Friday, October 7

Trip to Pulau Redang 2016

Assalamualaikum!

Well macam biasalah bos hilang entah kemana maka aku dengan bahagianya nak update blog. Kalau bos baca ni tolong la bagitau saya bos pegi mana. Saya tak larat nak ambik pesanan dah ni. Tapi kalau bos baca mesti bos rasa bos bagi kerja sikit sangat kan. Saya dah siap semua kerja tunggu bos datang check je ni. So saya update blog kejap eh bos?

Please jangan kecam aku. Aku dah blank ni bos tak dapat dikesan sejak semalam. Risau ada happy pun ada. :’)

Dah letak tepi semua tu aku nak cerita pasal trip ke Pulau Redang .lama sangat dah simpan.Ada kawan2 tanya mana lagi best Redang ke Perhentian.Meh sini nak cerita.

Trip ke Pulau Redang ni dianjurkan oleh company so the best part is sudah tentulah ianya free! Trip ni berlangsung seminggu selepas aku balik dari Pulau Perhentian. Baru nak putih muka dah hitam balik. Eh kisah pulak aku putih ke tak. 

So beginilah ceritanya. Kami bertolak dari office dengan dua bijik bas pada malam khamis dan sampai sana pagi jumaat (dapat cuti extra lagi!) sampai pagi tu terus naik bot kat jeti marang. Jeti ni lain sikit dari yang pulau perhentian. Jeti ni kecik je tepi sungai. Mengikut kata abang bot jeti ni khas untuk pegi ke resort yg kitorang dah booked tu je. Nama resort tu Redang Pelangi. Maknanya setiap resort ada bot dan jeti sendiri. Fuh. So masa kau pilih nak stay kat resort mana tu silalah check nak naik boat kat mana.


Sampai kat resort tu memang xde jeti . kitorang turun terus dalam air. Maka lencun lah separuh badan.. boat tak boleh berhenti dekat sangat nanti pasir masuk dalam enjin. Pakcik boat la cakap. tak tau la kalau dia tipu pastu seronok tengok muka terkejut bila dia suruh kitorang turun dalam air.  Sapa yang bawak beg jenis luggage tu memang kena junjung lah. So tips dia sila jangan pakai baju lelawa, bawak beg pack dan pakai selipar siap2 masa kat jeti. :)




Lepas briefing kitorang terus check in bilik. Satu bilik 4 orang.  Macam biasa lah aku dengan cik sarah.  Lagi dua orang officemate aku yang sama2 pergi perhentian haritu. Bilik kali ni of courselah lebih selesa. ada dua katil queen.Company sponsor siap dengan makan semua. Aku lupa la pulak nak tanya rate untuk sorang berapa. Tapi mengikut firasat aku sorang dalam RM300-400 jugaklah kalau ikut pakej siap snorkeling.



Lepas dah rehat jap dalam bilik tu kitorang pun bersedialah untuk activity snorkeling. Aku, cik sarah dengan lagi dua orang tu macam tak berapa eksited sebab penat snorkelling last week pun belum habis. Tapi kami gagahi lah juga sebab dah sampai tak kan nak lepak bilik je. Nak jugak usha ikan kat pulau redang ni.

Hari pertama snorkelling boat campak kitorang kat tengah laut. Ada yang baru first time snorkeling memang x berani terjun. Stay dalam bot ja.aku yang tak first time ni pun teragak2 nak terjun. Memang dalam lah kalau dah tengah laut. Apalah pakcik boat ni. Lenkali kalau hari pertama bawak la cetek2 dulu.. kalau naik boat kecik mungkin korang boleh request nak pergi tempat cetek. kitorang naik boat yang boleh muat 40 orang so mana dia campak situ la kitorang terjun.



Bagi aku air kat pulau redang ni lagi cantik dari perhentian. Tapi dari segi coral perhentian lagi cantik kot. Masing2 ada tarikan tersendiri. Resort kat redang lebih privacy berbanding perhentian yang havoc. Lagi satu kat redang ni ada pasir biru. Tak sure la pulak kat perhentian ada ke tak.


Mungkin sebab duduk bilik yang lebih selesa dan makanan yang sedap so aku rasa redang lagi best.haha. tapi aku lagi enjoy trip ke perhentian sebab dengan kawan2 sekepala. Trip  redang ni walaupun almost 100 staffs yg join tapi tak smua boleh masuk. Ada yang aku tak pernah nampak langsung pun kat office. By the way bos aku tak join. tapi bos department lain ramai je join. so macam ada gap sikit la nak beramah mesra pon. Dekat resort yang kitorang stay ni ada bar. Company aku ni mostly Chinese so memang diorang lepak kat bar je lah bila malam. Karaoke pun semua lagu bahasa cina sambil minum beer. Bagaimana nak pergi beramah mesra. Yang melayu ni duduk kat café main congkak dengan jengga sambil makan aiskrim. Hew. Oklah ada jugak activity.






Second day dipenuhi dengan activity snorekling jugak. Pakcik boat bawak pegi bagi makan penyu. Tapi kena bayar rm30 sorang. Dapat la sotong mentah sorang 2 ekor utk bagi kat penyu. Sebab dah bayar so aku beranikan la diri nak pegang penyu tu. Masa kat perhentian dulu tengok dari jauh je.Ada kawan aku siap kena gigit masa tengah suap penyu. so tips dia adalah pegang ujung sotong tu je jangan suap macam nak bagi anak makan pulak! Balik dari bagi makan penyu kitorang sambung snorkeling area resort tu pulak. Lepas tu terserempak dengan penyu liar. Yang kitorang pegi bagi makan tu yang dibela katanya. Yang liar ni lebih besar and kulit dia lagi keras. So kalau nak tengok penyu tak payah bayar rm30 pun actually sebab dekat area resort tu pun dah ada. Cuma kalau bayar rm30 tu dapat sotong 2 ekor.kih2











Kitorang stay selama dua malam. Malam last tu ada abang boat ajak kitorang tour sekeliling pulau and pegi tengok pasir biru. Disebabkan tak boleh nak join sesi karaoke so aku ikut je lah abang tu. Haha.Bukan aku sorang la. ada dalam 10 orang join. sekitar pulau tu ada dalam 7-8 resort jugak. Ada yang 3 bintang, 5 bintang. Pilih je mana kau nak. Beza dia dari segi facilities kot. Ada resort yang bilik jenis satu-satu pastu ada buai depan bilik, ada yang café dia ekslusif macam hotel, ada yang ada kedai souvenir dua tingkat. Terpulanglah pada budget masing2. Resort yang kitorang duduk tu paling sederhana rasanya.


Kitorang tour semua resort sampai hujung malam tu. Boleh tahan jauh jugak la. Aku ngan sarah singgah minum air kelapa. Sebijik rm10 x silap. biasalah harga kalau kat pulau meman jadi double triple. Ramai yang singgah beli souvenir dekat kedai souvenir 2 tingkat tu. Aku tak beli pun sebab mahal. Rasanya triple dari harga biasa. Aku dah aim nak beli kat jeti je nanti. So tips seterusnya janganlah terburu2 beli souvenir dekat area pulau sebab memang mahal. Aku beli fridge magnet yang harga rm10 dekat pulau dengan harga rm3 dekat jeti. tapi kalau takut tak sempat beli kat jeti beli jelah kat pulau.

selepas hampir 6 sesi snorkeling x_x




Kitorang gerak balik pagi ahad dan selamat sampai shah alam dalam kul 8 malam. tu pun sebab menyinggah cari keropok leko. sepanjang jalan nak balik tu banyak je orang jual.pilih mana kedai berkenan. aku tak borong banyak pun sebab yang pergi perhentian dulu tu pun tak habis lagi makan. tapi mak aku cakap yang aku bawak balik dari redang ni lagi sedap.

Kesimpulannya dua2 trip pun menyeronokkan. Dua2 pulau ada tarikan masing2. Mungkin sebab aku memang suka pantai. kalau bawak pergi PD pun aku dah happy. Semoga next trip company aku bawak pergi pulau lagi :)








No comments:

Post a Comment