Tuesday, May 29

Trip to Seoul, Korea Spring 2018 - Preparation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Post pertama di tahun 2018 :D . Alhamdulilah harini dah masuk Ramadhan ke 14. Pertama kali berpuasa & bersahur sorang2 :') Nope aku bukan tengah free. Masih di office yg sama dan kerja yg sama. Baru baca 2 baris agreement mata dah berpinar x_x tergerak hati nak share pasal trip aku ke Seoul, Korea bulan lepas sbb baru lepas transfer gambar masuk pc. Heh.

Sesungguhnya aku amatlah excited untuk trip kali ini. Sebab aku buat semua sendiri. ok tipu aku bukan buat sorang. Aku bersama2 bff si Nanad plan trip ni dr A to Z sendiri. Both of us baru nak berjinak2 dalam dunia travelling memandangkan keadaan kewangan kami dah agak stabil lepas dah 3 tahun kerja (tepuk bahu sendiri) :') . Memandangkan dua2 belum ada komitment yg besar jadi moleklah kiranya kami salurkan kewangan yang ada serba sedikit ni untuk menghiburkan hati sendiri dengan melawat tempat orang. Penat dah kerja non-stop so this is the time nak reward diri sambil tengok negara orang dan juga sempena 10 tahun friendship kitorang :) Aku ni dr kecik mmg suka bejalan bawak p supermarket pun aku dah happy gila :). So dr zaman belajar aku dah aim dah time kerja nanti nak kumpul duit pergi travel. Lepas dah  3 tahun kerja & ptptn loan pun dah settle baru la aku berani nak plan trip secara besar besaran tapi masih  berhemah. Sebelum ni aku pergi trip dalam Msia ja.Paling jauh pun Sabah je last year. Last pergi oversea tahun 2011,  pergi Ausie & tahun 2013 pergi Indonesia. Tu pun pergi dengan family. Aku sejenis malas nak plan sebenaqnya sebab trip2 aku sebelum ni selalu dah ada orang yg volunteer nak plan so mostly aku ikut ja. Tapi untuk trip ke Korea ni, memandangkan kami pergi hanya berdua, so masing2 kena plan bersama2. Kenapa Korea? Bukan sebab Kpop semata2 ya. Walaupun aku pernah (dan masih) mengilai (dalam keadaan terkawal) drama2 Korea, tapi itu bukanlah sebab utama. Sebab utamanya aku teringin nak merasa musim bunga. Terutama bunga Sakura. Optionnya adalah antara Jepun dan Korea. Memandangkan currency rate Jepun lebih tinggi so aku pilih Korea. Jepun aku masukkan dalam waiting list sebab aku juga adalah peminat drama2 Jepun satu ketika dulu & ada basic japanese language yg aku belajar selama 3 semester di Uitm dulu.hew3. 

Kami bahagikan tugas sama rata. Nanad cari tiket. Aku uruskan  accommodation & itinerary. Berbulan jugak la kami buat research. Finally we managed to get a ticket dengan harga lebih kurang RM650 return per person (without insurance,luggage & meal). Tu pun dah hujung spring sebenarnya. Pergi 22 April balik 28 April. We bought the ticket around July 2017. Awal January 2018 baru keluar sakura blooming punya forecast that is between 10-15 April. Frust jugak sebenarnya mula2 tu sebab rugi la pergi time spring tapi x dapat tengok sakura :( Tapi tak palah hentam jelah tiket dah beli . Aku cakap kat Nanad sakura xde xpe kita p cari tulips je lah. Mula2 plan nak stay di Busan sehari sebab rasa macam lama kalau seminggu kat Seoul saja tapi bila check tiket train or fligh ke sana agak mahal dan macam x berbaloi kalau nak stay sehari ja. So kitorang decide pergi Seoul ja dulu nanti next time kalau ada rezeki boleh plan ke Busan & Jeju pulak. Honestly, seminggu tu tak cukup untuk cover Seoul sebenarnya walaupun itinenary kitorang memang pack gila.

Aku memang buat research gila2 untuk trip ni. Boleh kata blog2 travel blogger yg famous semua aku baca dan bookmark kat pc. Siap ulang2 baca. Siap study seoul map, subway map, laluan bas, suhu, tempat makan semualahh. (termasuklah tengok berpuluh2 episode drama Korea ;) Memang boleh dapat A lah untuk subjek geografi Seoul :D.  We pre booked semua benda siap2. Hari2 bukak website Agoda & Booking.com untuk cari guesthouse paling murah. Finally we decided untuk stay di area Jongno. Jongno ni antara bandar lama di Seoul dan berdekatan dengan istana, tempat2 bersejarah dan pusat kesenian dan kebudayaan. Kira kawasan pekan lama la. Selalunya tourist suka stay di area Myeondong, sebab situ kawasan shopping yg memang happening tiap2 malam. Hongdae pun ramai tourist suka stay sebab berdekatan kawasan universiti so memang antara kawasan yg havoc. Kalau nak dekat dengan makanan halal boleh stay di Itaewon. Situ ada Seoul Central Mosque, satu2 satunya masjid di Seoul. Tapi situ tak banyak tourist attractions & banyak club. Gangnam pulak kawasan elite ala2 Pavillion & Mont Kiara. Haa nampak x aku dah hafal mostly tempat2 tarikan dekat Seoul ni. Kitorang pilih  Jongno sebab situ paling murah :) . Aku dah letak limit siap2 untuk trip ni. So semua harga memang aku pantau supaya x over budget. Untuk accomodations aku limitkan  pada RM600 ja. Janji guesthouse tu dekat dengan subway, dan walking distance untuk ke tourist attaractions. Guesthouse adalah pilihan terbaik untuk budget traveller di Seoul. Korean currency almost 4 kali ganda dr RM ok so pandai2 lah fikir kalau nak duduk hotel seminggu. Guesthouse ni konsep dia macam hostel or rumah tumpangan. Mostly semua benda kena share. Tapi aku memang pilih yg ada private bathroom dalam bilik senang nak solat semua. We choose to stay at 24 Guesthouse Jongno. Walaupun bilik dia (sangat) kecik, tapi location memang superb sebab keluar exit subway toleh belakang sikit dah jumpa. Nak booked guesthouse di Seoul ni memang kena baca review betul2 sebab kadang2 ada yang dekat dengan subway tapi kawasan berbukit or xda lift. So bercintalah nak mendaki. Aku memang baca satu2 review dekat Agoda, Booking.com, hotels combine, tripAdvisor, u name it. Awal2 aku dah aware Jongno ni kawasan pekan lama so x ramai orang stay situ & malam2 agak sunyi. Tapi mostly review location dia strategik & banyak tourist attaractions within walking distance.  Plus dia ada private bathroom & paling penting murahhh. Cuma jauh sikit la dari tempat shopping. Kitorang dapat lebih kurang RM670 untuk 6 nights. Over budget sikit sebab mula2 kitorang dah bayar kat website guna RM tapi sampai sana owner tu cakap dia x terima payment lagi so bayar guna Won jadi mahal sikit. Currency rate masa kitorang booked tu tu 3.6 je tapi sehari sebelum fly dah jadi 3.9. Our room memang muat2 untuk tidur letak barang je. Aku x kesah sangat sebab memang sekadar nak tidur ja sebab seharian kitorang memang kat luar berjalan. Tapi kalau ada rezeki ke sana lagi nak try duduk Myeondong or Hongdae pulak sebab senang nak shopping :)


Sampai depan guesthouse terus bercucuran hujan rahmat. (payung bawak dari Msia sbb dah check whether forcast ok )



Oklah nanti aku sambung lagi. nak sambung baca agreement sambil tahan mata kejap. Annyong!

No comments:

Post a Comment