Assalamualaikum!
Harini nak tulis pasal trip naik
cruise ke Phuket & Langkawi. Tengok tajuk aku kat atas tu dah macam tajuk nak search dalam google kah3. Sebenarnya trip ni adalah annual company trip
anjuran company tempat aku kerja. Kebetulan pulak aku memang dah lama teringin nak holiday
naik cruise maka bagai pucuk dicita ulam mendatang lah gitu. Last year ke Bali, this year boses belanja naik cruise pulak #Ilovemycompanyilovemyjob. tiberr hahahaha. Since kalini colleague
aku ramai yang tak nak join so aku pun ajak la bespreng merangkap travel
partner aku utk join. Ye si Nad la sapa lagi π Orang lain bawak laki ngan parents aku bawak kawan πNasib baik beliau setuju untuk join. Nak bawak parents aku, hmph depa awai lagi dah pergi last year dengan trip anjuran geng rewang kat seksyen 17 nihh. Siap pergi sampai Myanmar okeh. Thank you Cik Nad sudi menemani aku dikala orang lain semua bawak laki memasing sebagai peneman Disebabkan company
aku yg arranggekan semua so dapatlah diskaun sikit untuk beliau.Hihi.
Trip ni berlangsung selama 4 hari
3 malam. Cruise yg kitorang naik nama dia Superstar Gemini. Hari pertama tu
kitorang depart dari Port Klang dalam waktu tengahari. Teruja sikit la kalini
sebab biasa travel naik flight, train or bus kalini merasa nak naik kapai besaq pulak.
Hiks. Aku tak bawak backpack travel aku tu since nak feeling2 holiday so
kena bawak beg tarik laa. Haha. By the way kalau bawak beg tarik yg saiz besar, masa check in kena drop beg dekat kaunter lepastu nanti beg tu akan dihantar
terus depan bilik. Aku bawak yg saiz kabin ja so kena heret sendiri la. Tapi
sebab semua staff company aku yang uruskan so aku menonong jelah jalan naik ke
cruise. Seronok oo travel ada orang guide ni takyah susah payah nak pikiaq. ...π
Heret Betty (beg) dengan perasaan teruja menuju ke pintu masuk Cruise |
Kitorang dapat bilik ber-4 lagi 2
orang staff company aku jugak tapi diorang dari bahagian construction so aku tak
berapa nak rapat sangat. Bilik kitorang agak kecik & cramp tapi bagi aku
selesa ja. Ada tv semua lengkap. Aku ada snap gambar bilik tu tapiii malang nasibku ini gambar untuk percutian dalam cruise ni ada dalam iphone aku yg dah ditenggelami air di pulau kapas & tak dapat diselamatkan lagi. Syahdu sikit la aku nak
tulis post ni sebab gambar untuk trip ni aku tak sempat nak transfer dalam
laptop.sobsπ Iphone aku tu dah berusia 5 tahun ok. org dah 5 kali tukaq fon tapi aku masih setia sebab dia tak rosak langsung sebelum ditenggelami air laut yang kejam itu. Boleh bayang la berapa banyak gambar aku dalam tu. Meroyan kejap macam mak kucing hilang anak siap amik mc masa org kedai repair bagitau fon aku tu tak boleh diselamatkan dah. Over kan π Jangan tanya kenapa tak simpan kat apple cloud ke apatah kenamanya sebab aku noob & iphone aku tu adalah model 5 tahun lepas πͺ So mana yang aku upload dalam post ni aku kutip balik ja mana yang aku upload dekat insta . . Ada jugak kegunaanya kalau upload gamba dekat soc med ni ok. Menyesal pulak tak upload bebanyak sebab risau orang menyampah. lesson learned. lepas ni aku nak upload gambar banyak2 kat soc med sampai aku sendiri yang menyampah π
Ok sambung balik cerita cruise. Lepas letak beg
dalam bilik ada announcement untuk semua berkumpul sebab ada safety briefing.
Semua penumpang wajib attend. Lepas dah habis briefing terus pergi lunch. Mula2
kitorang sesat jugak nak cari kat mana restaurant sebab besaq gila weh kapal
ni. Hari kedua baru kitorang boleh hafal jalan. Bilik kitorang tingkat 9 & tempat
makan dekat tingkat 5. total semua ada 15 tingkat. Kalau tak silap aku lah. Dalam ni ada 5 jenis restaurant. Tapi yang halal ada 3 ja. So hari2 boleh pilih nak makan
dekat restaurant mana. Best part travel naik cruise ni bagi aku adalah makanan dia lah. Memang heaven sungguh. Sehari 5 kali buffet style pulak tu so bayangkan lah lepas 4 hari berapa kilo berat aku naik π
Makan sambil tengok view laut yang super amazinggg |
Hari pertama tu lepas makan
kitorang naik kat deck paling atas. Sampai ka atas tu subhanallah speechless
sekejap tengok view laut sejauh mata memandang. Dekat deck paling atas ni ada
restaurant, swimming pool & gym. Basically kat sini paling ramai tempat
orang lepak. Kalau waktu malam ada tayangan movie pun dekat sini jugak.
Kitorang lepak kat atas tu sampai waktu makan malam sebab nak try makan dekat
restaurant situ pulak. Restaurant kat situ pulak jenis open air concept so
memang syok lah makan sambil layan view sunset..
Lepas makan kitorang balik bilik
kejap lepastu refer dekat star navigator untuk tengok apa activity menarik yang
kitorang boleh join. Star navigator ni akan diletakkan kat luar pintu bilik
setiap hari. Segala activities yang ada dalam cruise ni boleh refer dalam star
navigator tu. Kitorang rest kejap pastu jalan2 dalam cruise sementara nak
tunggu waktu supper haha. Memang makan je activity utama aku dalam cruise tu sebab dalam cruise tu tak ada free wifi. Ada yang berbayar tapi mahai & tak baloi sebab slow sangat line. Tapi dont worry ada bermacam activity disediakan atas kapal ni untuk para penumpang enjoy. Malam
tu ada tayangan movie so kitorang naik la kejap dekat deck yang paling atas tu.
Lepak2 ambil angin malam then kitorang balik bilik tidoq sebab kekenyangan π
Hari kedua lepas lunch seingat
aku kitorang dah get ready nak turun ke Phuket. Harap maklum la since semua gambar dalam
fon dah ditenggelami air, aku tak boleh nak recall sequence of event untuk trip
ni haha. Kitorang turun pukul 1 & diberi masa sampai pukul 9 malam ja untuk
naik balik ke kapal. Seingat aku la π
. Cruise akan jalan sharp pukul 10 so siapa
lambat akan dikenakan penalty. So apa ja yang boleh dibuat dalam masa setengah
hari je kat situ? Actually dalam cruise ni pun ada ja disediakan pakej untuk
sesiapa yang berminat tapi standard lah harga untuk tourist. Since aku dah buat
research sikit2 so aku & Nad akan bergerak sendiri ja. Kitorang turun dekat
dengan Patong beach naik boat kecik sampai ke jetty.
Masa tengah jalan tu roommate kitorang lagi 2 orang tu nak
ikut sebab diorang pun tadak plan nak kemana. Sampai kat 7e untuk beli simcard
jumpa lagi 2 orang colleague aku pun nak join jugak. Aku ok ja the more the
merrier haha. Kitorang beli simcard 1 je share hotspot. Tujuannya nak cari grab
je pun. Sambil tu nak update apa yang patut la sebab atas kapal tadak wifi. ahaha. Destinasi
pertama yang aku plan nak terjah is Wat Chalong Temple yang merupakan salah satu
mercu tanda Phuket. Check grab mahai jugak sebab kena amik yang 7 seater. Then kitorang
plan nak naik tuktuk ja tapi tiba2 ada sorang uncle ni approach kitorang suruh sewa
van. Harga lebih kurang ja kalau naik tuktuk so naik jelah van ni sebab ada aircond π.
Harga per person dalam rm25 kalau tak silap la. Temple tu agak jauh actually
dalam 30min dari Patong Beach. Harga tu pada aku gak mahal la sebab dengan
harga tu sebenarnya boleh pergi banyak tempat. Tapi dek kerana kitorang
kesuntukan masa memang tak sempat nak gunakan van tu sepenuhnya. Uncle ni boleh cakap
English tapi amik masa jugak la nak faham. Sepanjang jalan nak ke temple tu dia
asik dok promote kat kitorang suruh singgah tempat lain. Aku cakap kat dia “no
time & no money ” π
Sampai kat temple tu uncle tu
cakap “30min only”. Aku cakap “no 1 hour!” Amboi dah la bawak kitorang pi 1
tempat ja pastu nak limitkan masa pulak. Activity kat temple ni tadak apa
sangat pun sekadar bergambar ja. Tak ada bayaran masuk dikenakan. Ada beberapa
buah temple kat kawasan ni. So boleh la amik gambar dengan background berbeza.
bespren poreber π |
Dah
puas bergambar kitorang pegi balik kat tempat parking tu & since masih awal
kitorang mintak uncle ni bawak ke tempat massage. Dia bawak ke tempat yang agak
exclusive so harga agak mahal sikit la. Lepas nego punya nego dapat la full
body thai massage dalam rm40 sorang. Kalau kat area Patong Beach mungkin dalam rm25-30
ja.
minum ayaq teh lepas massage |
Lepas massage dia hantar kitorang
ke Patong Beach balik. Mula2 kitorang nak singgah turun kat area masjid sebab
nak cari kedai makan halal kat situ. Tapi since ada colleague aku sorang ni
bawak anak dia & kalau nak jalan dari masjid tu ke Patong agak jauh so
kitorang turun dekat depan Hard Rock CafΓ© & cari kedai makan halal kat area
situ.
Ada halal street food kat situ so kitorang decide nak makan kat situ jelah. Lepas makan cari souvenir serba sikit & misi utama aku haruslah shopping dekat 7e. Masa tengah membeli kat 7e tu aku & Nad terpisah dengan yang lain. Cuak jugak memula sebab kitorang takda internet so susah pulak satgi nak cari jalan balik ke tempat cruise “parking”. Last2 kitorang redah je jalan ikut gerak hati sambil tawakkal. Alhamdulilah jumpa jalan yang benar & sempat singgah satu lagi outlet 7e dekat dengan tempat cruise “parking” tu. Dah duduk dalam boat yang akan bawak kitorang balik ke cruise tu baru nampak colleague aku yang lain2 tu lari2 kat boat sebab tu dah last trip. Diorang pun pelik macammana kitorang boleh sampai dulu. Kitorang cakap kitorang ikut shortcut.
Lepas rehat kat bilik jap
kitorang keluar makan supper. Lepas tu layan puppet show dekat show area. Ada macam2
activity lagi boleh join tapi kitorang dah penat so balik bilik tidoq la. Nanti aku sambung cerita untuk hari2 seterusnya. Lengoh dah tangan ni.
Till then, Bye2!
Till then, Bye2!
No comments:
Post a Comment