Assalamualaikum.
Hari aku start tulis post ni
adalah hari pertama aku “work from home” demi mematuhi arahan “Movement Restriction Order” kerajaan Malaysia disebabkan oleh penyebaran virus Covid-19 yang
semakin berleluasa di seluruh pelusuk dunia. Bila dah “work from
home ni” waktu kerja memang kelaut dalam lah kan. Nasib baiklah aku memang tak ada
kerja yang urgent kena siapkan. Tak
berapa nak ada mood nak tulih tapi aku tengah bosan yaamat so sambil buat kerja
aku start tulih sikit2. Nak sambung
cerita pasal cruise trip tu tapi banyak benda aku dah lupa. Dah dekat setahun
berlalu dah pun..nanti aku compile semua gambaq baru sambung..
Dengan keadaan semasa dunia yang dengah dilanda
wabak virus covid19 ni aku sedikit bersyukur sebab aku tak ada booked tiket
kemana2 lagi untuk tahun 2020 ni. Salah satu sebabnya adalah company tempat aku kerja ni
dah arrangekan trip ke Vietnam untuk company trip tahun ni. So aku malas dah nak
plan trip lain. Lagi satu cuti pun dah tak banyak tahun ni since aku dah guna
untuk tunaikan Umrah last year. So kalau nak cuti pun kena tunggu cuti masuk hujung2
tahun nanti.
Aku ada la plan jugak nak ke Jepun hujung tahun
& dok ticket hunting jugak sikit2. Kalau tiket murah baru nak proceed.
Meraung jugaklah dalam hati ni bila tengok harga tiket murah & memang dah
within budget aku tapi tak ada keyakinan & keberanian nak beli disebabkan
virus ni. Tak boleh nak jangka bila nak reda so kena hold dulu la cita2 aku nak
ke negara matahari terbit nun.
Malangnya untuk menambahkan lagi lara di hati
ini company trip ke Vietnam tu pun dah di postponed jugak. Jadi dengan ini
secara rasminya aku memang takda plan untuk travel tahun ni. Tipu la kalau tak
sedih tapi nyawa lagi penting ya. Nak travel domestic pun memang tak berani.
Lagipun kerajaan dah umumkan “partial lockdown”. Sebagai rakyat yang baik kena
la akur. Nasib baik aku sempat jugak bawak the whole family pergi Langkawi
January haritu. Jadilah tu ๐
Lagi satu perkara yang buat aku bersyukur
sangat2 adalah kesempatan & rezeki yang Allah swt dah kurniakan untuk aku
& keluarga tunaikan ibadah Umrah December tahun lepas. Disebabkan wabak
Covid 19 ni, kerajaan Arab Saudi ambil langkah untuk suspend pengeluaran
visa umrah seluruh dunia. Sebak & sayu hati ni bila tengok gambar & video sekitar
kaabah & masjidil haram yang dah lengang. Bertapa banyaknya nikmat Allah SWT dah beri pada aku. Jadi sempena aku da masa yang agak banyak ni aku nak
share my umrah journey dekat sini. Semoga boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang
terbaca or untuk diri aku sendiri in future ๐
Niat aku untuk tunaikan umrah ni dah agak lama sebenarnya. Boleh dikatakan sejak aku start kerja & ada duit sendiri, aku
memang dah pasang nak tunaikan umrah sebelum umur 30 tahun. Aku bercita2 nak bawak
& belanja mama sekali. Bukan nak berlagak eh tapi aku rasa simpanan aku akan lebih
dari cukup by the time aku nak pergi
nanti sebab aku memang dah letak tepi siap2. Tapi biasalah sama macam anak2 muda
lain diluar sana (chewah) perasaan tak bersedia tu memang adaa. Normal la kalau
rasa layak ke aku nak pergi ni? Ibadah lain pun hang tunggang langgang lagi. Lepastu
rasa macam banyak benda nak kena belajaq balik. Bacaan Al-quran pun nak kena
betulkan dulu. Tapii sejujurnya aku cakap kalau dah ada niat nak pergi tu
insyaalllah Allah akan mudahkan. Maybe it sounds a bit clichรฉ but it does work
for me.
Aku mulakan dengan plan aku nak kesana. Mulanya aku memang la nak pergi dengan mama tapi memang agak mustahil la sebab aku
perlukan mahram. So aku dah start bagi hint sikit2 dekat abah tentang plan aku
tu dengan harapan dia akan setuju untuk untuk ikut sekali. Abah mulanya memang setuju
tapi tak ada tindakan pun dibuat oleh beliau. Lepas mama dah tau plan aku tu dia memang excited
la & tak sabar2 nak pergi. Yelah kawan2 seusia dia semua dah berpeluang ke
sana. Dia selalu cerita pasal pengalaman kawan2 dia yang dah ke sana. So aku
pun discuss dengan kakak aku. Ajak dia ikut sekali. Alhamdulilah dia pun setuju nak ikut tapi
perlukan masa sikit nak kumpul dana dulu. Lepas tu semua sepi jaaa sebab tunggu
keputusan abah.
Akhirnya lepas dekat 2 tahun menunggu, lepas abah dah pencen baru dia
bukak mulut dia dah ready nak pergi. Alang2 nak pi kami decide untuk pergi ja satu keluarga dengan adik aku, Dian sekali. Alhamdulilah Allah mudahkan jalan untuk kami. Since kakak aku memang suka bab2
planning ni dialah yang arrangekan semua. Hampir setengah tahun jugakla dia survey
& buat research. Lepas buat comparison dengan few other agents, we've decided to go with pakej
under Simply Umrah. Kitorang pilih pakej ni sebab hotel yang ditawarkan dekat dengan
masjid, paling murah & most importantly within our budget. Since kitorang
pergi time musim sekolah & musim sejuk ada cas extra dikenakan. Aku rasa syarikat ni agak
baru lagi tapi based on feedback & reviews yang kitorang baca nampak ok ja so far. So
dalam hujung bulan Sept macamtu kakak aku bagitau dia tengah confirmkan date
untuk pergi hujung tahun 2019. Mungkin dalam awal December sebab dia dah start cuti
sekolah. Since dia yang arrange kitorang ikut jelah tarikh yang dia nak.
Finally dalam bulan 10 tu kitorang dah dapat confirmation
date. Alhamdulilah. Happy campur nervous
at the same time. Macam2 benda aku fikir. Kalau ikutkan perasaan tak ready tu
memang ada lah. Aku memang la ada buat preparation sikit2. But deep down aku
tau banyak lagi yang aku kena prepare. So aku speed up & upgradekan segala apa amalan yang
aku dah buat selama ni. Betulkan bacaan dalam solat, cuba seboleh-boluehnya untuk solat on time,
banyakkan sedekah & berdoa agar Allah SWT mudahkan urusan aku sekeluarga
untuk tunaikan ibadah umrah ni. Masa yang ada agak suntuk so aku sempat pergi
kursus 2 kali saja. Menyesal jugak tak pergi awal2 dulu. So sapa2 yang dah
ada niat nak pergi tu eloklah start attend kursus umrah dari awal. Tak perlu
join kursus anjuran syarikat yang hampa nak pergi tu pun takpa. Boleh dikatakan
every week memang akan ada kursus umrah dianjurkan dekat masjid2 besar &
mostly semuanya free. Kena rajin cari ja. Kalau dekat Shah Alam ni, dekat
masjid negeri memang ada every week kalau tak silap. Aku sempat attend kursus
umrah sekali dekat masjid negeri anjuran Tabung Haji & sekali anjuran
simply umrah. Selebihnya aku banyak dengar kursus kat youtube & baca blog2
pengalaman orang kat sana. Segala tips2 semua aku catit siap buat nota supaya
tak lupa.
Selain persediaan secara spiritual, persediaan
fizikal pun kena jugak tau. Sebab kat sana nanti memang kena banyak berjalan. Aku
start jogging at least once a week. Sambil jogging aku dengar kursus &
ceramah kat youtube. Sebelum tidoq pun dengar jugak sampai telena la sebab aku
memang tak sempat nak attend kursus. Alhamdulilah aku rasa cara tu berkesan
untuk aku.
Untuk barang2 kelengkapan umrah, aku banyak
beli through online saja. Mostly dekat shopee. Sebab aku dah survey kat kedai
semua harga almost 2 kali ganda. Antara barang yang aku beli kat shopee adalah mini
telekung, jubah, stokin tawaf, wudhuk spray & beg kasut. Beg kasut tu kalau
tak beli pun tak apa, guna ja beg apa yang ada untuk isi selipar nanti. Beg plastik pun xpa aih. Aku
beli sebab murah & nak cukupkan total pembelian supaya dapat free
shipping. Untuk jemaah wanita, jubah aku rasa tak perlu beli yang mahal2 pun janji
selesa & Syariah compliance. Banyak tips yang aku baca cakap tak perlu
bawak jubah banyak2. Aku memang bawak 5 helai saja & selebihnya beli kat
sana. Antara barang2 kecik yang aku rasa perlu dan berguna adalah spray wudhuk, Stokin tawaf, facial spray & aloe vera gel. Nampak macam remeh tapi amat berguna untuk aku masa kat sana.
Lagi satu perkara yang pasti akan merunsingkan jemaah
wanita adalah kedatangan period. Mulanya aku tak risau sangat sebab period aku
memang on time & fixed. Aku memang install tracker kat dalam phone.
Kebetulan tarikh dijangka kitorang nak bertolak tu timing dia betul2 sehari
selepas aku habis period. Tapi semakin dekat dengan tarikh nak pergi tu aku
jadi insecure pulak lepas baca macam cerita pengalaman orang lain. Memang la
kena tawakkal & banyakkan doa. Tapi me being me yang selalu overthink ni
akhirnya aku decide untuk consult & dapatkan advise dari doctor bertauliah.
Masa aku jumpa doctor tu less than a month dah kitorang nak bertolak. Since
period aku fixed, doctor bagi option untuk makan pill untuk hentikan period
start dari hari aku jumpa dia tu or biar ja period datang naturally. Tapi dia
dah warn siap2 side effect pill tu adalah aku akan rasa period pain yang amat
sangat once aku stop makan pill tu. Pill tu akan bekukan darah actually. Lagi
satu pill tu kena makan tepat pada waktu sekian2 tak boleh ubah. Contohnya
kalau makan pukul 2 harini esok pun kena makan pukul 2 jugak. Kalau tak, tak
berkesan. Aku decide untuk ambik je dulu pill tu lepastu baru fikir nak makan
ke tak. Mahal jugak dekat rm80. Nasib baik boleh claim. Last2 lepas fikir
semasaknya aku decide untuk tak makan pun pill tu. Dia punya nervous nak tunggu
period datang tu hanya tuhan yang tahu. Alhamdulilah period aku memang habis
betul2 sehari sebelum kitorang bertolak. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar
doa hamba2nya. Pill tu aku bagi kakak aku & alhamdulilah berkesan untuk
dia. So to all the ladies, rajin2 kan diri install period tracker kat phone
hampa tu. Aku install lama dah dekat setahun lebih. Memang membantu untuk track
mood sendiri jugak kadang2. Bukan untuk orang kahwin ja na.
Untuk cuti pulak, lagi sebulan nak bertolak
baru aku apply cuti. Alhamdulilah aku memang dah simpan annual leave siap2
sebab mamang berharap sangat dapat pergi tahun 2019 ni. Cukup2 ja balance cuti
aku. Tinggal sehari untuk carry forward sebab kebetulan masa aku pergi tu ada
sehari jatuh on public holiday. So sesiapa ada niat nak pergi simpan lah annual
leave siap2 sekurang2 kena ada 8 hari. Jadi tak jadi pergi belakang kira.
Ok aku rasa sampai sini dulu kot cerita pasal
persediaan. Masa aku sambung tulis ni dah genap 14 hari perintah kawalan pergerakan
dilaksanakan & esok adalah hari pertama untuk fasa kedua PKP. PKP dah kena
extend sebab wujudnya manusia selfish & keteqaq. Semoga aku & kita
semua tabah menghadapi hari2 yang mendatang.
Teaser dulu bandar Jeddah from above |
Till then, bye2!
No comments:
Post a Comment