Sunday, August 13

My First Umrah Journey - Day 7 - Perjalanan dari Madinah ke Mekah & Umrah Pertama

 Assalamualaikum! 

 

Sambungan hari ke-7 & ke 8. Hari ini 9 December 2019 merupakan hari terakhir kami di bumi Madinah sebelum kami bergerak ke Kota Mekah bagi menunaikan Umrah wajib yang pertama. Pagi tu selepas solat subuh, aku,  kakak & mama berkesempatan untuk ziarah ke Raudah sekali lagi. Alhamdulilah dipermudahkan. Lepas tu kami ziarah ke kawasan kubah Nabi S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum kami balik ke hotel untuk bersiap2 mengenakan pakaian Ihram. Sayu sangat rasa hati nak tinggalkan Kota Madinah ni. Aku banyak kali doa janganlah jadikan ziarah aku ke Madinah ni ziarah yg terakhir..






Selasai ziarah wida’ kami kembali ke hotel untuk kemas barang & bersiap. Kami dijangka akan bergerak ke Mekah selepas solat Zohor. Jadi lepas siap pakai pakaian Ihram tu kami turun makan & solat di Masjid Nabawi. Untuk pakaian Ihram disunatkan untuk pakai pakaian berwarna putih so aku, kakak & Mama pakai jubah putih yang kami beli kat kedai sekitar Masjid Nabawi ni. Sepesen kami 3 beranak. Kita juga disunatkan untuk berwangi wangian. Cuma kena berhati2 lepas dah niat Umrah nanti  tak boleh tanggalkan baju yang ada wangian tu dan pakai balik sebab kita dah berada dalam Ihram. . So kalau nak selamat better x payah la pakai apa2 wangian kat pakaian sebab takut terlupa nanti. Kalau nak pakai jugak kena alert lebih sikit la. Aku memang tak tanggalkan telekung sampailah selesai tahalul sebab takut jugak bab rambut gugur. Tapi baru2 ni aku pi kursus umrah ustaz tu cakap kalau rambut yang gugur secara semulajadi tak apa, tak dikenakan dam. Jangan la dok sengaja pi garu2 kepala pulak. Aku pesan jugak kat kakak supaya dia tegur aku cecepat kalau nampak macam aku emosi ka nak marah or keluar kata2 yang x sepatutnya masa dalam Ihram nanti. Nervous tau nak jaga pantang larang Ihram ni. Kena sentiasa beringat. Bak kata Ustaz, setan yang dok menghasut kita dekat sini semua pangkat2 general. So kena lawan & banyakan sabaq!

 



Bilik hotel kami dekat Madinah 


Dah siap2 pakai pakaian ihram

Selesai solat kami berkumpul di lobi & kemudian bergerak naik bas untuk bertolak ke Kota Mekah. Tak berapa lama lepas tu kami singgah di miqat Masjid Bir Ali untuk berniat Umrah. Jemaah lelaki yang mana belum tukar kain ihram lagi boleh tukar kat sini & bolehlah tunaikan solat sunat apa yang patut. Tapi kursus yang aku baru pi ni cakap sekarang ramai travel agents dah x benarkan jemaah turun dah sekarang hanya niat dalam bas saja. So apa2 perkara sunat kena buat siap2 dekat hotel. Aku nak share sikit antara perkara sunat sebelum Ihram yang dishare oleh ustaz yang aku pergi kursus baru2 ni. Aku tak pasti aku buat atau tak masa Umrah pertama ni dulu. So aku harap untuk Umrah ke 2 ni aku boleh buat. Antaranya adalah sebelum bertolak dari Madinah kita disunatkan untuk mandi sunat ihram then masa gosak2 badan mintaklah doa supaya Allah berikan kita kesihatan tubuh badan yang baik untuk tunaikan Umrah dengan sempurna. Lepastu buatlah solat sunat musafir minta Allah S.W.T mudahkan perjalanan kita. Then masa dekat Miqat nanti sebelum niat umrah boleh tunaikan solat sunat Ihram. Minta doa banyak2 supaya Allah S.W.T mudahkan kerja2 Umrah kita..


Masjid Bir Ali


Dekat Masjid Bir Ali tu bas berhenti dalam 30min saja. Lepas semua Jemaah dah naik dalam bas Mutawwif akan bimbing semua Jemaah untuk berniat Umrah sama2. Make sure kena niat dengan betul tau. Walaupun aku dah lepas date period, aku tetap niat bersyarat supaya kalau berlaku apa2 halangan aku dibolehkan bertahalul. Jemaah lelaki pun boleh niat bersyarat. Ustaz cakap tak semestinya period saja, manalah tau kalau dalam perjalanan tu ada yang jatuh pengsan ka patah kaki ka.  Selesai niat, bas pun bergerak meninggalkan miqat dan bermulalah 13 pantang larang dalam Ihram buat kami semua. Kami pun mula bertalbiah dengan dibimbing oleh Mutawif. Kita disunatkan untuk bertalbiah sepanjang perjalanan sampailah sebelum melangkah masuk ke Masjidil Haram. Masa ni aku dah start rasa nervous sikit2. Takut terlangar pantang larang. Perjalanan ke Mekkah ambil masa dekat 7 jam jugak seingat aku. Kami berhenti di R&R untuk makan & solat jamak Magrib & Isyak. Sepanjang jalan tu memang rasa nervous sangat2. Nak tidur pun rasa tak lena. Sampai ja kami ke kawasan sempadan Kota Mekah, ustaz kejutkan mana2 jemaah yang tidur suruh bersedia sebab dah nak sampai & sambil2 tu ustaz ceritakan serba sedikit sejarah tempat2 yang bas kami lalu sekitar Kota Mekah. Masa tu dah malam so aku nampak dari kejauhan kubah2 Masjidil Haram yang bercahaya terang. Nervous tapi excited!

 






Sampai ja di hotel kami turunkan beg dan tunggu di lobi untuk check in hotel. Lama jugak kami menunggu masa tu. Tak silap aku kami sampai dalam pukul 11pm macamtu. Masing2 dah penat sebab seharian dalam perjalanan. Tunggu punya tunggu tiba2 wakil dari Simply Umrah datang inform hotel yang dah ditempah ni penuh. Terkesima jugaklah masatu. Kami diarahkan untuk ambil beg dan masuk semula ke dalam bas. Emosi jugaklah sikit sebab dah penat then kena angkut beg masuk bas balik pulak. Istigfar je lah banyak2. Mutawif tenangkan kami suruh semua jemaah sabar & anggap ja ini ujian kecil untuk kami dapatkan pahala Umrah tu.  Tapi aku difahamkan kejadian hotel penuh ni perkara biasa walaupun kita dah buat booking kadang2 ada guest yang tak nak keluar so pihak hotel & travel agent pun tak boleh buat apa. So memang kena expect untuk tukar2 hotel.


Kami pun naik bas & bas tu pusing2 bawak ke hotel lain pulak. Sampai kat hotel lain ni Alhamdulilah pihak travel agent maklumkan ada rezeki bilik yang cukup untuk semua Jemaah. Masatu aku tak tau lagi hotel ni dekat mana sebab dah penat fikir nak cepat2 masuk bilik letak beg then turun balik terus buat Umrah. Sampai dekat bilik access card tak boleh detect pulak! Aku dengan kakak pun turun semula ke lobby nak mintak tukar card. Hotel ni pulak berpuluh2 tingkat ya. Aku remind diri aku banyak kali anggap ja ni semua ujian kecil sebab Allah nak bahagi pahala besaq Sampai kat bilik rupanya mama, abah & dian dah boleh masuk bilik lepas try card tu banyak kali. Bilik kami kalini ada connecting room so Dian dengan 3 orang lagi Jemaah lelaki share satu bilik. Masa dah letak beg baru aku perasan ada sharing living room & connecting room tu sebelah2 ja. Mungkin ini saja bilik yang ada. Aku ok ja cuma kena alert sikit la kalau nak keluar dari bilik sebab ada Jemaah lelaki lagi 3 orang yang share bilik dengan Dian tu. Masa nak kaluar tu aku lalu kat living room aku perasan ada tingkap aku pun jengguklah ke bawah nak tengok view Masya Allah rupa2nya boleh nampak view Masjidil Haram betul2 kat bawah tu! Rupanya hotel kitorang ni dekat area clock tower & dekat sangat2 dengan Masjidil Haram. Turun bawah terus sampai entrance Masjid! Dekat dalam tingkap bilik pun boleh nampak view Masjidil Haram jugak tapi aku tak perasan memula sebab Abah dah chop katil mengadap tepi tingkap tu haha. Ya Allah aku bersyukur sangat2 kau bagi kami ujian kecil ja tadi hotel yang kami booking tiba2 penuh rupanya kau nak bagi nikmat yang lebih besar hotel yang dekat dengan Masjidil Haram. Speechless sangat masa dapat tau location hotel tu sebab pakej yang kitorang pergi ni pakej yang terpaling basic & murah under Simply Umrah so kalau ikutkan tak mungkin dapat hotel jarak yang sangat dekat macamni. Alhamdulilah Allah S.W.T kurniakan rezeki ni untuk kami.





Keluar pintu kt belakang tu terus sampai ke dataran Masjidil Haram






Selesai settle down dalam bilik & rehat sekejap mutawif wassap minta semua Jemaah berkumpul di lobby untuk sama2 turun tunaikan Umrah kami yang pertama. Mutawif bagi taklimat sekejap & remind pasal rukun2 umrah serta pantang larang. Lepas semua Jemaah dah cukup kami pun turun sama2 ke dataran Masjidil Haram. Sampai ja ke bawah turun dari lift jalan sikit keluar pintu entrance clock tower tu memang kami terus sampai ke dataran Masjidil Haram. Kami pun berjalan sambil bertalbiah sampailah ke pintu nak masuk ke Masjidil Haram. Bukak selipar masukkan dalam beg dan berjalan masuk. Seingat aku waktu tu dalam pukul 1-2 pagi so dalam Masjid tak sesak sangat. Sampai ja dekat escalator untuk turun ke kawasan tawaf tu mata aku terus tertangkap pada banggunan berwarna hitam yang berada di tengah2 kesesakan manusia . Ya Allah ni la Kaabah iaitu kiblat yang kita dok solat2 hari2 tu! Masa ni aku teringat la masa kursus ustaz kata mostly kali pertama kita nampak Kaabah kita akan rasa sayu & bergenang air mata. Tapi sejujurnya aku belum rasa lagi masa tu. Nervous jugak dok tertanya dalam hati awat aku tak rasa sayu pun? Banyak sangat kot dosa aku ni sampai tak rasa apa2? Tak baik fikir macamtu tau. Itu semua bisikan syaitonn. Tapi aku rasalah kan time tu maybe aku nervous nak start tawaf so aku dok focus nak tawaf ja dulu. Tawaf ni memang kena focus betul2. Aku risau sangat takut terpisah dari family & Jemaah lain so aku pegang ja beg kakak sebab dia bawak beg sandang belakang. Mama pulak pegang tangan aku sebab kakak aku jalan laju. Dian dengan Abah jalan dengan Jemaah lelaki yang lain. Sampai kat kawasan mataf tu kami pun mulakan tawaf dengan dibimbing oleh mutawif. Mula2 kami ikut la dari belakang, lama2 memang dah terpisah sebab ada yang akan tolak2 himpit2. Ada Jemaah yang jalan satu group ramai2 pegang tangan dan akan langar ja kita supaya kita elak. Ingat jangan emosi sabaq ja tau sampai selesai. Kami teruskan tawaf sampai cukup 7. Kena ingat jugak masa tawaf x boleh niat selain tawaf, contohnya dok tercari2 family or terjenguk2 takut kena tinggal. Kena teruskan ja sampai yakin cukup 7. Dah yakin cukup 7 selesai tawaf kami cari kawasan dekat Makam Nabi Ibrahim untuk solat sunat. Masatu baru kami berjumpa semula dengan Mutawif & Jemaah lain. Dekat kawasan Makam Nabi Ibrahim tu penuh so mutawif suruh ja kami solat kat mana2 ruang depan kaabah tu. Masa dah lepas sujud tu barulah aku berkesempatan nak tatap Kaabah betul2. Ya Allah betuika aku dekat depan Kaabah ni? Macam x percaya pun ada. Tak henti2 aku ucap syukur dalam hati. Masa ni baru rasa sayu tu datang. Kami duduk tatap Kaabah puas2 kat situ dulu sementara tunggu Jemaah lain yang belum selesai tawaf.


Solat pertama di depan Kaabah..indescribable feeling❤






Lepas semua Jemaah dah selesai kami ikut Mutawif menuju ke tempat saie pulak. Sepatutnya disunatkan minum air zam2 lepas tawaf & sebelum saie. Aku tak ingat kami ada buat ka tak. Sampai tempat saie abah bagitau kaki dia dah melecet so mutawif cadangkan Abah saie naik scooter ja. So aku, mama, kakak & Dian pun mulakan saie bersama beberapa Jemaah lain. Sepanjang saie ni kami tenang2 ja sebab tak ada bacaan khusus pun cuma digalakkan berzikir & baca Al-Ouran. Jarak dari Safa ke Marwah 7 kali ulang alik lebih kurang 3 kilometer. Kaki mama pun tak berapa sihat lagi so kami buat slow2 saja. Kalau penat boleh berhenti minum air zam-zam yang disediakan kat tepi2 kawasan saie tu then sambung balik. Tapi kena ingat sambung balik dari kawasan yang kita berhenti tu.  Selesai 7 kali ulang alik kami pun menuju ke tempat untuk bertahalul. Kena ingat tau kita kena potong rambut kita dulu baru boleh potong rabut orang. Kalau tak akan dikenakan dam. Masa nak potong tu seluk tangan masuk dalam telekung jangan sampai ternampak aurat pulak. Kalau tak sia2 jelah Umrah kita tadi. Bukan apa aku ternampak jemaah wanita tak pasti dari negara mana dia keluarkan rambut panjang dari tudung then potong padahal ada Jemaah lelaki lalu lalang kat situ. Tapi kat Mekah & Madinah ni memang kita akan terjumpa Jemaah yang amalkan mazhab berbeza2 so jangan terkejut sangat kalau jumpa yang kita rasa pelik sikit mungkin itu amalan depa. So kita raikan saja perbezaan tu. Jangan dok pi teguq pulak!


Selesai bertahalul maka lengkaplah suduh rukun Umrah kami yang pertama. Alhamdulilah lega sangat rasa walaupun penat.  Nak keluar dari kawasan saie tu baru kami jumpa mutawif group kami & dia bagitau ada Jemaah yang dah selesai & dah balik ke hotel. Kami antara yang lambat jugak hehe. Tak apalah janji selesai semua rukun. Mutawif tu pun tunjukkan kami jalan nak balik ke hotel. Balik hotel kami rehat sekejap ja sebab dah nak masuk waktu subuh. Tak sabar nak solat Jemaah pertama kali dekat Masjidil Haram! Ok sampai sini saja dulu. Nanti aku sambung hari kedua kami di Kota Mekah.


Selesai umrah pertama 💜





View daripada bilik hotel 💚



Till then, bye 

No comments:

Post a Comment