Friday, June 3

Budget trip to Sabah part 2

Assalamualaikum.


Sebelum bos masuk next week curik masa sikit update blog. Bos cuti seminggu pegi Jepun. kaki travel jugak bos ak ni. tahun ni saja dia dan 4 kali cuti seminggu straight. Dia telah meninggalkan aku terkapai2 nak buat kerja alone. Ya Allah stress gila sepanjang minggu ni. Semua department pun nak hempok kerja atas meje aku. Sehari ada la dalam 5-6 orang cari bos. Bila aku x boleh assists diorang, buat muka macam apa-guna-kau-jadi-assistant-bos-kalau-tak-boleh-tolong! (aku assume jelah diorang cakap dlm hati camtu). sampai aku rasa tahap down gilaa sebab x boleh nak jawab segala pertanyaan dan persoalan diorang. hello aku ni kira kategori fresh grad la sebab aku masuk company ni with zero knowledge about development property. Bidang kerja yg totally different from my previous job. dah tentu tentu la aku x boleh nak jawab semua benda. semua benda baru kot bagi aku. lainlah kalau kau tanya macammana nak buat petisyen untuk bankruptkan orang, macammana nak claim insurrance kalau accident, macammana nak buat kalau majikan x bayar gaji or macammana nak failkan saman orang tak bayar hutang, taula aku nak jawabb! hish. Sampai satu tahap aku rasa x layak untuk kerja ni. haha biasala bila tahap low confident tu datang mulala perasaan negatif menguasai diri. Typical me. 

Anyway berbalik kepada tajuk aku nak sambung balik pasal trip ke sabah.

Day 3

Pagi dlm pukul 8 kami dah siap2 dari hotel utk gerak ke jeti nak pegi island hopping ke 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Pagi tu kami breakfast lauk semalam je sebab banyak tak habis (tamak lagi sapa suruh! ) kami tapau 3 bungkus nasi kosong and makan dekat balkoni hotel. dapat la tengok suasana bandar KK pagi2 dari balkoni tu. lepas dah kenyang kami pun terus gerak ke jeti.

Bot sampai dalam pukul 10 and pulau pertama yg kami pergi adalah pulau sapi. .masa mula2 sampai pulau tu masing2 xdak mood sebab penat kot semalam tido lambat. lepas amik mood tengok permandangan dalam  20 min baru la start snorkeling activity. First time aku snorkeling dulu kat Pulau Pangkor masa tu form 3 kot rasanya( bersamaan dengan 10 tahun yang lalu!) so aku macam takut2 berani je. walaupun pakai life jacket aku x berani pegi tempat yg dalam. puas kena hina dengan kakak aku. dia siap boleh tido dalam air -__- tapi dapatla jugak tengok ikan berkeliaran dengan coral. Bot tinggal kami kat setiap pulau dalam masa 2 jam. masuk pulau yang ketiga semua dah penat tapi aku je excited sebab baru berani pegi tempat yg dalam. Bagi aku antara 3 ni pulau yg paling cantik Pulau Sapi. Air dia sama je jernih tapi coral dekat sapi lebih cantik. :)


Pulau sapi



Pulau Mamutik 

Pulau Manukan
kami sampai kat jeti balik dalam pukul 5 petang. Masing2 kelaparan sebab kakak aku tertinggal bekal kitorang kat hotel.sakit jiwa sebab dah tebayang dah nak makan jajan sambil mengadap laut v_v Dekat pulau tu ada jual makanan tapi mahal sikit.lapar punya pasal kami beli jugak share sorang sikit. so masa balik dari jeti tu kami pergi serang kedai seefood semalam tu. gerai yg sama jugak sebab masing-masing malas pikir perut lapaq woi. kami cakap kat abang tu nak lauk semua kurang dari rm100 tapi lepas tambah air semua dekat rm100 jugak la. masa makan tu ada yg singgah ke pasar Philippine sebab ada lagi barang nak beli. lupa pulak hari kedua tu lepas beli pekej island hopping tu kami pegi pasar tu. jalan kaki je dari jeti. masing2 borong ikan kering. kuih wajib beli mestilah kuih signature sabah iaitu kuih cincin n aplong ke aplang ke sebutnya. semua orang borong sorang sekotak. adik yg jual tu dah tolong balut siap2 senang masuk kargo nanti. lepas beli ikan kering tu kami pergi tengok kedai2 yang jual mutiara sabah pulak. memandangkan dulu makteh aku dah penah bawak balik so xde la rasa teringin sangat nak beli. kami beli gelang mutiara jade ja sorang satu. semua kaler sama design lain-lain. adik yang jual ikan kering tu bawak pegi kedai kawan dia so dapatla murah sikit gelang tu.

Balik tu kami dah siap2 nak pegi airport sebab flight pukul 9. Kereta sewa dah pulang pagi tadi so kami naik teksi ja. tambang dalam Rm30. Sampai rumah dalam pukul 2 pagi jugak la sebab flight delay. Nasib baik esoknya cuti.

Maka berakhirlah cerita trip aku ke Sabah. Secara konklusinya best la trip ni bagi aku sebab aku dah lamaa x travel and aku memang teringin nak pergi Sabah dah lama, Ramai jugak kawan Uitm kat sana tapi x sempat nak jumpa sebab masa aku sampai tu hari diorang kerja. Aku pulak pegi last minute so x sempat nak plan, . Walaupun trip ni 3 hari dua malam ja tapi kami gunakan sepenuhnya 3 hari tu sebab sampai sana awal pagi dan fligh balik malam.Kalau ada peluang memang aku nak pergi lagi. tapi nak duduk Kundasang lama sikit. Tak puas satu hari :)




No comments:

Post a Comment