Assalamualaikum!
Dah 2 bulan post ni duduk dalam draft malas nak edit lagi. Harini terbuka hati nak edit balik sebab bos takdak haha.Masa aku edit post ni dah genap 3 tahun kerja kat company ni :) .Taktahu lah nak rasa bangga ka sedih ka sebab dah tersasar jauh dari cita2 sebenar haha. Haritu masa call mama tiba2 dia tanya sampai bila nak stay kat situ? bila nak pergi court jadi lawyer balik? Rugi ja belajar lama2.Ouch tersentak kejap. Aku tak salahkan mama sebab dalam pemahaman dia kalau tak pergi court tu dah bukan lawyer dah ahaha. Padahal berlambak je lawyer yg tak pergi court duduk office baca agreement siang malam. So bagi mama kalau aku tak pergi court tu aku dah tak jadi lawyer lah . Bukan mama je kawan2 aku yang dari bidang lain pun ramai yang tanya benda yang sama. Ramai yang ingat kalau kerja lawyer mesti pergi court. Sedangkan bidang undang2 ni lebih luas daripada naik turun court & pakai baju hitam putih semata2.Even colleagues kat company aku ni pun ada yang tanya banyak kali betul ke kau ni lawyer? Ramai yang kurang tahu rupanya pasal kewujudan "in house lawyer" macam aku haha. Nak explain panjang2 nantilah aku buat satu post khas bahaha.
Anyway, aku tengah ada mood nak menulis sekarang. Maka marilah menyambung cerita hari ke-4 di Seoul :) Gonna be a long post sebab hari ke-4 ni adalah hari favourite aku kat Seoul yang penuh drama haha.
Anyway, aku tengah ada mood nak menulis sekarang. Maka marilah menyambung cerita hari ke-4 di Seoul :) Gonna be a long post sebab hari ke-4 ni adalah hari favourite aku kat Seoul yang penuh drama haha.
Sekejap je dah masuk hari keempat
kitorang kat Seoul. Cepat sungguh rasa masa berlalu kalau tengah travel ni.
Hari ke-4 kitorang plan nak ke tempat wajib melawat kalau datang Seoul, iaitu
Nami Island & Kawasan sekitarnya iaitu Petite France & the Garden of
Morning Calm. Kalau ikut itinerary patutnya kitorang pegi masa hari ke-2. Tapi
sebab haritu hujan so kitorang postponed ke hari ke-4. Alhamdulilah check
whether forcast harini tak hujan. Nami Island ni terletak jauh sikit dari Seoul
iaitu di daerah Gapyeong. Nak kesini boleh naik bas atau train. Kalau naik bas
ada pick-up point dekat tempat tertentu and ada yang boleh beli tiket online
sekali pakej dengan entrance tiket terus.
Lepas dah buat perbandingan aku rasa
naik train adalah pilihan terbaik. Walaupun kena transfer train tapi bagi aku
lagi senang daripada nak cari pick up point bas tu. Ni semua pasal tak jumpa
pick up point masa nak pergi Everland haritu punya pasal lah. Serik kejap nak
cari bas haha. Cumanya kelebihan kalau naik bas ni boleh sampai terus depan
muka pintu masuk Nami Island tu. Kalau naik train, sampai kat Gapyeong
Stesen tu nanti kena naik shuttle bus or teksi pulak nak ke Nami Island. Tapi
since kitorang plan nak cover 3 tempat kat Gapyeong, so lebih berbaloi naik
Gapyeong shuttle bas sebab boleh naik turun banyak kali guna 1 tiket.
Dekat Gapyeong ni sebenarnya ada 4 tempat
yang tourist selalu datang. Satu lagi ialah Gapyeong Rail Park. Dalam episode
running man ada 1 episode diorang shoot kat sini. Kebanyakan blog2 yg aku
baca mostly bagitau yang agak mustahil nak cover 4 tempat ni dalam 1 hari.
Mostly tourist akan pergi 2 dari 4 tempat tu sahaja. Tapi aku gigihkan jugak
letak 3 tempat dalam itinerary kitorang. Sebab aku nak sangat pergi the Garden
of Morning Calm (GMC) tu walaupun tak banyak review yang aku sempat baca. Gapyeong Rail Park terpaksa disingkirkan dari senarai
sebab kena pre-booked kalau nak naik rail bike tu. Kalau walk in takut full and
nanti kena tunggu lama. Plus tiket dia agak mahal berbanding 3 tempat lagi tu.
Padahal Nad nak sangat naik bike tu. Aku cakap kat Nad naik rail bike tu nanti
kena kayuh sendiri so nanti penat takde energy nak jalan kat tempat lain dan Nad menerima alasan itu seadanya. So
kitorang decide untuk cover 3 tempat sahaja iaitu Nami Island , Petite France
& GMC. Sorry to dissapoint you weh! sapa suruh bagi aku buat itineraty bahaha.
Since kitorang nak cover 3
tempat, so kena naik first train untuk ke Gapyeong dalam pukul 7 lebih. Kalau ikut itinerary yang aku buat, sepatutnya kena keluar seawal pukul 6 pagi dari guesthouse untuk kejar train pukul 7 tu.
Tapi macam biasa kitorang “ter” overslept so pukul 8 baru terhegeh2 nak gerak. Walaupun lambat kitorang still breakfast dulu before gerak. Takpalah lambat sikit since dah hari ke-4 tenaga pun dah tak berapa ada nak rushing2. Kang rushing2 penat nanti tak enjoy pulak. Kitorang jalan ja macam biasa takdelah berlari ke train walaupun lambat haha. Dari Station Jongno-3-ga
kitorang naik train and turun di Cheongnyangni Station lepastu ikut signboard jalan
kaki ke ITX train station untuk naik ITX
train menuju ke Gapyeong station. Tiket ITX kitorang beli dekat kaunter.
Nasib baik ada tiket lagi untuk train pukul 9. Mungkin sebab haritu weekdays.
Harga tiket aku tak ingat tapi train ITX ni numbered seat. Aku dengan Nad tak dapat seat
sebelah2 sebab tu je tiket yang tinggal. Tak kisahlah janji ada tiket. Dah
jumpa seat kitorang dalam train tu baru lega sikit. Perjalanan ke Gapyeong mengambil
masa dalam 1 jam jugak. Ada Ahjumma sorong trolley jual snacks dalam tu tapi
kitorang tak beli pun sebab aku lebih berminat untuk tidur haha. Nak tengok
permandangan kat luar pun tak nampak apa sebab dua2 tak dapat seat tepi tingkap.
Sampai dekat Gapyeong Station kitorang plan nak naik shuttle bus pukul 10.30 untuk ke Nami Island. Mula2 plan nak pegi GMC dulu tapi sebab GMC adalah stesen terakhir untuk shuttle bas tu so kitorang decide untuk pergi Nami Island dulu sebab kononya nak spend masa lama sikit dekat Nami Island tu. Bas paling awal pukul 9 tak silap. Patutnya kitorang kene naik bas paling awal tu baru sempat nak cover 3 tempat. Aku doa dalam hati harap2 sempat cover 3 tempat tu harini sebab timing dah lari 1 jam setengah. Frust jugak kalau tak sempat sebab aku nak sangat pergi GMC tu.
Sampai dekat Gapyeong Station kitorang plan nak naik shuttle bus pukul 10.30 untuk ke Nami Island. Mula2 plan nak pegi GMC dulu tapi sebab GMC adalah stesen terakhir untuk shuttle bas tu so kitorang decide untuk pergi Nami Island dulu sebab kononya nak spend masa lama sikit dekat Nami Island tu. Bas paling awal pukul 9 tak silap. Patutnya kitorang kene naik bas paling awal tu baru sempat nak cover 3 tempat. Aku doa dalam hati harap2 sempat cover 3 tempat tu harini sebab timing dah lari 1 jam setengah. Frust jugak kalau tak sempat sebab aku nak sangat pergi GMC tu.
Masa turun dari train tu aku tengok
jam lagi 15 minit nak pukul 10.30am so singgah la ke toilet dulu. Sejuk woi
tak tahan haha. Dah settle hal kat toilet, keluar je dari pintu station tu terus nampak
orang tengah beratur nak naik Gapyeong Shuttle bas tu. Apalagi berlari la 2
orang budak gemuk ni menuju ke tempat bas. Sengeh je Ahjussi yang berdiri jaga depan pintu bas tu tengok kitorang haha. Tulah terbuang masa pulak kat toilet tadi. Oh by the way since toilet kat korea ni tak guna air, kitorang guna botol
kicap plastic size besar beli dekat kedai RM2 tu setiap kali nak ke toilet. Isi air
dulu kat singki. Nampak macam kelakarkan tapi sangatlah convenient dari guna
botol mineral biasa tu sebenarnya 😊
Sebelum naik shuttle bas tu aku sempat grab
peta laluan bas ni kat tourist info kaunter sebelah bas ni senang nak tengok timing bas nanti. Tiket bayar dekat
driver bas & kena simpan baik2 sebab nak guna sampai balik nanti. Harga
tiket dalam 6000w kalau tak silap. Dalam setengah jam macamtu kitorang sampai
ke entrance ke Nami Island. Boleh tahan jugak bas ni drift. Dah la jalan
berpusing macam nak pergi Cameron Highland. Nasib baik aku dah telan ubat
siap2. Turun dari bas kene jalan sikit nak ke ticket booth. Nak ke Nami Island
kene naik ferry so kene beli tiket dulu. Harga tiket 13000w dah
include sekali dengan entrance fee ke Nami. Sekejap je naik ferry tu dalam 15min dah sampai.
Nak naik Zipline yang ala2 flying fox tu pun boleh tapi harga kalau convert
lebih kurang dalam RM100. Makanya naik ferry adalah pilihan terbaik 😊
Tiket aka Visa ke Nami Island. Kena lalu pintu ala2 immigration sebab konsept Nami Island ni macam konon2 dia adalah sebuah republic. Siap ada bendera sendiri. |
Atas ferry tu ada banyak bendera negara2 lain. Bendera Malaysia pun ada |
Sampai kat Nami Island tu
kitorang duduk kejap study peta yang amik dekat kaunter tiket tadi. Aku macam
biasala cari toilet dulu. Cuaca agak sejuk so tak tahan asyik nak ke toilet je
haha. Nasib baiklah toilet dekat Seoul ni semua bersih dan wangi. Menariknya dalam toilet dekat Nami Island ni
siap ada rak buku lagi dia letak kat tepi toilet bowl. Nak terapkan budaya
membaca sampai ke toilet ok. Lupa pulak nak snap gambar. Lepas dah kaji peta tu
serba sikit kitorang pun mulakan pengembaraan di Nami Island ni. Basically,
semua orang yang nak melancong ke Seoul pun tahu Nami Island ni famous sebab
drama winter sonata tu. Aku dengan Nad tak tengok pun drama tu sebenarnya. Tapi
aku sebok jugakla nak cari patung watak hero & heroin cerita tu sebab tu
antara landmark Nami Island ni haha. Nami Island ni paling cantik kalau datang
time autumn sebab pokok2 kat situ akan bertukar jadi merah2 kekuningan. Since
kitorang datang dah hujung spring, pokok2 semua hijau jelah. Tapi still cantik 😊
Mision kitorang dekat sini adalah untuk bergambar dekat photo spots yang menjadi
landmark Nami Island lepastu try Dosirak atau dikenali sebagai nasi goncang di
kalangan rakyat Malaysia.
Adalah jugak beberapa pokok yang berdaun merah |
Sisa2 bunga sakura pun ada sikit2 lagi |
Nampak macam xde orang pun kat kawasan ni kan |
Hakikatnya penuh manusia kat kawasan ni.. |
Gigih la Nad tunggu background tu clear baru snap gambar :) |
Muka malas dah nak layan aku amik gambaq :p |
Fine kita selfie |
Another photospot wajib . Nasib baik orang tak ramai :) |
Ada ahjumma tolong amikkan gambar kitorang :) |
Kat sini pun banyak bunga Azalia je |
Berangan la jap kat patung hero heroin winter sonata ni walaupun aku tak tengok drama tu |
![]() |
Oh ini rupanya hero & heroin winter sonata tu :) |
Lepas dah habis semua photo spots
kitorang terjah kitorang pun teruskan dengan misi mencari nasi goncang. Orang
boleh tahan ramai jugak tapi tak sesak sangat. Dekat photo spots tu kitorang
tak payah beratur pun sebab tak ramai tourist lagi time tu. Mungkin sebab still
awal lagi. Tapi macam biasa dipenuhi dengan budak2 sekolah. Mana2 tourist
attraction yang kitorang pergi mesti penuh dengan budak sekolah. Mungkin ada
lawatan sambil belajar time tu. Kitorang kena tunggu almost 40min jugak masa
nak order nasi goncang tu sebab bebudak sekolah ni dah reserve kedai tu untuk
lunch diorang. Sementara nak tunggu tu kitorang pergi jalan dekat kedai
souvenir dulu cari fridge magnet. Lepas tu baru masuk kedai nasi goncang tu
balik. Mula2 aku macam was2 jugak sebab tak ada muslim langsung dalam kedai tu
masa tu. Pelik jugaklah sebab aku baca kat blog ramai suggest suruh makan kat
sini. Tapi masa kitorang masuk tu memang tak ada sorang pun muslim kelihatan
dalam kedai. Penuh dengan orang local je. Mungkin yang muslim ramai pergi makan
dekat area Asean Cuisine, restaurant makanan halal dalam Nami Island ni.
Dekat situ ada disediakan surau & restaurant tu memang ada cop halal so
memang tak payah ragu2 dah kalau nak makan. Tapi aku still nak cuba jugak nasi
gongcang ni. Berbekalkan research yg telah dibuat dan yakin dengan ingredients
nasi goncang tu lepas kitorang interview Ahjumma yang tengah masak nasi tu, aku
order nasi with tuna & Nad order nasi with cheese. Harga dalam 5000w. Basically,
ingredient dia nasi lembik, telur & kimci yang dimasak dalam bekas makanan
yang diperbuat daripada besi. Sebelum makan kena gongcang dulu bekas makanan tu
guna sarung tangan khas nak bagi nasi tu bergaul dengan lauk then baru makan.
Untuk sekadar nak cuba boleh lah kot aku rasa. Takdelah sedap mana pun. Sekadar
memenuhi senarai missions ahaha 😊 By the way, masa aku tulis post ni, tengah viral kat group backpakers yang nasi goncang ni dah tak halal sebab dah tukar owner baru & ada menu baru iaitu daging & sosej. Ada juga yang komen cakap daging yang digunakan adalah daging halal import siap tunjuk jenama daging tu. Sejauh mana kebenaranya aku tak pasti. So sesapa nak try mohon buat research betul2 dulu..
Kitorang spend dalam 3 hours jugak dalam Nami
Island tu lepastu dah tak tahu nak buat apa. Nak naik basikal, dedua pun tak larat nak kayuh haha.Nak solat kat surau dalam tu
belum masuk waktu lagi. Since mission dekat situ dah accomplished kitorang pun
decide untuk naik ferry & balik ke entrance tempat beli tiket tadi &
naik shuttle bas menuju ke Petite France pulak. Masa nak naik ferry nak balik
tu penuh dengan tourist yang baru sampai. Makin sesak la pulau tu nanti. Nasib
baik kitorang decide nak balik. So kalau nak pegi Nami Island better pegi awal
pagi time tu orang tak ramai lagi.
Turun dari ferry kitorang terus
cari tempat nak tunggu shuttle bas ke Petite France. Shuttle bas ni akan lalu
setiap 30 min. So kalau terlepas kene tunggu next bas. Masa kitorang dah sampai
kat tempat tunggu bas tu sekejap je bas dah sampai.Alhamdulilah. Perjalanan ke
Petite France ambil masa dalam 30min jugak & jalan pun memang berpusing2.
Sampai kat sana orang boleh tahan ramai jugak & cuaca dah start panas tapi
berangin. Aku tengok jam dah pukul 2 lebih. Kitorang boleh spend 1 jam je kat
sini kalau nak ke GMC sebab shuttle bas last untuk balik ke Gapyeong station
pukul 6. Nak ke GMC dr Petite France 30-40min jugak. Lepas beli tiket kitorang
pun start explore Kawasan dalam tu. Actually tak banyak benda pun nak explore
pun dekat sini & Kawasan dia pun tak luas mana. So sejam tu memang lebih
dari cukup. Ada beberapa banggunan unik & decorations inspired by France’s culture.
Petite France ni jugak adalah one of filming locations untuk beberapa Korean drama
& antara yang aku dan Nad tengok adalah My Love from the star & Secret
Garden. Running man pun pernah shooting kat sini. Jadi mission kitorang dekat
sini untuk cari photo spots filming locations tu sahaja 😊
Dekat sini ada jugak puppet show berdekatan dengan entrance tadi. Kitorang duduk sekejap layan puppet show tu. Masa tu aku tengok jam dah 3.30 so terus ajak Nad cari tempat nak solat. Lepas dah amik wudhuk dah dekat pukul 4. Sepanjang dekat korea ni nak amik wudhuk kitorang memang amik masa lama sikit sebab nak kena tanggal jacket, kasut, stokin semua and air hanya ada dekat singki. Kaki kene angkat naik la kat singki tu pastu air sejuk gedi pulak! Certain toilet je ade water heater dekat singki. So memang akan amik masa dalam 15-20min setiap kali nak ambil wudhuk. Lepas dah siap ambil wudhuk tu aku kira2 timing balik macam tak sempat je nak ke GMC kalau kitorang naik bas pukul 4.30pm. So aku cakap kat Nad kita solat dekat GMC je lah nanti. So kitorang pun berlari la keluar nak tunggu bas ke GMC.
Masa tunggu bas ke GMC tu aku perasan tak ramai yang sama2 dengan kitorang
tunggu. Ramai yangg tunggu shuttle bas kat arah yang bertentangan iaitu arah
untuk balik ke Gapyeong Station. Aku nampak ada few malays yang tengah tunggu
bas balik ke Gapyeong Station so kitorang tegur la tanya, dah nak balik ke? tak
pergi GMC? Diorang cakap takut tak sempat nak kejar last train balik ke Seoul
nanti. Alamak baru teringat pasal train! Masa tu aku dah was2 dah nak ikut
diorang balik or teruskan jugak pergi GMC. Nad pun macam dah tak yakin je nak
pergi GMC. Tapi since aku dah bertekad nak pergi jugak GMC tu aku cakap kat Nad
takpe kita pergi je GMC tu insyallah ada jalan untuk kita balik nanti. Padahal
dalam hati kemain risau kot2 kena bermalam dekat Gapyeong ni. Masa tengah
berbolak balik tu bas ke GMC tu pun sampai. Aku pun tak sempat nak fikir dah
terus ajak Nad naik je. Nanti kita fikir macammana nak balik haha. Tawakkal
jelah. Dalam bas tu memang tak ramai & bas tak penuh pun tapi aku perasan
ada few Malaysian jugak so nanti aku plan nak tanya diorang la nak balik camna
kalau terlepas last train haha. 😊
Sampai kat GMC dah dekat pukul 5 so
berlari lagila 2 orang budak gemuk ni nak beli tiket sebab nak cari tempat
solat. Kaki aku dah sakit tahap gaban dah time ni. GMC ni sebenarnya adalah
stesen terakhir untuk shuttle bas ni. Masa turun bas tu kitorang sempat tanya Ahjussi
bas tu pukul berapa last bas nak balik ke Gapyeong station. Dia cakap 6.30.
Alhamdulilah kitorang ada masa extra 30 min sbb dekat dalam pamphlet bas tu tulis
last bas pukul 6! Lepas beli tiket, masuk je entrance tu we were greeted by a
very breathtaking view dengan bau bunga harum semerbak. Stun kejap tengok
bunga2 colourful dengan permandangan gunung-ganang yang sangat magnificent! Kitorang pun jalan masuk nak cari tempat solat & nampak ada pondok kayu so terus pergi situ nak
solat. Nasib baik wudhuk dah amik siap2 dekat Petite France tadi. Alhamdulilah pondok tu sangat bersih so kitorang
pun duduk rehat kejap. Penat lah asyik berlari je harini ahaha.
Pondok tempat kitorang solat |
Dah siap solat baru tenang nak
explore GMC ni walaupun masa sangat suntuk. Aku takde set missions pun kat sini
sebab tak banyak review pasal tempat ni yang aku sempat baca. Yang aku tau kat
sini ade satu pokok berusia beratus tahun. So aku ajak Nad cari pokok tu la
dulu. haha. Lepas tu baru kitorang refer balik dekat map tengok mana port yang
menarik. View dekat sini memang breathtaking sungguh. Cantik sangat & very peaceful tambah2 dengan cuaca sejuk & bau harum bunga2 dekat situ. Memang beyond
expectation akulah tempat ni. Sepanjang jalan boleh dengar slow music
yang dipasang. Memang tak salah lah keputusan kitorang untuk redah jugak datang
sini walaupun masa sangat suntuk. Alhamdulilah 😊. Since kitorang cuma ada sejam lebih je
untuk explore GMC ni, haruslahgunakan masa tu sebaik mungkin. Bersyukur sangat
kitorang decide nak datang jugak sini walaupun was2 mula2 tadi.
![]() |
Nilah pokok yang dikatakan berusia beribu ribuu tahun itu |
Walaupun sejam lebih je dapat spend masa kat GMC ni cukup buat aku gumbira and satisfied 😊 GMC ni tak besar mana & kurang famous dari Nami Island sebenarnya. Tapi pendapat peribadi aku lebih berbaloi spend masa lama dekat sini berbanding Nami Island. Bunga2 kat sini semua tengah mekar berkembang so memang sepanjang jalan bau wangi je. Sebab utama aku nak datang sini sebab bunga2 ni lah ahaha. Since kitorang dah terlepas timing sakura blooming, GMC adalah option terbaik untuk menikmati musim bunga di Seoul ni. :) Silalah nikmati permadangan bunga & pokok kat bawah ni yang sempat aku snap sambil jalan laju2..hahaha.
Paling love kawasan tulips ni :) |
Tepat pukul 6.30 Ahjussi driver tu pun datang bukak
pintu dan bas tu pun bergerak menuju ke Gapyeong Station. Ada lagi satu station
ITX untuk balik ke Seoul yang shuttle bas ni akan lalu iaitu Cheongpyeong Station yang lebih dekat dengan GMC. So kalau nak pergi GMC dulu, boleh turun kat station ni.Since kitorang turun kat Gapyeong Station tadi so kitorang decide nak balik dari situ jugak. Sampai kat
Gapyeong Station tu memang ngam2 lah station terakhir and last bas untuk
shuttle bas tu. Alhamdulilah sempat cover 3 tempat tu now misi nak cari jalan
balik pulak haha. Aku tak sure last train pukul berapa so kitorang memang try
luck je cari tiket untuk balik tu. Kitorang tak jumpa kaunter tiket ITX tapi nampak ada orang beli tiket dekat machine
so kitorang pun try la nak beli dari situ. Tapi nak beli tiket ITX ni
complicated sikit sebab nak kena pilih seat number. Masa kitorang dok tergagau2
tu ada sorang Ahjussi ni datang nak tolong tapi dia pun tak sure jugak haha.
Walaupun dia tak faham sangat apa kitorang cakap dia still berusaha jugak nak tolong. Terharu kejap.Lepas tu aku try sebut name station yang kitorang nak turun nanti,Cheongnyangni station. Dia try
tekan2 dekat machine tu pilih Bahasa Korea pulak. Dekat 15min jugak mencuba dan
akhirnya kitorang berjaya beli tiket balik ke Seoul!. Alhamdulilah 😊.
Tiket pukul 9 kalau tak silap. Feww rasa lega sikit dah ada tiket now nak
cari platform pulak. Salah platform kang kelain pulak peginya. Lepas tanya
dengan guard dekat situ kitorang jumpa
dah platformnya tapi macam was2 lagi sebab takde orang lain kat situ selain kitorang
haha. Lepas dah 15min menunggu baru nampak ada 2-3 orang lagi datang. Lega
sikit. Mungkin ni last train ke Seoul la kot. Dalam 30min jugak kitorang
menunggu baru train sampai.. Masuk train dapat duduk fuh lega! Masing2 diam je
sebab dah penat sangat. Mencabar
mental dan fizikal sungguh perjalanan harini!
Lepas turun kat Cheongnyangni
station tu kitorang tak terus balik tapi teruskan misi seterusnya iaitu ke
Hongdae Street, tempat lepak muda-mudi di Seoul haha. Nak balik guesthouse
malam masih muda lagi kot. So marilah pergi melepak dulu. Padahal badan dah
lemau macam apa ja time tu. Tapi semangat nak berjalan tu masih ada kah3. Aku
tanya Nad larat lagi ke nak jalan. Dia cakap dia ok je so kitorang pun decide
teruskan jelah misi ke Hongdae before we call it a night. Tapi apa apapun bila
travel sendiri especially berdua je ni kenalah consider jugak tahap ketahanan
our travel partner. Kalau sorang dah letih sangat sorang lagi kena la consider
stop kat mana2 rehat dulu ke makan ke ape. Jangan paksa diri kalau dah letih
sangat. Susah pulak kalau salah sorang sakit nanti. Macam kitorang ni masing2
dah faham perangai & tahap ketahanan diri masing2 so senang sikit nak tolak ansur. Betul tak Nad? ;p Walaupun ada je few times kitorang upset with each other especially bila
dua2 penat pastu salah jalan or salah exit train. Bila salah jalan dedua
pun start to blame each other. Itu semua normal ok. Kecuali
untuk orang2 yang memang penyabar tahap dewa la. Most of the time akulah yang
kurang penyabar tu haha. Nad memang sangat penyabar orangnya :). Bila
sorang cakap “ha aku dah cakap dah jalan ni salah kita patut ikut jalan tadi”
and sorang lagi balas “Sape suruh kau ikut aku?” dengar macam childish sangat kan tapi
kalau dah time penat2 tu memang boleh buat gaduh laa haha. Tapi both of us
memang dah kenal sangat perangai masing2 and tak suka nak panjangkan hal2 macam ni. Paling2 pun dalam 5-10 minit je masing2 diam pastu dah boleh gelak2 sambil mengumpat orang depan balik
bahaha. Takdenye nak cebik sampai ke Malaysia. Kalau nak cebik2 memang tak
kemana la sebab bila travel berdua ni kau memang boleh depends on each other ja.
Kalau jenis bergaduh taknak bercakap memang susahlah. So pemilihan travel
partner amatlah penting ya. Especially bila travel sendiri without travel
agent. Kalau takat bff yang depan2 je baik budi bahasa, belakang kutuk mengutuk silalah
elakkan travel bersama-sama. Bukan apa, sebab masa travel ni la segala bentuk perangai
akan terserlah. So Nad if you are reading this, terima kasih sebab banyak bersabar
dengan aku selama kita travel dan untuk sepuluh tahun ini ok 😊
OK sambung balik cerita kat
Hongdae ni mission kitorang adalah untuk visit Hello kitty café and tengok
orang busking. Saja lah nak try mengopi kat Hello Kitty café tu since kitorang
belum try lagi coffee dekat korea ni. Tapi malangnya kitorang tak jumpa jalan
ke café tu walaupun dah ikut direction bergambar sebijik2 dalam blog yang aku
refer. Mungkin sebab dah penat sangat plus dah malam so tak jumpalah jalannya.
Masa kitorang jalan tu dah pukul 10 & café tu tutup 10.30 so kitorang
decide nak forgo je la mission ke Hello Kitty café tu and duduk lepak je kat
situ tengok orang busking. Singgah 7e kejap beli pisang dengan banana uyu since
kitorang belum dinner. Frust jugaklah tapi sebab dah penat sangat tak kuasa dan
nak cari jalan ke Hello Kitty Café tu. Hongdae street ni memang dekat dengan kawasan
university so malam2 kat situ memang meriah & penuh dengan anak2 muda. Club
pun banyak sini. Kat sini jugak ada disediakan kawasan khas untuk yang nak
busking. Ada yang menyanyi, menari, main alat music sambil rap pun ada. Ada aku
terbaca kat mana tah kadang2 ada agent2 recording company kat Korea ni akan
datang kat sini untuk recruit trainee baru untuk company diorang. So kalau nak
dengar lagu kpop bolehlah datang sini. Kalau nak cuba jadi artis kpop pun boleh
la cuba basking kat sini ahaha. Mula2 dulu kitorang ada jugak plan nak stay
dekat guesthouse dekat area Hongdae ni tapi bila baca review ramai cakap bising
malam2 tu memang sampai tahap tak boleh tido so aku cancel lah haha. Tapi
memamg meriah lah nightlife kat sini. Sesuai untuk sesiapa yang perlukan
hiburan hingga ke pagi 😊
kat belakang tu kawasan busking |
Kitorang lepak dekat Hongdae
street tu tak lama dalam sejam je sebab masing2 pun dah lemau sangat. Aku pun
tak sempat nak menikmati performances kat situ sebab orang terlalu ramai kat
sekeliling tu. Walaupun sekadar basking je tapi most of them ada fans
tersendiri sebab aku nampak ada yang siap pegang banner sambil jerit2. Aku
assume tu fan club diorang lah haha. Mungkin diorang ni band2 indie or bergerak
secara underground. Saja aku masukkan Hongdae ni dalam our itinerary, nama pun
tempat anak muda, kitorang pun muda lagi apa 😊
Dah puas lepak sambil memerhati
gelagak anak muda kat situ, kitorang pun bergerak balik ke Guesthouse naik
train macam biasa. Dah hari ke-4 ni dah terror dah naik train tengok arah semua
kah3. Esok kitorang plan nak visit tempat2 bersejarah pulak sekitar Seoul. Most
of the places yang kitorang plan nak visit tu memang dekat je dengan guesthouse
kitorang. So kitorang plan nak try jalan kaki je. Kalau tak larat baru naik
train haha. Alhamdulilah most of our missions untuk hari ke-4 ni accomplished.
Hello Kitty café je yang tak jumpa haha. Tapi the highlight of the day tak lain
tak bukan adalah the GMC. Aku memang puas hati sangat dapat jugak visit the GMC
tu. Memang dari Malaysia lagi aku paling risau takut tak sempat visit the GMC
sebab tu antara wish list yang aku paling nak sangat pergi walaupun tak banyak
review yang aku jumpa cakap tempat tu best. Nad pun cakap worth it sangat
kitorang decide untuk pergi jugak GMC tu walaupun tak yakin haha. Since aku
yang plan itineray and banyak buat research pasal all the places yang kitorang
nak visit, tugas aku adalah untuk convince Nad yang tempat2 kitorang nak visit
tu worth to go. So dalam banyak2 tempat yang kitorang visit, both of us agree yang GMC adalah tempat yang paling worth to visit and kalau diberi rezeki lagi
untuk visit Seoul, GMC must be on the list. Ha sampai cenggitu taksubnya aku pada GMC ni bahaha.
So kesimpulannya untuk hari ke-4
ni adalah kadang2 kalau kita betul2 nak kan sesuatu tu kena jugak cuba ambik risiko. Sesetengah perkara memang bergantung pada nasib
tapi jangan la buat keputusan sebab dengar cakap orang semata2 sebab pendapat dan
citarasa manusia ni lain2. Boleh cuba ambil risiko asalkan jangan benda yang
memudaratkan sudah lah. Aku cakap macamni sebab keputusan kitorang nak pergi
GMC tu lah haha. Masa decide nak pergi tu aku tau risiko dia adalah kitorang
mungkin akan tertinggal bas atau train, kitorang akan penat sebab nak kena
patah balik ke Gapyeong Station agak jauh and boleh spend masa sekejap je dekat
GMC tu so nanti tak berbaloi and mungkin akan rasa menyesal sebab pergi jugak . Lagipun dari research yg aku buat, tak ramai suggest untuk pergi GMC ni. Yelah citarasa orang lain2. Sama jugak macam Petite France ramai
cakap jangan pergi sebab tak ada apa yang menarik and mostly suruh spend sehari
suntuk dekat Nami Island. Tapiii kitorang cuba jugak amik risiko walaupun tak
berapa nak yakin sebab aku memang betul2 nak sangat pergi GMC tu. Kitorang singgah jugak Petite France tu and pergi jugak GMC
walaupun timing dah lari. Dann finally
we’re both happy with our decision 😊 Risiko2 jugak tapi kena lah tengok situasi
jugak. Janganlah apply untuk semua benda. Walaupun takut2 masa nak buat keputusan nak pergi GMC tu tapi dalam hati aku time tu ada terdetik keyakinan yang tuhan akan mudahkan jalan kitorang untuk balik dengan selamat. Mungkin jugak nasib kitorang baik haritu
and mungkin jugak berkat doa kitorang tuhan bukakkan rezeki untuk melawat
tempat2 tu. Doa orang bermusafir ni antara doa yang
mustajab tau :). Kadang tuhan tak
bagi apa yang kita nak tapi bagi apa yang kita perlu saja. Kitorang
dapat jugak pergi GMC tu tapi masa sekejap sangat. Tu pun dah cukup buat
kitorang happy dah. Gitulahh. I don’t know who would ever read this post but im sure im gonna read it again in future so maaf
kalau sedikit poyo sebab bila travel ni selain mengajar aku untuk kenal diri
sendiri ia juga mengajar aku untuk mengenal tuhan :) Ok dah tamat untuk hari
ke-4. Entah bilalah nak ada masa nak tulis pasal hari ke-5 haha. Till then. Anyeong!
No comments:
Post a Comment