Assalamualaikum!
Sambung cerita hari ke 6 kami bermusafir & hari ke 5 kami di bumi Madinah. Program harini adalah ziarah luar tambahan. Ziarah kalini optional untuk para Jemaah. Kena add on SAR30 sorang. Since dah alang2 datang kami satu family sepakat nak join. Mostly tempat yang dilawati harini adalah masjid. Antara masjid2 nya adalah Masjid Ijabah, Masjid Al-Dar'a , Masjid Fasah, Masjid Bani Haram, Masjid Musobbah & Masjid Qiblatain.
Tempat2 sirah pulak antaranya Gua Maharis, Telaga Izziq, Gua Bani Haram & Telaga Ghars.
Sementara tunggu jemaah lain selfie dulu depan hotel :) |
Tempat pertama yang kami ziarah harini ialah Masjid Ijabah.
Masjid ini juga disebut masjid bani Mu\'awiyah karana berada di perkampungan kaum Anshar, bani Mu'awiyah bin Malik bin Rauf. Masjid ini dinamakan Masjid Ijabah, karana Rasulullah SAW berdoa dalam masjid ini tiga kali, kemudian Allah SWT mengabulkan dua doanya dan menolak yang ketiga.
Imam Muslim meriwayatkan:-
“Rasulullah bersada aku meminta kepada Tuhanku tiga hal, Ia memberiku dua hal dan menolak satu hal. Aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan umatku dengan kelaparan, Ia mengabulkannya, aku meminta kepada-Nya agar tidak membinasakan umatku dengan banjir besar, maka Dia mengabulkannya. Aku meminta kepada-Nya agar tidak dijadikan petaka umatku karena perselisihan sesama mereka, Dia menolaknya. “(HR Muslim 2890).
Dari Masjid Ijabah kami dibawa ke Gua Maharis yang terletak di Bukit Uhud. Gua ni merupakan tempat Nabi S.A.W berlindung setelah tercedera semasa perang Uhud dan dikatakan ada wangian yg tidak pernah putus2 sehingga sekarang. Tapi Gua tersebut dah di tutup oleh Kerajaan Saudi bg mengelakkan perbuatan khurafat berterusan.
Gua Maharis yg dah ditutup dengan cement |
Gambar kenangan dengan jemaah group kitorang :) |
Di sekitar Bukit Uhud itu jugak terletaknya Masjid Fasah iaitu ruang solat kecil yang bercantum dengan Bukit Uhud di mana tempat Baginda SAW solat ketika peperangan Uhud. Baginda SAW menunaikan solat Zohor dan Asar secara duduk kerana cedera parah ketika dalam peperangan Uhud.
Dalam kawasan berpagar tu terletaknya Masjid Fasah |
Masjid Ash-Shaikhain |
Masjid seterusnya yang kami ziarah adakah Masjid Bani Haram. Masjid ini dinamakan sedemikian kerana terletak di perkampungan Bani Haram Bukit Sila'. Ia merupakan tempat perkhemahan tentera Islam semasa Perang Ahzab (Perang Khandaq). Di sinilah juga letaknya rumah sahabat Rasulullah SAW, Jabir bin Abdullah dan satu peristiwa ajaib telah terjadi.
Perang Ahzab (Khandaq):
Berita konspirasi kaum musyrikin dan Yahudi telah sampai ke Madinah. Rasulullah SAW segera mengadakan musyawarah dengan para sahabatnya. Salman al-Farisi, sahabat baginda dari Parsi yang amat pakar dalam strategi peperangan mengusulkan : Jika Madinah diserang dari luar, taktik terbaik untuk mengelak serangan itu adalah dengan cara menggali parit di Bandar (al-Fushul fi Sirah ar-Rasul dan Zad al-Ma'ad.
Sumber : Sirah Teragung Muhammad SAW.
Ketika menggali parit bersama tentera Islam, Jabir bin Abdullah menyedari Nabi Muhammad SAW terlalu lapar kerana tidak makan berhari-hari. Begitu juga dengan tentera yang sedang menggali parit, terpaksa mengikat batu di perut masing-masing untuk menahan lapar. Lalu dia pulang ke rumah dan menyembelih seekor anak kambing dan menyuruh isterinya memasaknya serta mengadun tepung gandum untuk dibuat roti. Tepungnya pula hanya ada satu sha' sahaja. Setelah masak, Jabir menjemput Rasulullah datang untuk makan di rumahnya bersama tiga atau empat orang sahabatnya. Sebaliknya, Rasulullah SAW berdiri di hadapan semua tentera yang berjumlah lebih 1000 orang. Baginda memanggil dan mengajak mereka makan bersama!Walaupun jumlah mereka ramai dan makanan hanya sedikit tetapi semuanya dapat makan sehingga kenyang! Bahkan, daging dan adunan tepung untuk roti masih berbaki! (HR. Bukhari)
Sumber : Sirah Teragung Muhammad SAW.
Setelah Rasulullah SAW bangun dari sujud, Muaz Ibn Jabal segera memberitahu perasaan takutnya kerana menyangka Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini disebabkan sujudnya yang sangat lama.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa Malaikat Jibrail datang kepadanya, dan mengatakan Allah mengirimkan salam kepada baginda dan bertanya apa yang baginda ingin Dia lakukan terhadap umat baginda? Rasulullah SAW menjawab : Allah Maha Mengetahui.
Tidak lama kemudian, Malaikat Jibrail kembali membawa berita gembira : Allah tidak akan mencelakakan, atau mengecewakan kamu , dalam hal umatmu. Apabila Rasulullah SAW mendengar perkhabaran tersebut, baginda pun terus sujud syukur. Kedudukan paling dekat di antara hamba dengan pencipta-Nya adalah dalam sujud. Dan sehingga kini gua tersebut dikenali sebagai Gharr Al Sajdah (tempat sujud) atau Gua Sajadah.
Aku, kakak & Dian serta Jemaah lain sempat mendaki ke atas untuk melihat dengan lebih dekat. Cuaca agak panas masatu tapi berangin.
Panas terik tapi berangin |
Kemain laju kakak dah sampai atas |
View dari atas Bukit Sa'la |
Nak turun pun agak mencabar |
Gua Sajadah tempat Nabi S.A.W bersujud |
Tempat sirah seterusnya yang kami ziarah adalah Telaga Iziq. Telaga ini termasuk diantara telaga bersejarah dimana Baginda Rasulullah bersama teman Hijrah Baginda Saidina Abu Bakar telah berhenti ketika mana kali pertama tiba di Quba dalam perjalanan Hijrah. Sedikit kisah disebalik Telaga Izziq, air telaga ini pada asalnya masin dan tak dapat diminum. Rasulullah SAW telah meludah ke dalam Telaga ini dan dengan izin Allah SWT air telaga ini boleh diminum.
Berhadapan Telaga Iziq ini terdapat "Musolla Muzollal" ( مصلى مظلل) tempat di mana Abu Bakar As-Siddi RA memayungi Baginda Nabi dengan ridaknya bila terik matahari mula memancar pada Baginda Nabi disini.
Dalam kawasan Telaga Iziq ni ada ladang kurma jugak. Pokok2 kurma kat sini mengunakan sumber air dari Telaga Iziq.
Tempat terakhir yang kami ziarah harini adalah Telaga Gharas.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, disebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW berpesan kepada sahabat yang merupakan menantu baginda iaitu Alin Bin Abu Thalib supaya memandikan jenazah baginda dengan menggunakan air dari Telaga Gharas.
Disebutkan oleh Ibn Katsir di dalam kitab al-Sirah an-Nabawiyyah, satu riwayat dari al-Waqidi yang bersumber dari Amr b. Abd al-Hakm, bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda: Sebaik-baiknya telaga ialah Telaga Gharas. Ia merupakan salah satu mata air surga dan airnya tergolong paling baik. Semasa hidupnya Rasulullah sering menggunakan air telaga ini untuk keperluan menyucikan diri dan untuk diminum. Beliau juga berdoa untuk keberkahan air Telaga Gharas ini.
Sumber: Sumur Ghras
Tapi kami tak berkesempatan nak masuk ke dalam sebab dah di tutup waktu kami sampai tu. Jadi aku dan few jemaah lain turun untuk bergambar kat depan pintu masuk saja.
Suasana sebelum Maghrib di Masjid Nabawi |
No comments:
Post a Comment