Assalamualaikum!
Hari aku start tulis post ni dah masuk hari ke-9 untuk tahun 2019! Cepatnyaaa setahun berlalu dan aku masih disini menulis pasal trip tahun lepas ahaha. Alhamdulilah ada beberapa azam aku untuk 2018 tertunai. Macam biasa azam untuk kurus masih tertunggak since 1990 v_v
Untuk 2019 apart from fulfilling my travel bucketlist, aku berazam untuk lebih menghargai diri sendiri & buang segala unsur2 negative yang ada dalam diri. Gitu. Senang cerita aku berazam untuk hidup dengan lebih gumbira! Bukanlah aku tak gumbira sebelum ni. Tapi biasalah manusia emo macam aku ni ada masa terlebih emosi pasal perkara kecik2. Jadi marilah bersama-sama lebih menghargai diri & menjalani kehidupan dengan lebih gumbira!
Marilah juga sambung cerita tahun lepas. Kena laju sikit sebab next week aku nak pergi trip lain pulak :) So ini cerita hari ke- 5.
Hari ke-5 kami di Seoul aku
ishtiharkan sebagai hari menghayati sejarah serta seni & budaya masyarakat
Korea sebab harini kitorang akan melawat pekan lama dan palace around Seoul. Kalau ikutkan aku sejenis yang tak berapa
gemar melawat tempat2 bersejarah ni walaupun sejarah merupakan subjek kegemaran
aku zaman sekolah dulu. Sebabnya subjek tu tak payah pikiaq, hafal ja. Tak
pernah dapat B ehh 😊. Taktahu lah kenapa tapi aku ada satu feeling
yang tak berapa best kalau berada dalam tempat2 bersejarah ni. Tapi kali ni dah
alang2 melawat negara orang why not ambil tahu serba sedikit pasal sejarah
negara diorang. Maka dalam itinerary aku dah reservekan harini sebagai hari
untuk menghayati sejarah & budaya bumi Korea. Gitu. So tempat yang kitorang
plan nak melawat harini adalah Gyengbokgung Palace, Bukchon Hanok Village,
Insadong street, Bangunan Korea Tourism Organisation (KTO), Cheonggyecheon Streem,
Namsan Tower & Myeongdong Street. Mostly semua tempat2 ni nearby each other
sajo so senang sikit nak jalan harini.
Dah masuk hari ke-5 ni kitorang jalan
santai2 saja. Kaki masing2 pun dah start sengal2 tapi masih bearable 😊
Memandangkan guesthouse kitorang memang terletak di kawasan pekan lama so
memang dah dekat dengan kawasan palace & Insadong. Itu antara salah satu
sebab jugak kenapa kitorang pilih untuk stay dekat guesthouse ni. Maka harini
kitorang plan nak jalan kaki saja ke tempat2 tu semua. Kalau tak larat sangat
baru naik subway. Pagi masa kitorang nak keluar tu jumpa lagi dengan tourist dari Morocco tu
and diorang bagitau diorang dah pergi visit palace semalam and memang walking
distance je dari guesthouse kitorang ni. Ok cun 😊 Tapi diorang pesan suruh pakai topi dengan
shades sebab cuaca agak panas dalam palace tu. Ok kitorang pun dah sesiap bawak
shades harini. Payung tinggal la harini tak larat nak angkut dah haha. Lepas
breakfast kitorang pun bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Gyeongbokgung
Palace.
 |
Harini breakfast kat minimart bawah guesthouse sebab nak beli instant rice |
 |
Nasi panas2 makan dengan serunding daging. Jadila buat lapik perut. |
Actually, ada banyak palace kat
Seoul ni yang boleh visit tapi from most of the blogs & reviews yang aku refer,
ramai recommend to visit Gyeongbokgung Palace sebab palace ni paling besar
antara semua palace, so paling berbaloi untuk melawat. Mostly tourist akan
melawat 2 atau 3 palace sebab ada combine tiket untuk visit more than 1 palace.
Tapi we’ve decided untuk melawat 1 palace sahaja sekadar memenuhi senarai “must
visit place”. Since kitorang jalan kaki je ke palace tu so memang totally ikut
direction berdasarkan signboard je harini. Boleh tahan jauh jugak sebenarnya.
Kitorang try nak guna google maps untuk cari direction tapi dia tulis not
applicable. Rupanya google maps kat sini memang tak boleh guna kalau nak cari
walking directions. Sebenarnya ada satu apps kalau nak cari jalan kat Seoul ni
iaitu Naver maps. Tapi kitorang tak download pun so memang menerawang jugak la
nak cari jalan ke palace tu. Masa nak cari jalan tu aku ternampak satu bus stop
ada tulis “bus to airport” . Aku cakap kat Nad haa bagus la dah jumpa bus stop
ni nanti nak balik kita jalan kaki je dari guesthouse tunggu bas kat sini je. Tapi
yang bestnya kitorang tak pergi tengok pun schedule bas untuk ke airport and
ingat betul2 location bus stop tu sebab masa tu tengah sebok cari jalan ke
palace. Dalam hati aku fikir takpe nanti boleh search & tanye orang.
Disebabkan kitorang tak check betul2 location bus stop tu, maka terjadilah
sebuah drama yang mendebarkan di hari terakhir kitorang di Seoul. Nanti aku
cerita dalam post hari terakhir di Seoul. Cerita sekarang tak surprise ar 😊
 |
maps dekat signboard yg kitorang guna untuk cari jalan ke palace |
Anyways, lepas dah tahan beberapa
orang Ahjussi and Oppa termasuk polis untuk bertanyakan direction ke palace tu
akhirnya kitorang pun sampai ke pintu gerbang palace tu. Tepi jalan je rupanya
palace ni. Lepas beli tiket kitorang pun start tour dalam palace tu. Kalau tak
silap ada guided tour disediakan untuk tourist dalam palce tu tapi kitorang tak
join pun sebab tak plan nak spend masa lama2 dalam palace ni. Cuaca haritu
memang panas terik tapi berangin.
 |
Jumpa dah pintu masuk. Posing dulu seround :) |
 |
shades tu aku pinjam mama punya ahahah |
 |
Muka tahan panas cahaya matahari |

Time kitorang masuk kat dalam tu belum sesak
lagi tapi macam biasa la dipenuhi dengan kanak2 sekolah. Masa kitorang tengah melawat
tempat raja bersemayam dalam palace tu tiba2 ada sorang budak lelaki umur dalam
lingkungan 10-11 tahun datang tegur kitorang tanya “Where are you from?”. We were quite suprise sebab yelah agak susah nak jumpa korean yang boleh speaking pastu yang tegur kitorang ni budak lagi pulak tu. Aku pun jawab la “We are from
Malaysia” pastu dia angguk2 and macam blur2. Mungkin dia tak berapa familiar
dengan nama negara Malaysia haha. Pastu aku tanya la dia pulak “What is your
name” Dia jawab nama (aku tak ingat) dia pastu aku tanya lagi “How old are
you?” Pastu dia macam blur2 tanya balik “What?” Aku cakap “Your age?” dia still
tak faham jugak. Pastu Nad sebut umur dalam Bahasa Korea baru dia faham and
jawab “11”. Lepastu dia try nak tanya kitorang soalan lagi tapi kitorang tak
berapa faham. Kitorang turun tangga dia pun ikut turun sama. Pastu tak jauh
dari situ aku nampak ada beberapa orang budak lelaki around the same age dengan
budak ni tengah perhatikan kitorang. Then budak ni pergi kat diorang pastu
diorang high-five. Ohh barulah aku faham aku rasa kawan2 dia cabar dia suruh try
pergi cakap dengan kitorang. Then budak tu datang kat kitorang balik. Aku cakap
kat dia “Your English is good”. Aku buat la gaya thumbs up kat dia. Dia angguk2
je aku tak sure dia faham ke tak haha. Tapi aku salute la dengan keberanian
budak tu datang tegur kitorang and cuba untuk communicate. Walaupun English
vocabs dia very limited, dia try jugak nak communicate dengan kitorang 😊
Lupa pulak nak snap picture dengan dia sebab cuaca panas sangat time tu. Lepas
dah say goodbye kat dia kitorang pun bergerak pergi tempat lain..
 |
Singgahsana raja (kot) |
Masa kitorang jalan2 dalam palace
tu memang aku perasan ramai budak2 sekolah ni pandang kitorang atas bawah pastu
cakap2 sesama diaorang. Aku faham la sikit2 diorang tengah teka kitorang dari
mana sebab dengar diorang sebut “Arab” and “Indo” (India in Korean”). Ada satu
kawasan kitorang lalu tu memang sesak dengan budak sekolah pastu tetiba ada
sorang cakap “Hi” kat kitorang so aku balas la balik cakap “Hello” sambal
senyum kat budak tu. Tetiba kawan2 kat belakang dia semua cakap “Woaaaaaaaa”
dengan nada teruja dengan muka2 sekali teruja. Boleh banyangkan tak? Macam
korang teruja tengok tempat cantik pastu cakap “Woaaaaaaaa” sambil ternganga mulut, terbeliak mataa ha camtu la ahahah. Ya
tuhan sumpah kelako gila aku tengok muka budak2 tu. Diorang macam teruja gila
bila kitorang reply balik “Hi” diorang tu. Rasa macam kitorang ni Alien pun ada
jugak ahaha 😊
Lepastu kitorang pun teruskanlah
tour dalam palace ni and memang betul besar & luas jugak tapi kaki aku dah
start sakit so tak berapa nak ada mood sangat nak explore palace ni. Ramai yang
pakai hanbok dalam ni & mostly tourist lah sebab kalau pakai hanbok takyah
beli tiket boleh masuk free. Ramai jugak Malaysian yang kitorang jumpa pakai
hanbok. Aku & Nad tak rasa nak pakai pun sebab macam segan je nak jalan
pakai baju kembang2. Kalau kurus tinggi elok la kot pakai bahaha. Terserempak
satu group Korean girls’ yang pakai hanbok ni nampak cantik pulak so kitorang
ajak la diorang bergambar buat kenangan 😊
 |
sama tinggi dengan budak skolah rendah korea je aku ni rupanya v_v |
 |
elok pulak ada props gadis pakai hanbok kat belakang tu :) |
 |
Bebudak skolah datang lawatan sambil belajar |
 |
Tumpang dengar penerangan cikgu diorang walaupun sepatah tak faham ahaha |
Mission kitorang kat palace ni
adalah nak tengok changing of guard ceremony tu je. Dalam palace ni ada museum jugak,
free entry. Nad ajak masuk tapi masa tu guard ceremony tu dah nak start. Kesian
Nad sebab dia nak sangat masuk museum tu tapi aku pulak taknak sebab kaki aku
memang dah sakit sangat so aku memang tak larat nak jalan masuk museum tu. Akhirnya Nad mengalah. Im so sorry Nad ☹
Bila dengar announcement ceremony
tu dah nak start kitorang pun berjalan keluar dari palace tu sebab ceremony tu
kat pintu masuk tadi. Masa kitorang sampai tu dah nak start so memang dah sesak
depan tu sebab orang luar pun boleh datang tengok since dia buat kat luar
palace. Dalam 20 min jugak ceremony tu berlangsung. Ada English translation
disediakan untuk explain setiap pergerakan guards tu. Menarik jugak tengok muka
guards ni semua serius je. Lepas dah habis tu diorang bagi permission untuk
ambil gambar dengan the guards tapi dalam masa 10min je. Berebut jugaklah time
tu. Nasib baik kitorang sempat snap sekeping dua
😊
 |
Serius je muka ahjussi ni |
 |
yg ni ketua pengawal so baju special sikit :) |
Keluar dari palace tu kitorang ke
Gwanghwamun Square pulak located betul2 depan palace ni. Kena lintas jalan je.
Kat sini ada statue of King Sejong the Great, and statue of Admiral Yi Sun-sin.
Lepas dah snap gambar kat situ kitorang teruskan perjalanan ke tempat
seterusnya iaitu Buckchon Hanok Village (BHV).
Dari Gwanghwamun Square kitorang
jalan je ke BHV. Memula tu tanya2 orang jugak direction ke sana tapi bila
nampak ade segorombolan manusia pakai hanbok jalan ramai2 kitorang ikut je
diorang ni sebab diorang mesti nak ke BHV jugak. BHV ni tourist’s favourite
place untuk photo shoot pakai hanbok sebab kawasan dia memang cantik. Ala2
drama korea zaman dedulu la kalau pakai hanbok kat sini. On the way nak ke BHV
ni kitorang jumpa tourist info kaunter so mintak map kat sini untuk dapatkan
lokasi photo spots kat BHV tu. Sepanjang jalan ni pun ada tourist guide pakai
baju kaler merah boleh mintak map kat diorang.
 |
tempat sewa hanbok sebelum entrance to BHV |
BHV ni adalah kawasan perumahan lama
di bandar Seoul yang struktur banggunanya masih mengekalkan ciri2 rekabentuk rumah
trandisional Korea. Hanok tu stands for Korean tradisional house. Kawasan ni
agak berbukit so memang agak penat la nak jalan dengan kaki aku yang masih
sengal2 ni.. Disebabkan BHV ni adalah kawasan perumahan yang memang
berpenghuni, so pengunjung yang datang ke sini dilarang sama sekali untuk buat
bising or cakap kuat2. Boleh nampak ada ahjumma pegang signboard tulis “Please
be quiet” sambil jalan kat area ni. Ada beberapa rumah aku nampak diorang
tampal notis kat pintu “
This is not a theme
park!”, “Don’t touch our Property!”
“
Tourists ruins our life!”. Kiranya
penduduk kat situ memang tak mengalu-alukan kedatangan tourist ke sini sebab
buat kawasan tu jadi bising & sesak. Beberapa bulan lepas balik dari Seoul
haritu aku ada terbaca yang penduduk kat sini buat petition kat government
diorang untuk tak benarkan lagi tourist masuk ke kawasan tu. Tapi mungkin sebab
kawasan ni adalah one of the famous tourist attractions in Seoul, government
diorang tak dapat nak halang tourist untuk masuk tapi cuma limitkan waktu
melawat je. Kalau tak silap sampai pukul 5 petang sahaja. Ada jugak review yang
aku baca cakap boleh skip je BHV ni sebab takde ape situ, rumah orang ja. Tapi
bagi aku kawasan ni memang cantik & unik. Aku pulak memang suka tengok bangunan2
unik ni. Kagum jugak tengok ada rumah tradisional kat tengah2 bandar Seoul.
Ada satu drama korea yang aku tengok tajuk dia
“Personal Taste” pernah shooting kat salah satu rumah kat sini. Kalau tak sebab
sakit kaki aku memang nak tour lama2 sikit dalam ni tapi since banyak lagi
tempat nak visit harini, lepas dah jumpa few photo spots kat BHV ni kitorang
pun bergerak ke Insadong Street pulak.
 |
swag ;p |
 |
Boleh nampak Namsan Tower sebesar bulu mata kat belakang tu :) |
 |
Notis penduduk sini tampal kat pintu rumah diorang tak kasi sentuh rumah diorang |
On the way nak ke Insadong Street tu kitorang terjumpa Constitutional Court of Korea pulak. Dah nama pun law grads so haruslah excited sikit kalau terjumpa court building kat mana2 . Memula ingat nak masuk tour dalam tu kejap pastu tak jadi sebab takut dia bukan macam court kita yang open to public . So posing la kejap kat entrance dia saja buat kenangan pernah sampai court kat Korea haha. Dah habis posing kat situ kitorang pun teruskan perjalanan ke Insadong Street.
Insadong street ni adalah kawasan
pekan lama dekat Seoul. Kat sepanjang jalan ni banyak kedai souvenir & kraftangan
tradisional korea. Kitorang singgah kat satu kedai beli souvenir sikit2 dulu
sebab last day nanti baru nak borong. Kat sini ada satu kedai beg semua berharga
10000w. Kitorang plan nak datang sini balik nanti sebab dekat dengan
guesthouse.
Kat sini juga ada satu banggunan yang jual barangan kraftangan and barangan art yang unik. Ssamzigil nama bangunan tu. Bangunan ni pun agak unit sebab dia open air & ada rooftop kat atas boleh lepak2. Kitorang naik sampai rooftop pastu turun balik sebab takde ape yang menarik dihati. Lepastu kitorang teruskan perjalanan ke KTO sebab plan nak solat & try hanbok kat situ.
 |
Ada jual roti bentuk poop kat sini o_o |
 |
On the way ke KTO singgah beli "gyeran ppang" (egg bun) makan panas2 dalam cuaca sejuk sedappp |
Dari Insadong kitorang jalan kaki je ke KTO. KTO ni terletak dekat dengan
Cheonggyecheon streem. Dalam itinerary memang ada plan
nak visit streem tu tapi terskip sebab tengah cari jalan nak ke KTO. Padahal
dah lalu dah dekat streem tu cuma tak sempat singgah nak snap picture sebab takut
KTO tutup. Kat KTO ni ada disediakan surau & ada banyak activities yang
disediakan untuk tourist. Kitorang plan nak g pakai hanbok dulu sebab dia bukak
sampai pukul 5.30pm only. Time kitorang pergi tu staff kat situ suruh masuk
Korean Food Exhibition Hall dulu then
kena dapatkan kupon baru boleh pegi kat kaunter hanbok pulak untuk try hanbok
secara percuma. Dalam hall tu ada info pasal jenis2 Korean dish & segala
rempah ratus yang berasal dari Korea. Kalau nak belajar masak makanan Korea pun
ada kelas disediakan tapi berbayar & kena reserve dulu. Aku sekadar nak
lalu je dalam Food Exhibition hall tu pastu keluar amik kupon untuk pakai
hanbok tu tapi tak sangka lah si Nad ni berminat pulak nak tau pasal segala
jenis Korean dish ni. Padahal masa tu dah dekat pukul 5. So aku ajak la Nad
cecepat keluar. Kesian kawan tu tengah teruja tengok sample makanan2 dalam tu tapi
aku tarik tangan dia suruh cepat nanti kaunter hanbok tu tutup. Sorry Nad. Dah
la tak dapat masuk museum dalam palace tadi now tak sempat nak tengok food
sampai habis pulak
☹ Sampai sekarang aku masih rasa bersalah kat hang.
Nanti kita buat lawatan khas pegi museums ok?
😉
Sampai kat kaunter hanbok tu
kitorang tengok takde orang pun tapi kena tunggu turn sebab dah ada orang
booked pukul 5. Kitorang register jelah dulu then staff kat situ offer kitorang
suruh buat colouring activity kat bilik sebelah. Mula2 pelik jugak ada
colouring activity untuk adults?
Rupanya
memang salah satu activity yang disediakan kat situ adalah mewarna canvas beg &
beg tu kita boleh bawak balik as souvenir. Coloring activity ni jugak adalah
salah satu jenis therapy untuk masyarakat korea. So alang2 menuggu tu kitorang
pun pergi la mewarna & dapat beg free yeayy!
😊
 |
kusyuk betul mewarna sis |
 |
Hasil tangan yang tak berapa nak berseni :) |
Dah habis mewarna tu staff yang jaga hanbok
tadi panggil kitorang sebab orang yang booked pukul 5 tu tak datang lagi. Staff
kat situ siap tolong pilihkan hanbok yang mana sesuai dengan colour tudung
kitorang. Boleh pilih accessory jugak untuk dipadankan dengan hanbok. Gitu.
Kitorang tak pilih lama2 pun sebab saja nak merasa pakai hanbok & amik
gambar buat kenangan Ada siap disediakan tripod kat situ. Since takde orang lain
kitorang bolehlah possing sesuka hati. So sapa yang sekadar nak try pakai
hanbok tu bolehlah consider untuk datang sini daripada habiskan 20000w-30000w
untuk sewa kat luar
😊 Tapi kalau korang memang nak shooting berlatarbelakangkan
palace ala2 drama korea zaman dedulu tu bolehlah sewa kat luar sebab kat sini
memang gambar background gambar studio jelah haha.
 |
Bila tengok gambar baru perasan x matching pulak kaler tuh haha |
Dah puas possing kitorang turun ke
tingkat bawah pulak nak solat kat surau dalam KTO tu then kitorang plan nak ke
Namsan Tower pulak tengok sunset view. Alhamdulilah surau dekat situ
selesa & since takde orang boleh la kitorang berehat regangkan kaki kejap.
Masa keluar dari surau tu sementara tunggu Nad kat toilet, aku nampak VR
(
virtual reality) experience room dengan Halyu experience room pastu ade beberapa
ketol standee artis kpop yang jadi duta utk KTO. Aku pun pergi la intai ada apa
dalam tu. Rupanya kat dalam tu boleh bergambar ala2 effect CGI dengan retis Kpop. So saja la gatai try. Menarik la jugak konon2 macam bergambar dengan
diorang la dalam tu. Si Nad tak menunjukkan minat untuk join so aku sorang jala
dok teruja dalam tu haha. Mungkin Nad masih frust tak dapat tengok food sampai
habis dekat food exhibition hall tu tadi
☹
 |
Tinggi betoi dia ni |
 |
Selalu layan gak lagu2 diorang ni zaman study dulu :) |
Dalam pukul 6 camtu kitorang bergerak
keluar dari KTO untuk ke Namsan Tower pulak. Dah alang2 ada tourist info kaunter
kat situ kitorang tanya la direction paling dekat nak ke Namsan Tower. Aku
memang ada research pasal route ke Namsan Tower ni tapi tak sure nak ikut arah
mana kalau dari KTO ni. Staff kat situ suggest suruh naik bas je sebab tu cara
yang paling senang & dekat. Mula2 plan nak naik cable car tapi macam malas
pulak nak cari jalan ke cable car so kitorang ikut jelah suggestion staff tu
untuk naik bas. Aku tak ingat pulak kitorang tunggu bas tu kat stesen mana. Tapi bagus jugak naik bas ni sebab terus sampai atas dataran Namsan
Tower & jimat duit tiket cable car. Tiket cable car dalam 10000w kalau tak
silap. Naik bas ni dalam 1500w only. Jimat & tak perlu susah payah mendaki
😊
 |
Dalam bas ke Namsan Tour |
Sampai kat atas tu cuaca dah
start sejuk tapi still cerah lagi so kitorang pergi la bergambar kat kawasan sekitar tower tu dulu sementara tunggu sunset. Personally, aku rasa takde ape yang menarik
pun kat atas tu. Kalau time sakura blooming or autum mungkin view lagi cantik
& berbaloi untuk visit & hiking. Kitorang pun tak beli tiket untuk naik Namsan Tower tu. Sekadar bergambar kat kawasan sekitat & love locks yang jadi trademark kat situ
& penuhkan senarai “must visit place” haha. Alah macam kalau datang KL kene
la melawat KLCC gitulah. Tapi boleh la nampak view bandar Seoul dari atas and
sempat la tengok sunset dari situ. Masa kitorang tengah lepak tunggu sunset tu
ade sorang mamat (aku agak from Philippine kot sebab pelat English dia) suruh
ambilkan gambar. Aku pun ok jelah. Tapi pastu dia siap ajar aku suruh amik dari
angle mana & banyak kali pulak tuh! Hamboih lelebih pulak dia. Tapi since
kitorang tak rushing ke mana aku layan jelah dia sian pulak tengok dia
sensorang je kat situ. Lepastu dia asyik cakap thank you2 dekat 10 kali.
Kitorang pun jalan & lepak jauh sikit takut dia suruh amikkan gambar lagi
haha.
 |
|






 |
skodeng love lock orang :) |
 |
View bandar Seoul from above |
Dah habis layan sunset kitorang
cari toilet nak amik wudhu. On the way nak cari tempat nak solat kitorang
nampak bas ke Myeondong dah sampai. Kalau terlepas yang ni takut bas seterusnya
datang lambat lagi pulak. So kitorang naik je bas tu dulu.
Bila malam boleh nampak lampu kat tower tu. Colour lampu tu melambangkan air conditions dekat Seoul. Biru paling baik & merah palng teruk. Hijau ni kira average la.
Sampai kat Myeondong
kitorang cari fitting room untuk solat since situ memang kawasan orang lalu
lalang so susah nak cari tempat tersorok. Kitorang masuk kedai Zara amik baju
& buat2 macam nak try sebab memang ada staff yang jaga kat fitting room tu.
Masuk dalam fitting room tu check arah kiblat alhamdulilah muat2 je untuk aku
rukuk. Kalau aku gemuk sikit lagi ni tak muat dah ahaha. Keluar fitting room tu
letak balik baju kat rak buat muka macam tak berkenan & terus keluar menuju
ke Myeondong street
😊
Mision utama kat sini adalah nak try street food. Tapi since kitorang dah lapar sangat kitorang singgah makan dekat restaurant Yogane dulu & order marinated seafood fried rice seperti yang disuggestkan oleh beberapa blog yang aku refer.
Sedap jugak tapi aku tak berapa gemar nasik dia sebab lembik so kitorang add on ramen. Lepas dah makan tu dah kenyang sangat so tak jadi nak try street food banyak2. Beli sorang satu jenis ja. Esok kitorang plan nak datang sini lagi untuk try street food lain pulak.
Masa aku tengah tulis post ni, tengah viral dekat beberapa travel blog & FB page pasal status halal street food dekat Myeondong ni. Kitorang memang perasan tanda halal yang tergantung kat gerai2 street food ni dia print yg halal JAKIM yang ada perkataan Malaysia kat bawah tu. Mungkin sebab diorang dah aware rakyat Malaysia ramai datang situ. So diorang google & print je logo tu untuk tarik pelanggan muslim. Nak salahkan diorang pun tak guna jugak sebab diorang pun bukannya faham betul2 konsep halal ni. Mostly bagi diorang kalau xde pork tu kira halal la. Kitorang memang tak yakin 100% la dengan status halal tu. Celah mana pulak ada JAKIM kat Seoul ni woi.
Kitorang cuma try food yang kitorang xde rasa was2. So pilihan di tangan sendiri sebenarnya pasal status halal ni
😊
 |
Sedap! rangup diluar lembut di dalam :) |
 |
Ni pun sedap! Dalam dia ada susu |
Lepas dah try beberapa jenis street
foods tu kitorang teruskan misi mencari barang cosmetic pulak. Aku dengan Nad
bukanlah sejenis pengguna heavy cosmetic products so aku cuma nak cari aloe
vera gel, face mask dengan hand cream je. Tak sempat nak research product apa
yang berbaloi nak beli sebab aku lebih focus dekat itinerary tempat2 menarik ja haha. Ada la 2 3 kedai yang kitorang lalu dapat mask free tapi mostly akan
panggil masuk dalam kedai diorang. Lepas dah pusing2 kat situ kitorang decide nak
balik je sebab esok plan nak datang sini lagi. Badan pun dah lemau sangat sebab harini kitorang banyak jalan kaki je nak balik baru naik train.
Sampai kat guesthouse aku try nak
basuh baju guna mesin basuh yang disediakan kat situ sebab hari kitorang sampai
Malaysia nanti aku ada flight ke Bali pulak malam tu. Memang tak sempat balik
rumah dah nanti. Tapi malangnya aku tak berjaya nak baca instructions kat mesin
basuh tu sebab semua dalam tulisan korea & sudahnya air bertakung kat dalam
mesin tu haha. Last2 aku give up cuci pakai tangan je & sidai dekat balkoni
& dalam bilik yang maha sempit tu haha. Selesai basuh baju kitorang review
la itinerary untuk esok pastu sedih sebab esok dah last day haha.. Flight
kitorang pagi lusa so esok kira last day la boleh berjalan kat Seoul ni since
lusa tu kena check out awal pagi buta bergerak ke airport. Tapi esok adalah
hari shopping sedunia so kena semangat sikit! Nad pulak plan nak visit kawan
dia yang kebetulan stay dekat Seoul ni esok. So kitorang susun balik itinerary
sebab ada tempat yang nak skip and ada yang nak repeat esok.
Ok tamat dah hari ke-5 dekat Seoul.
Highlight of the day bagi aku untuk hari ke-5 ni jatuh kepada BHV sebab aku
suka semua gambar aku kat situ bahaha. Insyaallah ada masa aku sambung pasal
hari ke-6 kitorang dekat Seoul merangkap hari shopping sedunia haha. Hari ke-7
adalah hari flight kitorang balik ke Malaysia. Nanti aku cerita pasal kejadian
tragis kitorang di pagi hari sabtu iaitu hari terakhir kitorang di bumi Korea
ni 😊 . Till then. Anyeong!
No comments:
Post a Comment