Thursday, August 16

Trip to Seoul, Korea, Spring 2018 - Day 2- Everland Themepark

Assalamualaikum :) 


Hari ni hari Khamis esok dah jumaat yeayyy. Haha aku suka tulis blog on random days like this walaupun kerja bertimbun v_v . Sambil tulis post ni sambil baca agreement sebanaqnya. Agak2 bosan aku sambung tulis kat sini, pastu bila tadak idea nak tulis sambung baca agreement balik :) Jadi marilah sambung cerita trip to Seoul :)

Hari ke2 di Seoul kitorang terjaga dalam pukul 6.30 tapi kat luar dah cerah terang benderang. Bila check rupanya subuh dalam pukul 4 lebih. Maka subuh dinasour la kitorang pagi tu… Siap2 semua makan roti and tuna buat breakfast and tapau sikit buat bekal.  Masa buat breakfast kat pantry tu kitorang berkenalan dengan tourist dari Morroco. Diorang ni adik beradik. Diorang bagitau yang diorang muslim (memula kitorang tak tau sebab diorang free hair & muka mat Salleh habis)  & tanya kat mana boleh dapat makanan halal. Aku pun senaraikan la restaurant halal yang aku tau kat Seoul ni. Diorang bagitau diorang memang tak bawak bekalan makanan halal sebab nak try makanan kat sini. Lepas dah sembang sedikit sebanyak kitorang pun bergerak menuju ke subway station untuk ke Everland themepark.

Dekat guesthouse ni dapur semua complete & boleh masak :)
breakfast dalam kegelapan sebab x jumpa suis lampu.kah3

Sebelum keluar kitorang memang dah pakai baju hujan and bukak payung siap2 sebab dah nampak hujan lebat kat luar. Tiba tibaaa ada sorang Ahjumma (Auntie) datang jerit2 kat kitorang sambil tunjuk2 kat payung yang kitorang pegang. Aku memang x paham sepatah la apa dia cakap sebab laju gilo. Tiba2 dia tarik tangan Nad ajak ikut dia & Nad pun menonong ja ikut dia naik lift. Aku dah terpinga2 dah kat situ tak tau nak buat apa. Terkejut pun ado sebab Ahjumma tu jerit macam kitorang buat salah. Few minutes later Nad turun dengan Ahjumma tu bawak 2 payung. Rupa-rupanya Ahjumma tu cakap payung kitorang tu tak sesuai sebab kecik sangat nanti kena tiup angin boleh terbang ahaha. Yelah kitorang bawak payung yang jenis boleh lipat tu je. Dia bawak Nad naik ke guesthouse amik payung yang berkualiti sikit. Lepas dah bagi payung tu dia buat tanda “thumbs up” sambil angguk2 barulah aku faham…dia pegang raincoat aku pastu geleng2 kepala. Mungkin maksud dia raincoat tu nipis sangat tak sesuai. Hahahaha. Terharu kejap dengan Ahjumma yg caring ni. Yelah kitorang ni strangers kot foreigner pulak tuh tapi beriya dia nak tolong siap membebel bebel macam dah kenal lama. Kitorang angguk2 jelah sambil cakap gomabseubnida (thank you). Nad cakap dia bagitau hujan lebat so suruh kitorang hati2…So sweet of you Ahjumma :) Lepas dah dapat payung baru yang lebih stable kitorang pun keluar la dari guesthouse menuju subway station. Dalam train tu aku perasan memang almost semua orang bawak payung. Pakai smart cemana pun kat tangan semua ada payung. Sebabnya whether forcast diorang memang reliable. Patutlah Ahjumma tu beriya sound kitorang ahaha. Hari tu pulak hari Isnin so kitorang bertembung dengan orang2 nak pergi kerja. Masing2 pun Monday blues sampai tersengguk2 dalam train. Kitorang je happy nak pegi themepark walaupun hujan. kah3. Walaupun train penuh diorang ni sangat berdisiplin ok. takde nak tolak2 walaupun diorang nak cepat. Jalan memang ikut line. Cuma diorang jalan memang laju. Sape nak jalan slow kene dok lane kanan.Benda yang paling aku suka pasal train kat Seoul ni adalah timing dia sangat tepat & sangat laju. Pastu ada lagu untuk alert yg train dah nak sampai. Ahh rindunya lagu train nak sampai tu haha.Kalau terlepas train pun tak sampai 3 minit train seterusnya dah sampai. Bak kata Nad, tak sempat nak marah terlepas train, train seterusnya dah sampai depan muka.! Aku guna Apps KakaoMetro memang reliable sangat2 timing pun tepat & sangat senang nak tengok arah train. Walaupun direction dia beselirat tapi senang nak faham. First time guna ja tergagau sikit lepastu dah faham senang dah :)


Ni station dari guesthouse kitorang. Station ni banyak tranfer lane so amatlah memudahkan perjalanan. Salah satu sebab kenapa kitorang pilih 24guesthouse Jongno :)

Monday blues trok agasshi (lady) tu
Excuse my sepinggan face. No monday blues for us :)

Dari station Jongno-3-ga kitorang ke Gangnam station keluar exit 10 untuk naik bas ke Everland. Sebenarnya boleh jugak naik subway ke Everland tapi kena tukar2 train so aku rasa better naik bas sebab straight terus sampai Everland. Keluar dari exit 10 tu aku pun ikut la direction dari blog yg aku baca untuk cari location bus stand ke Eveland. Direction tu suruh cari kedai nama apa tah aku x ingat.  Bus stand untuk ke Everland ada betul2 kat depan kedai tu.Tapi jalan punya jalan kitorang x jumpa2 kedai tu. Yang aku tahu kena naik bas no 5002. Tanya orang yang dekat2 situ diorang tak tahu jugak. Kitorang decide patah balik ke exit 10 tadi nak tanya Tourist info Counter tapi belum bukak. Ah sudahh. Dah la bas tu kalau ikut timing pukul 9.30 dah jalan. Time kitorang patah balik ke Tourist Info Counter tu dah 9.20. Kitorang decide gamble je lah jalan ikut jalan tadi balik & cuba jugak cari kedai tu. Masa tengah jalan tu aku nampak ada few malaysian tengah beratur ramai2 nak naik bas pastu tengok2 bas tu no 5002! Haha cecepatla kitorang beratur feww nasib baik sempat! Masa dalam bas tu baru kitorang perasan kedai tu dah pindah kat tingkat atas rupanya & signboard dia dah tukar jadi kecik sebab tu kitorang tak nampak. Ahaha. Tula bahaya ikut direction pakai nama kedai buatnya kedai tu pindah ke tukar nama ke memang x jumpa la haha. Kat seblah kedai tu ada kedai LINE store. So maybe boleh guna kedai tu sebagai landmark. 

sampai dah station Gangnam style :)

Masuk bas dapat duduk fuhh lega. Walaupun hari isnin tapi penuh jugak bas tu. Kebanyakannya tourist la. Ramai jugak Malaysian. Lebih kurang 1 jam jugak perjalanan ke Everland. Sampai sana kena naik shuttle bas pulak yg disediakan pihak Everland untuk ke entrance gate. Masa kitorang sampai tu hujan still lebat lagi. Tapi orang boleh tahan ramai jugak. Since kitorang booked tiket online tak payah beratur beli tiket dah. staff kat situ just scanned bar code from email yg kitorang dah print siap2 pastu terus dapat masuk. Senang sangat. Takde nak check2 beg macam theme park kat Malaysia haha. So segala food memang boleh bawak masuk. Aku bukannya penggemar theme park pun actually. Datang semata2 nak tengok tulips ja sebab kalau musim spring ada tulips festival kat Everland ni so Decoration semua akan berispirasikan bunga tulips. Tema kat Everland ni akan ikut musim apa yang kita datang. Kalau winter tema Halloween dengan Christmas. Kitorang plan nak stay kat Everland ni sampai malam sebab nak tengok parade so kitorang xde la rushing2 nak naik rides kat situ. Tapi most of the rides pun tutup sebab hujan so kitorang naik yg light2 je. Everland ni boleh tahan jugak luas. Mula2 kitorang jalan ikut peta yang amik kat entrance tadi tapi bila dah lunyai kena hujan kitorang main jalan jelah. Walaupun hujan lebat kitorang redah je jalan macam tak hujan haha. Tengok budak2 kat sini pun happy je main siap lari2 lagi. Aku memang aim nak naik kuda pusing tu je. So cari yang tu dulu la. tak mencabar langsung haha. Lepas tu kitorang pergi dekat 4 seasons garden. Kat sini la tempat tulips tu. Memang cantik landscape dia. Walaupun hujan, merata ceruk jugakla kitorang bergambar. Nasib ada payung Ahjumma tu sebab angin memang kuat :)


hujan2 pun orang ramai jugak

tulah payung yang Ahjumma tu bagi haha. langit kelam & hujan lebat so gambar pun agak dramatik





semua gambar pun possing dengan payung ahjumma sebab hujann



sisa2 spring yang tinggal

Spot wajib  amik gambar if you came to Everland. The magic tree :)

Memang stable ah payung ahjumma ni. Tenkiu ahjumma! 


campak tepi jap payung ahjumma tu nak posing punya pasal


Churros kat Everland ni biasa2 je aku rasa.Sekadar nak try bolehla


Naik cable car nak ke 4 seasons garden. Cable car yg open air tu tutup sebab hujan :(








Blooming yellow & red tulips 


cari tempat berteduh sebab dah basah kuyup 

try ja x beli pun :)



Kuda pusing mission accomplished :)






Eh matching pulak kaler belon dengan tudung kitorang :)

Dekat Everland ni famous dengan roller coaster yang railnya diperbuat daripada kayu. Nad pun memamg aim nak naik roller coaster tu. Tapi sebab hujan diorang terpaksa tutup. Sian si Nad frust. Aku takde la rasa rugi sangat sebab aku bukan berani pun nak naik. Haha. Naik roller coster kat sunway lagoon pun dah rasa macam nak tercabut nyawa!  Kitorang naik few rides yang dibuka & mostly semua yang kanak2 punya so tak bahaya. Lega.haha. Ada satu ride je Nad naik sorang sebab benda tu pusing2 360 darjah memang kimsalam la aku nak naik. Masa Nad tengah beratur aku tunggu je kat tepi pastu ada Ahjumma ni ajak aku naik. Aku geleng2 cakap “museoun” (scary). Dia gelak2 cakap “aniyo museoun” (its not scary) sambil tunjuk kat anak dia. Dia nak cakap tengok ni anak dia kecik (lebih kurang umur 6 tahun aku rasa) pun berani nak naik. Haha sokay Ahjumma I'll stand & watch people scream from down here only ;)

Kat belakang tu rail rollercoster kayu tu. Nad mampu tengok jelah. Sian.

Ride pusing2 yg Nad naik tu...

Lepas dah takde rides yang kitorang boleh naik kitorang pergi tengok pengguin pulak tapi sebab hujan pengguin semua pemalas nak keluar haha. So kitorang decide pergi naik safari rides yang pernah keluar dalam one of running man episodes tu. Syok jugak dapat tengok zirafah depan muka. Lebih kurang macam kat Gambang Safari Park tu tapi kat sini binatang semua aktif tak tido macam kat Gambang haha. Mula2 bas tu jalan kat darat then dia masuk dalam air. Teruja kejap aku ngan Nad. Staff Everland dalam bas tu bagi penerangan semua dalam bahasa Korea. Kitorang angguk2 jela buat2 paham. hahaha. Lepastu dah alang2 basah kitorang naik rides yang dalam air mengelilingi tasik ke ape tah kat situ. Dia macam pelampung tapi bergerak sendiri dalam air. Best jugak hujan2 main dalam air ni. haha. Orang tak ramai sangat tapi aku perasan ada ramai budak sekolah. Yelah dah nama pun theme park kan mestilah ramai bebudak. Tapi masalahnya haritu hari isnin & bukannye public holiday pun. Tak tahu la diorang ni buat rombongan ke ponteng sekolah ke tapi memang penuh dengan bebudak sekolah je. Army pun ramai. Mungkin haritu hari off day diorang. Tapi lawak jugak tengok diorang ni. Dengan pakai full set uniform naik rides yang kanak2 punya pastu muka takde perasaan. Jerit pun tak senyum pun tak. Bagus jugak South Korea ni wajibkan semua belia lelaki diorang train dalam army selama 2 tahun. walaupun muka jambu tapi at least ada basic ketenteraan ahaha.

nampak dah adik beradik Kwangsoo dari jauh 

Hello  Mr. Girrin!
selfie dengan bontot girrin (giraffe) pun jadilahh



Bertambah basah lencun lepas naik pelampung tuh 

Nad dengan brother2 army korea :)


Bila dah petang tu dengar announcement cakap parade malam ni is cancelled due to the rain. Hmmm frust kejap. Since dah plan nak stay sampai malam kitorang teruskan jelah tour dalam tu. Ape je rides yang bukak kitorang redah je naik. Kat Everland ni ada prayer room tapi campur laki pompuan. Masa kitorang masuk tu kosong je so kitorang lepak kat situ kejap urut2 kaki dulu. Legaa dari pagi jalan x berenti oi. Terjumpa few Malaysian kat surau ni baya2 kitorang jugak rasanya. semua perempuan & yang sorang tu bawak mak & nenek dia. Kesian aku tengok nenek dia dah basah kuyup so kitorang pun keluar dari prayer room tu nak bagi ruang diorang nak rehat pulak. Sampai kat tempat tunggu bas nak balik terserempak lagi dengan diorang so kitorang sembang2 la sementara nak tunggu bas sampai. Nama girl yang bawak nenak & mak dia tu Athirah. Muda setahun je dari kitorang. Dia dah 2nd time datang Seoul & kali ni dia bawak 2 orang kawan dengan mak & nenek dia. Dia tanya kitorang nak kemana lepas ni. Aku cakap nak gi makan kat restaurant Yang good bbq halal yang famous kat Gangnam tu. Kebetulan dia pun memang nak ke situ so dia ajak g sesame. Alhamdulilah lega kejap sebab senang nak cari jalan ke sana nanti since Athirah ni dah pernah pergi. Masa tu aku dah menggigil2 dah sejuk dan kelaparan. Check suhu dah cecah 8c patutlah gigil! Dengan baju basah lencun pulak tu. Dari pagi makan roti ja lepastu dalam Everland tadi beli Chuross share 2 orang sebab kitorang tak lapar sangat time tu. Memula nak try shrimp burger tapi si Nad macam ragu2 pulak so tak jadi try. Tapi aku memang sejenis kurang makan sikit kalau travel. Dah malam tu baru terasa lapar sebab penat dan sejuk melampau..


Ada budak skolah kat situ tolong snapkan gambar kitorang :)

The magic tree at night. Masih berpayung sebab hujan x berhenti :(

Carriage  yg appear dlm drama Kill me, Heal me. yg kissing scene tu lah ;)

Kitorang naik bas yg sama number 5002 utk balik ke Gangnam.Sampai kat Gangnam kitorang ikut jelah si Athirah ni sebab dia dah pernah pergi restaurant tu. Tapi jalan dia berpusing2 jugaklah. Kesian aku tengok nenek & mak Athirah ni dah penat sangat. Bagi aku kurang sesuai sikit nak bawak orang tua travel cara backpackers kat Seoul ni. Sebab memang banyak berjalan naik turun train. Tapi Athirah ni memang layan mak & nenak dia baik2. Dia pimpin tangan nenek dia sepanjang jalan & bila lalu jalan yg ade tangga tinggi sikit dia bawak nenek & mak dia ikut jalan lain yg landai & suruh kitorang jalan dulu nanti jumpa kat mana2. Kitorang sampai masa tu dah pukul 9 lebih. Yang Good ni tutup pukul 1 pagi kalau x silap. Tapi kitorang ada sejam lebih je nak makan since last train pukul 11. Athirah yang order semua untuk kitorang. Kitorang nak duduk meja asing memula yelah segan jugak tetiba join group diorang. Tapi beriya si Athirah ni ajak duduk dengan dia. So kitorang pun join la sekali. Memula tu semua diam je makan sebab lapar gila kot haha. Lepas dah kenyang baru rancak sembang. Athirah ni tengah sambung master kat UKM & kebetulan pulak Nad baru habis master kat UKM jugak. Lepastu family Athirah ni duduk Dengkil & rupanya dekat dengan rumah Nad. Keciknyalah donia. Dah rancak sembang tu kitorang mintak diri dulu sebab nak kejar train. Athirah & the geng balik naik teksi sebab mak & nenek dia dah tak larat nak jalan. Kitorang pun bergerak untuk kejar last train balik menuju ke Guesthouse. Sampai guesthouse memang dah nampak katil je. Baju kitorang macam semalam jugak memang basah lencun habis. Penat ya amat tapi seronok! Alhamdulilah Allah permudahkan perjalanan kitorang harini & pertemukan kitorang dengan orang2 yang baik hati. Pagi jumpa Ahjumma Payung & malam jumpa Athirah & the gang 😊  


Kitorang order lamb skewer dengan marinated lamb add on tofu soup. Nikmat makan time tengah sejuk2 :)

sedappp. memang recomended 

Masa nak balik tu lalu station court & PP office so haruslah take picture :)


Tamatlah hari ke-2 kitorang kat Seoul. Kesimpulannya memang berbaloi habiskan masa 1 hari kat Everland ni kalau datang ke Seoul. Especially kalau tak hujan lah haha. Yang x minat theme park macam aku ada banyak photo spot yg cecantiks.Tiket masuk kitorang beli online dekat Klook dapat harga lebih kurang RM130 sorang. Kalau normal price dalam RM200 kalau x silap. So memang worth it lah. Esoknya kitorang plan nak jalan sekitar bandar Seoul je. Dah check whether forcast siap2 insyaallah tak hujan :) Nanti lah sambung cerita dalam next post. Ada lagi 5 hari so lagi 5 post la nampak gaya hahaa. Annyong!

No comments:

Post a Comment