Assalamualaikum!
Ok straight to the point nak
cerita pasal trip ke sabah. Aku x free pun sekarang ni tapi aku tengah stress
so nak distract mind kejap. Lama2 simpan nanti takut lupa. So simpan kenangan
tu kat sini senang. Pertengahan bulan 3 tahun ni aku, kakak n kawan masing2
decided utk travel ke Sabah. Mmg last minute punya plan. X sampai sebulan pon
plan. Kakak dah biasa travel so aku pun letak sepenuh kepercayaan pada dia utk
uruskan trip kali ni. Trip ni some sort of self-reward utk aku la lepas hampir
setengah tahun aku kerja kat company baru ni. Dah lama aku teringin nak pegi
sabah sebenarnya. Alhamdulilah ada rezeki dapat pergi. Tapi dengan badget yg
limited la. Backpacker’s style kononnya. Kitorang pergi berempat. Aku dengan sarah,
officemate yg baru kenal and kakak dengan kawan dia masa study dulu.
Day 1
Disebabkan kami ambil flight pagi
pukul 7.30 maka memang kena gerak awal la dari rumah sbb kami plan nak park
kereta kat Putrajaya central and naik train ke klia. Dekat Putrajaya parking
sehari dalam rm5 so dapat jimat sikit kat situ. So dengan gigihnya bangun pukul
3 pagi siap2 ambil semua orang n sampai kat klia dalam pukul 6. Check in bag
semua ambil masa dalam I jam sbb ada satu kaunter ja yg bukak pagi tu. Nasib
baikla kami sampai awal so xla kelam kabut. Perjalanan dari klia ke kota
kinabalu ambil masa 2 jam 30min. next time kalau travel pagi buta wajib jamah
apa2 dulu sebab pagi tu kami semua kebuluran! Dalam flight dapat makan sosej
dengan omelette ja. Padahal perut ni meronta mintak nasik. Dasar anak jati
negeri jelapang padi!
Dalam pukul 10 lebih camtu kami
sampai di airport KK. Pakcik kereta sewa dah tunggu siap2 kat airport. Lepas
sembang2 sikit ngan pakcik tu kami pun mulakan pengembaraan dengan bantuan waze.
Destinasi pertama adalah rumah terbalik n muzium 3D. asalnya kami xnak singgah
sebab nak terus ke pekan kundasang yg ambik masa dalam 2 jam lebih jugak. Tapi
memandangkan muzium ni terletak on the way ke kundasang, so singgah jelah. Bagi
aku x ada apa yg menarik pun pasal rumah terbalik n muzium ni. Tiket nak masuk
dua2 ni dalam rm30 lebih sorang. Kalau rumah terbalik saja rm10. Mahal la bagi
aku sebab dalam rumah terbalik tu x boleh ambik gambar. Muzium 3D tu ok la kelakar
so boleh hilangkan stress n mengantuk kejap.
Lepas puas jalan dalam museum tu. Kami teruskan perjalanan ke pekan kundasang .Destinasi pertama yg kami plan nak pergi is Desa Dairy cattle farm yg ade banyak lembu ala2 new Zealand tu. On the way ke farm tu nampak orang jual sayur tepi jalan kami singgah beli utk masak buat makan malam nanti. Nama pun percutian budget jadi haruslah masak utk berjimat! Periuk nasik, belanga, beras semua memang dah bawak siap2 dari semenanjung.Penuh satu luggage dengan makanan saja!. Dengan harga rm5 kami dapat seplastik sayur fresh dari ladang! Ada broccoli, baby kalian, carrot n sawi. Siap dapat free daun bawang lagi. Semoga murah rezeki makcik yg jual tu. Sepanjang jalan ke kundasang tu kalau nampak ada view yg cantik, kami stop la tepi jalan n posing. Tapi jalan ke kundasang ni mmg berliku sikit. So org yg x berapa nak mahir bawak kereta macam aku, tidak digalakkan untuk drive. Bagi orang yg lebih pakar drive. So aku duduk belakang tukang cari jalan and tengok permandangan cantik.sempat la aku telan 2 bijik Panadol sbb aku x tahan jalan berpusing-pusing ni.Walaupun masa tu dalam pukul 3 petang, cuaca redup n sejuk ja. Sejuk ala2 cameron highland la. Memang best bila kena angin sejuk sbb kat semenanjung tengah kemarau el nino. Rasa mengantuk ya amat sebab berjaga dari pukul 3 pagi tapi aku tahan mata sebab nak tengok permandangan cantik!
Sampai kat farm tu dlm pukul
3.30ptg. tiket nak masuk sorang rm5. Aktiviti yg boleh dibuat disitu adalah susukan
anak lembu guna botol serta makan gelato n susu lembu fresh. Hahaha. Kami beli
sorang sekotak susu n semangkuk gelato. Total rm10 sorang. Nak habiskan gelato
tu agak susah sbb dah la cuaca sejuk makan benda sejuk pulak. Portion dia x la
besar mana tapi sbb diperbuat dari susu fresh so terasa agak muak nak habiskan.
Kalau org yg suka minum susu ok la kot. Kami spend masa lebih kurang sejam
lebih kat situ. Memang cantik la view situ. Kakak aku pegi New Zealand last
year and dia cakap view kat situ lebih kurang ja dengan New Zealand. Bagusss
xpayah la aku g New Zealand dah hahaha.
Lepas puas posing kat situ. Kami
gerak ke utk check in chalet. On the way nak ke chalet tu Nampak pasar malam
pulak so menyinggah la. Tapi ramai yg pesan kena hati2 sikit beli makanan kt
pekan kundasang ni takut x halal sebab majority kat sini beragama Cristian. So
setelah usha beberapa makanan kat situ n yakin dengan kehalallannya, kami beli
chiken wing sorang dua, kopok leko dengan jangung rebus. Sapa x yakin makan je
la jagung rebus tu. chiken wing memamg famous kat sabah ni. Mengikut kata
makteh aku yg duduk kat sabah dulu la. chalet yg kitorang booked tu nama dia
Nikgold garden. Kawasan dia memang cantik gilaa. Memang recommended la sapa nak
g situ. Memang boleh nampak view gunung kinabalu dengan jelas. Dah la kawasan
cantik dalam dia pun cantik! Kakak kata dia booked dua bilik dengan harga rm230
tapi x sangka dapat satu chalet siap ada ruang tamu dapur semua. Siap ada
periuk,pinggan pisau lengkap dengan dapur gas! Ya allah excited gila masa mula2
masuk dalam chalet tu rasa nak lompat! Walaupun masa kami sampai tu ada
blackout kejap tapi x kesah la sebab chalet tu cantik pastu cuaca pun sejuk ja.
Cuma kena bergelap kejap la sbb dalam pukul 6 camtu dah magrib. Lepas magrib tu
dah ada letrik balik so kami pun mulakan la aktiviti memasak. Tugas aku tolong
basuh n potong sayoq ja.haha. kami bawak rendang instant so panaskan je la.
memang berselera betul makan time tu. Yela dengan suasana sejuk dapat makan
nasik panas2 dengan sayur fresh yg rangup perghhh. Tapi sumpah sayur dia mmg
sedap. Kami masak x guna bawang pun. Letak perencah kiub ayam tu dengan daun
bawang. Sebab sedap sangat aku ratah sayur tu dekat semangkok! Padahal kalau
kat rumah sayur portion paling sikit dalam pinggan.Lepas makan tu semua
tergolek yela x rehat lagi sejak pukul 3 pagi semalam. Sambil2 tu kitorang plan
nak jalan kemana esok.
Hari kedua aku bangun awal gila
sebab excited.haha.ala lagipun subuh kat sini pukul 5. Bangun2 ja Nampak
pemandangan gunung kat balcony subhanallah cantik gila! Terus amik camera pastu
tenung permandangan tu sampai matahari naik. Then baru kami prepare utk masak
sarapan. Disebabkan aku ngan kakak aku memang anak kedah sejati, so pagi2 kami
dah makan nasik.haha. panaskan balik sayur semalam n rendang pastu ngapp. Sayur
n nasik banyak lebih so kami decide utk goreng ja nasik tu and pack dalam
tuppaware utk makan lunch nanti. Nampak x bertapa jimatnyaa.hahah. tuppaware yg
pakai buang tu mmg kami dah siap2 bawak. Kalau dengan kakak aku ni memang.
Semua dia dah ready. lepas makan tu aku keluar jalan2 kat kawasan chalet tu.
Subhanallah mmg cantik! Nampak full view gunung kinabalu pagi2.
hari kedua ni destinasi pertama adalah fish spa. aku ingat ikan die kecik2 je tapi rupanya besar dan banyak pulak tu!. mula2 geli jugak nak celup kaki tapi pikir rugi pulak dah datang x try.manala tau ikan tu boleh sedut lemak sekali.sakit jugak bila ikan ni gigit tapi sakit manja je lah. tiket nak masuk fish spa ni dalam rm5 kot sorang. tapi masa dia bagi dalam 15min je sorang. mybe diorang xnak sungai tu terlalu crowded. tapi 15min pun dah cukup buat kaki berbintat!
dekat fish spa ni jugak ade jambatan gantung.tapi x tinggi sangat pun. alang2 dah sampai naik jelah.
lepas pegi spa ni dah start lapaq nasik.so kami singgah kat KFC ranau beli ayam buat makan dengan bekal nasi goreng pagi tadi. kami teruskan lawatan ke Kinabalu Park n picnic kat sana berlatar belakangkan view gunung kinabalu. tapi masa ni dah x berapa nak nampak sangat gunung tu sebab dah diselaputi kabus.
Lepas kenyang makan kami teruskan perjalanan balik ke KK sebab nak pegi cari package utk island hopping kat jeti Jesselton pulak. kat sini banyak je package tapi kene pandai pilih n nego.sebab harga dia lain2. berbekalkan kad matrik zaman diploma syariah yg aku sentiasa simpan dalam purse, akhirnya kami dapat package rm50 utk 3 pulau sekali life jacket n gogel. mula2 abang tu x percaya jugak sebab dekat kad tu tulis tahun 2013. pastu aku cakap saya final year student course ni 3 tahun. nasib dia percaya :p. tapi aku rasa kalau x sudent tu boleh je dapat package tu. kene pandai nego je.
malam tu kami tdo kat hotel bajet je tapi boleh tahan la siap ade balkoni. dekat bawah hotel tu pulak ade live band so memang meriah sikit la kat situ. misi malam kedua tu nak makan seafood so lepas isyak kami gerak makan dekat area jeti tu. memang murah la sbb kami amik ikan siakap besar gila siap boleh bahagi 2. satu masak 3 rasa satu bakar. lepastu udang butter, ketam sorang sekor, sotong n kailan. semua x sampai seratus!
Ok lapar dah bila tengok gambar ni semua.nanti ada masa nak tulis pasal island hopping pulak. lepas balik sabah ni aku pegi Pulau Perhentian dengan Redang dengan budak2 office. bila dah free sikit nanti rasa macam nak post jugak la sebab trip tu memang best sangat. tahun ni memang aku rasa tahun travel.sampai kawan2 aku yg lain siap tanya berapa banyak cuti ko dapat setahun asyik berjalan je. cuti aku sama je macam pekerja swasta yg lain cuma kalau time practice dulu memang susah la nak cuti sebab diary penuh dengan tarikh pergi court je. sejak masuk company ni alhamdulilah la senang nak cuti :). mostly trip yg aku pegi ni semua last minute punya plan. lepas tu aku jumpa pulak budak2 satu office yang memang kai travel so aku join la diorang. Setakat ni dalam Malaysia je lah mampu sbb semua last minute. lagipun aku memang dah lama ada impian nak melawat semua pulau kat malaysia ni #projekpulau gitu.tahun lepas aku kemurungan lama kot. so tahun ni kasi chance laaa aku nak tengok dunia :) Oklah aku nak pergi rasa tester kuih raya akak office ni. lagi seminggu dah nak puasa yeayyy
![]() |
view dari dalam chalet |
dekat fish spa ni jugak ade jambatan gantung.tapi x tinggi sangat pun. alang2 dah sampai naik jelah.
lepas pegi spa ni dah start lapaq nasik.so kami singgah kat KFC ranau beli ayam buat makan dengan bekal nasi goreng pagi tadi. kami teruskan lawatan ke Kinabalu Park n picnic kat sana berlatar belakangkan view gunung kinabalu. tapi masa ni dah x berapa nak nampak sangat gunung tu sebab dah diselaputi kabus.
malam tu kami tdo kat hotel bajet je tapi boleh tahan la siap ade balkoni. dekat bawah hotel tu pulak ade live band so memang meriah sikit la kat situ. misi malam kedua tu nak makan seafood so lepas isyak kami gerak makan dekat area jeti tu. memang murah la sbb kami amik ikan siakap besar gila siap boleh bahagi 2. satu masak 3 rasa satu bakar. lepastu udang butter, ketam sorang sekor, sotong n kailan. semua x sampai seratus!
Ok lapar dah bila tengok gambar ni semua.nanti ada masa nak tulis pasal island hopping pulak. lepas balik sabah ni aku pegi Pulau Perhentian dengan Redang dengan budak2 office. bila dah free sikit nanti rasa macam nak post jugak la sebab trip tu memang best sangat. tahun ni memang aku rasa tahun travel.sampai kawan2 aku yg lain siap tanya berapa banyak cuti ko dapat setahun asyik berjalan je. cuti aku sama je macam pekerja swasta yg lain cuma kalau time practice dulu memang susah la nak cuti sebab diary penuh dengan tarikh pergi court je. sejak masuk company ni alhamdulilah la senang nak cuti :). mostly trip yg aku pegi ni semua last minute punya plan. lepas tu aku jumpa pulak budak2 satu office yang memang kai travel so aku join la diorang. Setakat ni dalam Malaysia je lah mampu sbb semua last minute. lagipun aku memang dah lama ada impian nak melawat semua pulau kat malaysia ni #projekpulau gitu.tahun lepas aku kemurungan lama kot. so tahun ni kasi chance laaa aku nak tengok dunia :) Oklah aku nak pergi rasa tester kuih raya akak office ni. lagi seminggu dah nak puasa yeayyy
No comments:
Post a Comment