Monday, March 21

Perihal kerja

Assalamualaikum!

Well harini bos aku cuti n macam biasa sempat ja aku jengok dinding ni. Aku mengantuk sebenarnya ni. Semalam baru balik becuti kat sabah penat x hilang lagi masuk office dapat tau bos cuti terus rasa nak lompat! Ada ja kerja kena buat tapi lebih kepada pembacaan n research. Kepala otak ni rasa macam dok dalam bot lagi so sangat x sesuai nak membaca (best x alasan aku). Aku rasa ni maybe post yg last before aku start busy. Kalau ada masa aku nak post pasal percutian ke sabah.kalau ada masa laa. Kerja aku dah start bertambah serius. Dulu memula bos kasi keja senang ja setakat buat notice, buat surat, anta kad ucapan raya and tampal nama fail, tu jelah keja aku. Haha. Tapi sekarang dah bertambah serius aku dah start kena vet agreement, draft agreement ,stay update dengan new law enforcement berkaitan hartanah and draft company policies. (Haa serius x bunyinya ). Agreement yg aku kena vet dengan draft bukan macam yg aku pernah belajar dulu. Semua agreement yg aku x penah tengok or terpikir langsung agreement tu wujud. Segala macam agreement yg pelik2. last week aku kena draft agreement pasal mesin yg hasikan campuran simen untuk buat banggunan. Dah x pasal2 aku kena buat research pasal jenis2 simen dengan nama2 mesin yg buat simen tu! Siap kena specify kena campur berapa ml air, pasir n segala bagai bahan nak jadikan simen tu concrete. Boleh tahan biol la kepala otak aku selama seminggu. Memang lari bidang sungguh. Dengar macam bosan kan tapi ok la aku dapat ilmu baru pasal jenis2 simen :’). Lepas tu bulan lepas aku draft agreement pasal syarikat pengiklanan. Bagus gak la aku dapat ilmu baru yg well, ntah bila aku akan guna. tapi x semestinya kena guna kan ilmu tu. Kira sebagai pengetahuan am la.

Lepas ni aku yakin dan pasti akan ada banyak lagi agreement yg pelik2 aku kena hadap. Kalau nak ikutkan bidang kerja sekarang ni agak dry n bosan sebenarnya. Memerlukan daya ketahanan yg kuat untuk baca n buat research. Tapi bagi aku semua kerja pun ada pro n cons. Hanya orang2 yg bertuah ja dapat kerja dalam bidang yg memang dia suka dan enjoy atau dapat jadikan hobi sebagai kerjaya ( bunyi macam aku x enjoy kerja sekarang la pulak) Bukanla aku x enjoy kerja sekarang tapi macam aku cakap la semua kerja pun ada pro & cons. Susah la nak jumpa orang yg hari2 happy nak pergi kerja. Hari2 kalau aku rasa malas nak pergi kerja cepat2 aku cakap dalam hati alhamdulilah aku ada kerja n masih mampu nak pergi kerja pastu senyum sorang2 depan cermin macam orang x betul.Kalau nak bandingkan kerja sekarang dengan dulu, aku bersyukur tak terhingga. Hampir kesemua doa aku masa stress time nak dapat kerja dulu dimakbulkan :’) Alhamdulilah sangat2. Merungut sekali sekala tu biasalaaa. Oklah dah hilang sikit mengantuk aku nak sambung baca n research pasal pecah sempadan tanah nak buat banggunan sekolah. Bleghhhh 

No comments:

Post a Comment