Sunday, September 23

Trip to Seoul, Korea - Spring 2018 - Day 3 - Walking around Seoul City


Assalamualaikum!

Masa aku tulis post ni aku baru balik dari Hat Yai, Thailand. Lama dah aku plan nak pegi sana tapi timing selalu tak kena. Alang2 balik Kedah sempena raya haji, aku panjangkan langkah ke sana sebab dah dekat sangat & masih ada extra cuti. Hat Yai sangat sesuai untuk pencinta makanan macam aku sebab makanan kat sana semua murah & sedap! Nanti kalau rajin aku nak post pasal trip ke sana pulak. Trip ke Bali lepas balik dr Seoul & trip ke Pulau Tioman bulan 7 haritu tu pun aku rasa macam buat 1 post jugak. padahal yang kat Seoul ni pun ntah bilalah nak tamat.haha. Aku post suka2 ja. Buat ingatan di masa hadapan. More to sharing experience only. Mood kerja tengah kelaut sekarang so aku nak sambung cerita hari ke 3 di Seoul :) 

Hari ke 3 di Seoul we decided to walk around bandar Seoul sahaja. Banyak tempat nak cover harini so kena keluar awal pagi. Hari2 pun keluar awal pagi sebenarnya ;) Masa breakfast terserempak lagi dengan tourist dari Morocco tu (aku dah lupa nama diorang). Diorang bagitau diorang dah try Korean food semalam tapi tak kena dengan tekak & menyesal try. hahah makanan kat korea ni memang akan rasa pelik sikit untuk yg first time try. Alah makanan negara lain pun sama ja rasa pelik kalau first time try. Food dekat Seoul ni rasa dia tak sama dengan restaurant Korea yg ada dekat Malaysia. Yg kat Malaysia tu diorang dah adjust bagi kena dengan tekak org Malaysia. Aku rasalah sbb aku pernah try makan kat restaurant Mr.Dakgalbi kat Malaysia & order menu yang sama dekat restaurant di Korea ni. Tak taulah orang lain tapi aku dapat rasa beza dari segi rasa dia walaupun rupa sama haha. Kimchi pun rasa lain. Kimci kat korea of course lah rasa lebih authentic haha. Mula2 try memang agak kembang tekak tapi untuk makan sekali sekala bolehla. Lepas breakfast makan roti & instant rice dengan sambal ikan bilis yg kitorang bawak dari Malaysia, kitorang pun turun & jalan ke subway station. Harini breakfast banyak sikit sebab akan banyak berjalan & mendaki. Walaupun dah check whether forecast harini tak hujan kitorang still bawak jugak payung pinjam yang guesthouse punya kot2 la tetiba hujan. Masa turun bawah tu terserempak lagi dengan Ahjumma payung semalam dia tengok kitorang pastu tunjuk kat payung tu sambil buat isyarat “no” and cakap “bi aniyo” (no rain). dia nak bagitau harini x hujan so tak payah gigihlah bawak payung tuh ahahaha. Kitorang angguk2 jelah cakap “gwenchana” (its ok) pastu dia senyum je.

Hari ni breakfast dah jumpa suis lampu :)

Destinasi pertama harini adalah Ihwa Mural Village yang terletak berhampiran dengan Naksan Park. Nak pergi sini kena turun dekat Hyewa Station & keluar Exit 2. Kawasan nak ke mural village tu berbukit so kena sediakan stamina untuk mendaki. Warm up lah apa yg patut dulu.haha.Mula2 tu mengah jugak rasa tapi sebab cuaca sejuk so tak rasa penat sangat. Tempat ni famous as filming location for few Korean dramas. Antaranya adalah Rooftop Prince. Since Nad pun tengok drama tu so dia pun ok je nak ke situ. Lebih kurang 15 minit mendaki lalu rumah2 orang baru sampai ke  Naksan Park. Dari situ boleh nampak permandangan bandar Seoul dr atas. Terserempak dengan beberapa orang Ahjumma & Ahjussi yg tengah jogging kat situ. Kitorang senyum je & cakap "Anyeoghaseyo" (Hello) sambil tunduk sikit. Kalau jumpa mana2 orang tua  pun kitorang buat benda yg sama haha. Datang negara orang kena hormat orang ok. haha. Culture orang kat sini diorang sangat2 menghormati orang yg lebih tua. Even kalau tua setahun pun kena hormat. Sebab tu diorang akan panggil "Hyung" (brother) atau "Noona" (sister) (for male) dan "Oppa" (Brother) atau "Unnie" (sister) (for female) walaupun beza setahun je. Kalau x panggil dengan gelaran tu akan dianggap biadap.ahaha. Lepastu ada pulak bahasa formal dengan informal. Kalau bercakap dengan orang lebih tua wajib guna bahasa formal. Bahasa informal atau "Banmal" boleh guna untuk yang sama umur atau lebih muda ja. Camtulah yang aku belajar serba sikit hasil dari tengok drama korea:)

Lepas dah amik napas jap lepas mendaki tu kitorang pun start to explore kawasan Ihwa Mural Village tu. According to Wikipedia, Naksan Park was revitalized by the Korean Ministry of Culture, Sports and Tourism's public art "Ihwa-dong Naksan Project" in 2006, with paintings and installation art . So dekat sini memang banyak mural dengan replika2 art yg mungkin orang berjiwa seni ja akan paham haha. Café2 comel pun banyak tapi since kitorang sampai tu masih awal pagi so belum ada yg bukak. Kalau nak sewa hanbok pun ada kat sini. Beriya Ahjumma kedai hanbok tu dok promote kat kitorang suruh sewa siap tunjuk gambar2 dia kat facebook. Kitorang politely say no sbb kitorang memang xde plan nak pakai hanbok pun. Nak try yg free kat KTO (Korea Tourism Organisation) tu je nanti haha. Masa kitorang sampai tu memang xde orang sangat. Sunyi sepi lagi. Adalah nampak 3-4 orang tourist dok bergambar. Lagipun kawasan ni adalah kawasan perumahan so banyak kereta lalu lalang kat jalan2 sempit kat situ. So nak jalan memang kena hati2 and tak boleh buat bising. Kitorang habiskan masa lebih kurang sejam je kat situ pastu teruskan ke destinasi kedua iaitu Ewha Women University atau orang kat sini pangil  “Edae”. Masa nak tutun dari Naksan Park tu kitorang guna jalan lain sebab malas nak patah balik. Actually kitorang redah je jalan dengan harapan dapat jumpa jalan ke Subway station. Nasib baik lah jumpa walaupun sesat kejap. Tapi yang bestnya kitorang dapat explore jalan lain kat kawasan tu and jumpa banggunan2 yang menarik. Bila travel sendiri ni memang kena banyak ikut instict walaupun kadang2 sesat jugak ahaha.


on the way nak ke Naksan park jumpa cafe cantik ni tapi belum bukak

Mengah oi mendaki dari bawah tu

Sampai dah kat entrance Naksan Park 


cafe comel atas rooftop tapi belum bukak jugak so sad

Boleh nampak  Namsan Tower dari kejauhan 

Nampak x patung kecik a man with a suit holding a briefcase kat tepi tu?  As a "non artistic" person, aku interprete patung tu sebagai simbolik orang yang stress dengan kerja & hidup & wanted to leave this world :(




                                             

Tempat  hero & heroin from Rooftop Prince drama dating :)
                                            Image result for rooftop prince ihwa village





Tempat dating jugak nih tapi dah pudar lukisan kat tangga tu

Related image

Sebagai disclaimer aku bukanlah sejenis obses melampau dengan drama2 korea ni. Belum ada satu drama pun lagi yang dapat membuatkan aku mengalirkan ayaq mata atau bersorak gumbira ahaha. Tapi tak dinafikan la aku memang suka tengok plot & cerita drama2 ni yg bukan sekadar bekisarkan cinta, kena kawin paksa atau cinta antara 2 darjat semata2 :) Kadang ada cerita pasal kehidupan seorang doctor, lawyer, akauntan, detektif etc pastu ada cerita pasal hantu, pasal robot so bagi aku ia sangatlah menarik. So aku bukanlah datang ke Seoul ni semata2 sebab drama korea ya Sedikit sebanyak je mempengaruhi hihi. Lokasi2 yang kitorang melawat tu pun memang famous di kalangan tourist dan kebetulan adalah filming location untuk drama2 tu. So alang2 melawatlah sekali :)


sayangnya vandalism pun berleluasa jugak kat sini



On the way turun dari Naksan Park


masa sesat tu terjumpa "artwork" ni :p




Dari Hyewa Station kitorang ke Ewha Women University station keluar Exit 2. Keluar dari Exit 2 dah boleh nampak banyak kedai2 baju & Korean brand cosmetic sepanjang Edae Street ni. Since Kawasan ni dekat dengan Edae maka Edae Street ni memang shopping heaven for women 😊 Kitorang plan nak melawat Edae dulu then barulah cuci mata dekat Edae shopping street tu. Edae ni terkenal dengan struktur rekabentuk bangunan dia yg unik & open for public to visit. Tak perlu nak tinggal ic ke ape kat pak guard boleh terus masuk haha. Edae ni jugak is one of the best-known universities in South Korea and also considered to be one of the top universities in Korea. Memang penuh dengan pelbagai tourist dari seluruh pelusuk dunia dok bergambar kat situ. Siap ambil gambar sambil baring2. Student kat situ pun ramai lalu lalang diorang buat tak tahu je maybe dah biasa tengok tourist ramai2 datang situ. Memang cantik & unik bangunan2 kat Edae ni.
















Menyesal pulak bawak payung tu kena angkut sana sini haha





Seronoknyalah jalan kaki nak pergi kelas kalau kawasan cantik macamni :)

Kitorang lepak makan roti jap kat tangga dalam Edae sambil usha student2 kat situ then baru ke Edae Street. Kedai pertama yg kitorang singgah adalah kedai stokin comels haha. Memang rambang mata lah semua comel2. lupa pulak nak amik gambar sebab ralit dok pilih haha. Sesuai untuk buat souvenir sebab harga dia 1000w ja sepasang. Kitorang borong dekat 20 pasang ðŸ˜Š Lepas tu baru masuk kedai2 cosmetic tu tengok apa yg best. Dapat la mask sorang 10 keping dengan harga 5000w beserta hotpack sebagai freegift. Kitorang plan nak beli barang cosmetic tu semua dekat Myeondong je nanti so dekat Edae ni beli sikit2 je dulu. Lagipun ada lagi 3 tempat kitorang nak jalan harini so berat pulak beg kang nak ke sana sini. Sebab tu aku dah reserve last day kitorang kat Seoul ni nanti sebagai hari shopping sedunia. haha. senang sikit beli barang nanti semua sekali jalan je.






Aku syak ni tempat dating students Edae sebab ada tulis dating stairs situ haha 
Dah habis tawaf Edae street tu kitorang pun bergerak ke next destination iaitu KBS (Korea Broadcasting System) Studio yg terletak dekat dengan Yuiedo Park & Han River. So boleh cover 3 tempat tu sekaligus. Masa jalan nak ke train tu aku perasan dua orang girls yg kitorang nampak kat airport haritu tu. Aku pun senyum jelah kat diorang nasib baik diorang senyum balik! ahaha. Boleh dikatakan semua tempat yang kitorang pergi kat Seoul ni mesti terserempak dengan Malaysians. Bukan sorang dua tapi berpuluh2 oi. Ada yg dengan family, makcik2 pakcik2 pun ramai. Toleh je kiri kanan mesti nampak Malaysian punya. Ada yang kadang2 kitorang senyum diorang tak senyum balik pun ahaha. Nampak sangat orang Malaysia mmg suka datang Korea. Aku rasa ni semua sebab drama korea punya penangan termasuk la aku sekali kah3.

Sampai dekat KBS studio tu dah pukul 5 so dah tutup. So sad.Terlari pulak timing sebab sibuk cuci mata kat Edae tadi haha. So kitorang amik gamba kat kawasan luar tu je lah & jalan ke Yueido Park dekat sebelah KBS studio tu je. Yuiedo Park ni tempak famous utk tengok sakura blooming. Masa kitorang sampai tuh memang dah tinggal sisa2 sakura je. Ada la 2 3 pokok masih berbunga.  Kitorang pun stop la amik gambar kat situ dulu. Masa ni ada sorang Ahjussi datang offer nak amikkan gambar kitorang. Mungkin dia nampak kitorang excited sangat kot jumpa pokok sakura. kah3. Kitorang decide nak solat kat situ je & lepastu jalan kaki ke Han River. Kitorang cari kawasan yg tersorok sikit & take turn utk solat kot2 la japgi ade guard dtg tanya ke sorang lagi boleh explain. Since time tu time orang balik keja so memang ramai orang lalu lalang n pandang2 kitorang. Time Nad solat aku senyum je kat sape yg pandang tuh. Alhamdulilah tak ada apa2 gangguan.





Sakura dah togel banyak bunga Azalea ja 
Jumpalah sebatang pokok  bunga Sakura yg dah  berguguran 
Bolehla dari xde langsung bahaha
Gigih kutip eh nak buat props punya pasal hahaha




Boleh sewa basikal kalau nak round kat sini tapi memandangkan kitorang dah penat sangat memang tak lah nak kayuh basikal pulak

Selasai solat kitorang jalan kaki menuju ke Han River. Main redah je jalan tapi boleh tahan penat jugak. Nasib baik cuaca sejuk. Sampai kat Han River tu memang ramai orang tengah picnic siap pasang khemah semua. Orang korea memang suka beriadah walaupun haritu hari bekerja. Kitorang plan nak naik cruise menyusuri Han River & tengok Banpo Bridge raibow fountain show. Time yg terbaik utk naik cruise adalah sekitar pukul 7 sebab boleh tengok sunset sekali tapi masa kitorang sampai tu tepat2 pukul 7 cruise dah jalan so kitorang naik yg pukul 8. Tiket naik cruise tu agak mahal jugak dalam 25000w. Mula2 macam tak jadi nak naik dah sebab dah malam & kitorang dah kesejukan & kelaparan plus tiket pun agak mahal. Tapi sebab dah plan nak tengok rainbow fountain show tu kitorang teruskan ja 😊 Lagipun rainbow fountain tu show tu one of Nad punya wishlist nak tengok dekat Seoul ni. Sementara tunggu cruise sampai kitorang duduk rehat jap urut2 kaki & tampal koyok. Memang rasa nak tercabut dah kaki harini. Pukul 8 tepat cruise pun sampai. Orang x ramai sangat mungkin sebab weekdays. Yg naik dengan kitorang tu ada la beberapa tourist dari China. Dekat dalam tu dapat free air mineral dengan soft drink. Kitorang decide untuk berdiri kat kawasan open air tingkat atas cruise tu baru boleh feeling2 amik angin sambil menikmati permandangan han river di waktu malam. Padahal sejuk gilos kat atas tu. Memang menggigil2 la dengan angin kuat menerpa ke seluruh pelusuk badan hahaha. Terketar2 tangan nak keluarkan hanphone pun gigil haha. Nasib baik ada hotpack freegift masa beli mask dekat Edae street tadi. Dapatla kurangkan sejuk tu sedikit sebanyak. Almost 20 min lepas tu baru sampai dekat tempat rainbow fountain show tu. Bagi aku biasa2 je shownya. Takdelah wow sangat pun. Setakat keluar air pastu tukar2 kaler lampu je hahaha. Tapi lama jugakla cruise tu stop kat situ dalam 15min. Since dah bayar mahal2 kitorang enjoy je lah the show. Lepas tak tahan sejuk duduk kat atas kitorang turun bawah ada show nyanyi2. Dengar jelah show tu walaupun bosan nak mampos ahaha.




sementara tunggu cruise tu ada banyak props cantik kat situ untuk bergambar :) 


Masing2 muka dah macam ikan masin sebab kelaparan & kesejukan 













Lepas dah turun dari cruise kitorang pun jalan la nak cari subway station nak balik ke guesthouse. Memang terasa penat betol harini. Pagi tadi mendaki bukit pastu memang banyak tempat yg kitorang jalan kaki je harini. Mungkin sebab penat sangat & kawasan situ dah gelap tak jumpa pulak any signboard tunjuk jalan ke subway station. Tahan orang2 yg lalu lalang kat situ semua tak faham English.adoila. Last2 Nad tahan sorang Agashi (lady) ni sebab nampak muka muda macam student tapi dia pun tak faham English jugak. Pastu baru aku teringat sesuatu and terus sebut “jihacheol” (subway) baru die cakap ahhh & tunjukkan jalan. Fuh lega. Aku baru teringat perkataan tu sebab otak takleh function dah terlampau penat ahaha. So lenkali tak payah nak hafal ayat panjang2 nak tanya arah. Terus je sebut nama tempat or perkataan yg nak pergi tu. Senang 😊

Sampai kat guesthouse macam biasa kitorang singgah mini mart beli instant rice nak buat breakfast esok. Alhamdulilah walaupun ada sesat sikit kitorang berjaya sampai balik ke guesthouse dengan selamat. Sebelum tido Nad sempat masakkan meggi goreng dekat pantri walaupun tengah penat. You are the best la Nad :) Esok nak jalan jauh sikit keluar dar bandar Seoul iaitu ke Nami Island & kawasan sekitarnya. Nak cover banyak tempat & kena keluar awal pagi jugak so kena rehat cukup2 malam ni. Semoga aku ada mood nak sambung day 4 punya cerita haha. Till then, Annyeong! 


No comments:

Post a Comment