Thursday, November 2

2 Years of Struggling

Assalamualaikum.

Post kedua 2017 :)  Jam baru pukul 3.19pm, baru lepas lunch, mata sedikit mengantuk, menaip pakai PC office dan ade dua agreements kat sebelah aku yang sedang tunggu turn untuk diberikan perhatian.Blerghh

Mentang2 baru habis sesi soal jawab KPI terus rasa tak perlu nak berwibawa sangat. Yakin ke tahun ni boleh dapat bonus?? Bahaha. Well, harini 2 November 2017 marks my 2 years working with the company! Ehh apasal rasa macam dah lamaa -_- Masa mula2 kerja baru umur 25, innocent, berdisiplin, cergas, taat dan setia. Sekarang..,masih inoocent, masih berdisiplin, tak berapa taat tapi masih setia dan berumur 27 WEH. Tak tahu lah nak describe perasaan macammana. One thing for sure, I feel OLD.  Walaupun aku masih merupakan seorang noona fans untuk artis kpop yg rata2 berumur 20 ke bawah, :') masih menonton kartun di masa lapang dan masih bergaduh dengan adik aku berebut remote tv, deep down inside i know im old enough untuk merencana masa hadapan. kah. Masa depan maksudnya beli rumah, kumpul harta la. Bukan jodoh semata.I know im not ready for the jodoh part. Dont argue with me on the cartoon and kpop, there are my source of happiness ok! Tapi aku takdaklah sampai pergi konsert beli album ka apa. Sekadar tengok video klako je. 

Whatever it is, wajar kiranya aku mengucapkan tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya bertahan mengharungi liku2 pekerjaan yang begitu mecabar ini. Mencabar untuk aku lah. Untuk orang lain mungkin lebih senang. Untuk manusia emo macam aku, mencabar la. Nak layan aku punya social anxiety tu ingat senang ka.Alhamdulilah dah terkawal sikit. Gitulah. Nak tak nak kena kerja jugak jumpa orang sana sini. tak kan nak melepet tengok cartoon kat rumah pulak. Tuhan dah letakkan aku kat tempat yang sepatutnya. Tak payah comparelah dengan orang lain ( waalaupun kadang2 "ter"compare :[) . Bila nampak orang lebih, kadang2 kita tak sedar kita dah dapat lebih daripada apa yang sepatutnya.Tujelah kot nak cakap. Kalau rajin nanti aku nak post pasal trip2 yang aku pergi. mungkin boleh jadi rujukan nanti. Akhir kata, majulah diri sendiri untuk diri sendiri! 

2 comments: