehehe.lepas habis llb haritu aku sambung amik syariah pulak kononnya nak take time nak pikir apa nak buat dengan hidup. mana la tau kot2 dapat hidayah terminat nak jadi peguam syarie. walaupun aku xdak effort lagi nak pegi apply lesen tapi niat di masa hadapan tu ada la sbb aku mmg minat family law.(see ada jugak bidang law yg aku minat). tapi memandangkan bidang kerja aku sekarang bukan ke arah tu, so aku pendam la dulu minat tu. bidang aku sekarang lebih kepada subjek yg penah aku benci suatu ketika dulu iaitu company law. actually aku x la benci sangat subjek tu tapi lebih kepada takut kt lecturer yg ajaq tu la. mesti dia x sangka budak yg paling berat mulut dalam kelas dia (dlm semua kelas pun aku berat mulut!) memilih subjek dia sebagai kerjaya.jangan kata dia, aku sendiri pun x sangka!. aku kan jenis xdak specific preference dlm memilih kerjaya ni sbb kurangnya passion aku pada law. maka aku grab saja apa yg depan mata. aku x tahu apa yg aku nak tapi aku tahu apa yg aku xnak.gitulah.so buat masa ni aku kerja la sini dulu kutip pengalaman. ini merupakan tempat kerja kedua aku sebenanya.lepas habis chambering haritu aku memilih kerjaya sebagai peguam litigasi kt sebuah small firm di Pj.Memula tu seronok jugak naik turun court dengan rasa bangga pakai kasut tumit tinggi keletup kelatap jalan. rasa macam fuhh ini rupanya perasaan ada kerjaya best. macam bebaloi la aku tegolek teguling menghafal dulu selama hampir 7 tahun v_v.

tapiii lelama aku rasa that is soooo not me. bukan kerja yg macam aku bayangkan dlm drama tv (aku selalu berangan nak kerja office mcm dlm tv tu ok). almost everyday aku stress. sampai satu tahap masuk office pun x mampu nak senyum. nak kata kerja banyak tu x la sbb aku baru n bos pun faham skill aku tahap mana ja. gaji sikit tu aku x kesah sangat sbb bepatutan la dgn pengalaman yg x seberapa. lagipun aku bkn ada komitmen banyak sangat.kereta pun aku x tukar sbb kononya nnti aku sambung master kt oversea sapa nak bayar.(berangan ja dulu). tapi banyak faktor yg buat aku stress. salah satu sbb jalan nk ke office tu jem gila n aku kena kluar seawal mungkin especially kalau kena pegi kl court jalan duta nun. mmg org akn cakap biasa la kalau xnak jem dok kampung la. tapi sebagai seorang yg bukanlah morning person dan ditambah dengan skill memandu yg lemah, faktor jem tu boleh buat aku bebai sampai petang. tapi itu bkn sbb utama la. aku boleh ja betahan pasal jem sikit2. faktor utama adalah bos aku tidak berlaku jujur. dia jenis cakap pusing2 n aku x bekenan cara dia handle client. mmg aku dah expect dlm dunia guaman ni mesti akn ada noda2 hitam sikit. x boleh jujur sangat kalau x susah nk dapat kes. semua itu normal.masa chambering dulu pun aku dah aware. aku x nafikan aku bukan baik mana pun. tapi lama2 aku rasa x sanggup nak jadi sebahagian dr kaler hitam tu.aku belajar undang2 bkn untuk kenakan org! so mcm agak bertentangan sikit dgn prinsip. itu pendapat n prinsip peribadi aku laa.aku x kondem pun sapa2 yg terus memilih utk teruskan kerjaya ni.jangan salah faham pulak.malah aku berbangga kot dengan kawan2 seagkatan. kadang2 aku jeles sbb hati diorang  ni kuat. confident diorang tinggi.lepas tu title peguam tu hebat kot. orang dengar pon takut.parents mana x bangga kalau tanya anak u kerja apa? o anak i lawyer :). Tapi nak jadi peguam ni mmg kena hati keras banyak. kena sedia terima caci maki hamun. kalau cenggeng n sensitip serta pemalu  (kena sergah dgn kerani kt court pun air mata bergenang) macam aku ni better x payah laa. aku ni nak besuara dlm kelas pun tunggu kena paksa bayangkan la perasaan aku nak mengadap tuan hakim nun. aku sendiri pun amaze sebenanya dengan diri sendiri. nak merasa digelar peguam punya pasal aku telan ja rasa gugup takut semua. padahal dari sekolah rendah sampai unibesti org tau aku ni penakut macam mana. macam xdak harapan pun nak pumpang2 begaduh dalam court. elok dok office ja jadi conveyancing lawyer jelah. (itu mmg cecita aku memula dulu pun).

Tapi lepas hampir setengah tahun dan setelah ditambah faktor2 diatas serta beberapa kali istikarah maka aku pun tender la resignation letter tanpa ada backup.maksudnya aku x dapat mana2 keja lain lg la masa aku tender tu. bos aku mmg xnk lepas  so dia suruh tender 2 bulan. aku tau dia marah sbb aku janji dulu nk kerja lama tp apakan daya hati aku bukan disitu lagi. aku ikut jela kehendak dia sbb aku yg mungkir jnji. tp dlm masa dua bulan tu mmg macam2 dugaan la dia bagi. sukati ko la bos jnji aku bole keluar dgn hai yg tenang. itu yg aku pegang selama dua bulan. Dan aku tau mama sedih bila aku cakap nak resign. dia lebih kepada risau actually. yela bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. dah dapat nak behenti pulak. aku yg paling lambat habis belaja pulak tu. anak org lain dah beli rumah, kereta, jet ski,kerusi jati, pasu bunga semua.. of course la dia risau. tu pun aku dapat tau dr besfren aku. mama x cakap ngn aku depan2 tp dia ckp kt besfren aku dia risau.hemph u know la that mother's worried feeling tapi dia x tunjuk. aku pegi interview dulu bawak mama kot n aku signed offer letter tu depan dia. bila mama angguk baru aku sign. xdak lagi org buat camtu aku rasa. sampai bos pun gelak ja.(masa tu aku ingat dia baik sbb gelak2 hemph).

lepas habis 2 bulan tu aku pun membadak la di rumah.mana la mama x risau. budak ni macam xdak tujuan hidup.teehee.jiran2 plak dah start perasan n tanya mama kenapa aku x klua rumah pagi2 buta dah.hishh tension pulak aku ada jiran terlebih caring ni. mama pun buka mulut akhirnya. tapi dia cakap selembut mungkin xnk bagi aku terasa. mother's love :) you will always be my number 1 priority ma!.kalau ikut hati aku nak terus sambung master tapi rasa macam penat pulak belaja x habis2. pastu jeles pulak tengok orang kerja boleh beli macam2.haha. maka bermula la 3rd round  (1st round masa chambering, 2nd,after chambering) of job hunting. tetiap hari aku hanta resume sampai tahap aku lepak dekat kfc la nak internet laju punya pasal.tp semuanya x berbalas. aku x nafikan mmg stress tahap gaban time tu. hiish ada kerja stress xdak kerja pun stress. apa kau nak wahai eezwani.aku dah bayangkan semua org gelakkan aku n cakap padan muka sapa suruh resign tanpa backup.ouchh. ada la 0.00001 penyesalan di situ. tapi aku yakin perancangan Allah x pernah silap. dia dah sediakan sesuatu yg lebih baik utk aku. aku cuma perlu doa n tawakkal ja. dan akhirnya masa aku tengah enak lena lepas subuh aku dapat call dr company yg aku kerja sekarang. Punya la control suara xnk nampak mcm bangun tido! kalau nak ikutkan kan org cakap tido lepas subuh rezeki x masuk. tapi alhamdulilah Allah dah tentukan rezeki aku haritu. syukur sangat2. Memula rasa sayang nak tinggalkan profession guaman. dulu aku plan (ada plan rupanya)  nak practise dalam 2 tahun pastu nak amik master n pap! terus jadi lecturer. tapi plan allah tu lebih baik :). niat nk jadi lecturer tu ada la lagi tapi buat masa ni aku cuba ja dulu bidang baru ni. masa aku mula2 masuk dulu pun ramai yg cakap eh ruginya u masuk sini x jadi lawyer.walaupun aku masih dalam legal department tapi lawyer company mcm aku ni org dah x regard as lawyer dah. tapi masih buat kerja2 dlm legal field la. cuma xde la saman meyaman org lagi.pergi court pun once in a blue moon ja.gitu. kalaulah korang tau lawyer tu hanya gah pada nama..bukan aku x cuba untuk apply law firm lain. malah sebelum aku accept offer company ni aku dah tolak offer 3 firm. aku jadi xdak hati nak masuk kerja dengan firm balik. aku accept offer company ni pun sbb dekat dengan rumah. x jem langsung! n ada la kenaikan gaji sikit berbanding dulu.pastu ada laa benefit kalau aku nk beli rumah etc. kerja pun lebih relex. tengok ni siap boleh update blog time office hour lagi haha. at least aku boleh senyum n ada masa nak gelak2
. ada la sikit macam yg aku tengok dalam dram tv tu. (nampak x pengaruh drama kat aku!) pastu kawan2 pun x la semua lawyer ngn akak kerani ja cam dulu. kat sini aku kawan dengan engineer, accountant, architect. terbukak la sikit minda tu. nak kata boleh bertemu jodoh tu payah la sikit sbb sini macam 60% Chinese. walaupun aku prefer chinese look tp masalahnya chinese look tu x prefer aku.bahaha.ok enough la bab jodoh. nnti la aku buat post khas pasal jodoh. x lari nye gunung dikejar. eh padahal aku nak delete blog ni ada hati nk buat next post lg pulak. hmm nantilah aku fikir nak delete ke tak.sekarang aku lapa xleh buat keputusan.Babai





No comments:

Post a Comment