Thursday, September 19

Trip ke Pulau Tioman 2018



Assalamualaikum!

Ok aku tengah ada masa sekarang. Nak tulis trip ke Pulau Tioman. Bos pergi seminar and semua kerja untuk minggu ni aku dah settlekan siap2 dengan dia semalam. So harini aku melangut ja sambil buat research & draft surat sikit2. Haa nampak tak betapa relaxnya kerja jadi lawyer in house ni. Ada hari busy gils sampai nak makan pun tak sempat, ada masa free sangat sampai aku sempat tulis blog.Contohnya macam harinilahπŸ˜†


Ok sambung balik pasal trip ke Pulau Tioman. Trip ni tahun 2018 sebenarnya. Mula2 rasa malas nak tulis sebab pegi Tioman ja pun. Tapi memandangkan aku memang pencinta pulau and memang ada bucket list untuk senarai pulau yang aku plan nak visit so aku tulis jelah buat kenangan pastu buleh 😎 Trip ni dalam bulan July 2018. Dalam travel bucket list aku every year mesti ada satu pulau dalam Malaysia yang aku plan nak visit. So aku pun ajak la si Nad & dia pun ajak officemate dia dengan sorang lagi kawan officemate dia. So kami berempat. Plannya 3 hari 2 malam so hari jumaat lepas office hour aku drive ke rumah Nad dekat Dengkil park dekat rumah dia, amik officemate dia & bergerak ke Melaka untuk amik kawan officemate dia tu. Officemate Nad Namanya Faz & kawan dia Atia. Since parents Atia memang tinggal kat Mersing kitorang plan nak singgah rumah dia & ambik boat paling awal kt Jeti Mersing pagi sabtu tu. Walaupun trip ni idea aku tapi Nad dengan Faz yang arrangekan semua. Seingat aku time tu aku tengah busy dengan project apatah kat office so tak dapat nak ambil port sangat. Haa tula kerja aku kalau time busy memang susah nak buat benda lain. Dah la dari Dengkil ke Melaka & sampai Mersing aku tak drive langsung sebab masa tu aku memang tak nampak jalan kalau drive malam. silau teruk. Sekarang dah ok sikit tapi boleh jalan dekat2 je lah. Jalan ke Mersing pun agak scary so memang aku tak berani langsung nak pegang stereng. So Nad, Faz & Tia if u are reading this, thank you so much for your understanding πŸ’—


Kitorang sampai Mersing agak lewat dalam pukul 3 pagi. Tapi aku terharu sangat sebab parents Atia very welcoming. Mak dia siap bangun panaskan mee bandung yang dia dah masak malam tadi untuk kitorang. Walaupun kepala aku dah start sakit time tu sebab, kitorang gagah jugak makan mee bandung pukul 3 pagi. Dah lepas makan tu ayah Atia suruh tidoq dulu kejap nanti pukul 5.30 dia nak hantarkan ke Jeti. Perut tengah penuh memang susah la nk tidoq sudahnya aku baring kejap ja pastu bangun mandi since aku belum mandi dari malam semalam 😁 Pukul 5.30 sharp kitorang dah gerak ke Jeti sebab boat paling awal pukul 6.45am. Dari rumah Atia ke jeti dalam 45min jugak. Sampai jeti terus beli tiket & solat subuh then bergerak naik boat. Pulau Tioman ni agak besar kitorang naik boat yang macam nak ke Langkawi tu bukan speed boat yang macam aku naik ke Pulau Perhentian & Redang. Boat ni akan stop dekat banyak tempat & pit stop kitorang Salang, adalah yang paling last. Aku doa je dalam hati supaya tak mabuk laut since estimate time nak sampai Salang 2 jam lebih. Tapi akhirnya aku tewas jugak sejam pertama tu ok lagi masuk jam kedua aku dah tak tahan. Dengan keadaan boat yang sempit kitorang duduk rapat2 pulak, lepastu laut agak bergelora masa tu. Beberapa kali jugak terumbang ambing. Aku duduk diam2 je tak boleh nak bukak mata langsung berdoa je cepat sampai πŸ˜“ Almost 3 jam jugak akhirnya baru sampai ke Salang. Kitorang booked Salang Sayang Resort sebab betul2 menghadap pantai. Bilik ok la ada dua katil double tapi design antic sikit. Masuk je dalam bilik aku terus baring. Lembik terus rasa. Diorang lagi 3 orang relax je. Padahal aku yang selalu pegi pulau. Buat malu sungguh! πŸ˜‚ Aku rasa ni semua factor tak tido semalaman semalam. Pastu aku memang tak cukup rehat pun sepanjang minggu tu. Kena justify ok πŸ˜›



Since masa kitorang sampai tu baru pukul 10 pagi and aku pun memang dah lembik tak leh bergerak so aku rest je kat bilik kejap. Lagi 3 orang tu tengah excited first time sampai Pulau so diorang keluar pegi jalan2 kat pantai. Tak sampai sejam pun aku rehat pastu aku pun keluar cari diorang sebab dah lapar haha. Kawasan Salang ni agak besar so banyak kedai makan. Pilih je nak yang mana.Rasa lebih kurang ja semua. Kitorang makan dekat medan selera area resort ni je. Order nasi goreng sorang satu. Harga dia ok la jugak & rasa boleh tahan. Lepas makan kitorang sambung jalan kat pantai then masuk bilik rehat. Petang baru snorkeling dekat area resort. Pakej kitorang amik tu dah siap dengan snorkeling gear so boleh pegi je kat receptionist counter mintak life jacket dengan google. Malam tu kitorang jalan gi cari makan dekat area resort tu jugak. Lepastu lepak dekat pantai sambal dengar lagu yang kedai2 makan ni pasang. Pada aku nightlife dekat Tioman ni tak semeriah kalau nak dibandingkan dengan Perhentian dengan Redang. Tapi bolehla setakat nak rehat2 layan perasaan ditemani angin laut haha. Lepas makan masing2 pun dah letih sangat so apalagi masuk tido la 😴


Walaupun mabuk laut sampai2 haruss ada gambar ok 😎










My loyal travel partner 😎



Esoknya pagi2 kitorang breakfast roti dengan tuna sambal layan sunset. Pukul 9 baru siap2 untuk pegi island hopping. Masa nak naik speed boat tu baru perasan ada Ray DJ radio Era tu naik sekali dengan kitorang. Dia satu team dengan kawan2 dia dalam 10 orang semua muka bapak2 orang haha. So meriah la boat tu diorang asyik dok membahan dia. Kitorang pun layan jelah sembang2 dengan pakcik2 tu ahaha. Lepas 2 check point snorkeling boat ni bawak pegi makan dekat Kampung Tekek. Dekat kampung Tekek ni ada duty free shop tapii aku tengok harga coklat dia lagi mahal dari yang tak duty free πŸ˜‚ so kitorang jalan2 jela kat situ. Lepas makan kitorang ke Air Terjun Asah pulak. Nak ke air terjun ni kena mendaki sikit. Air dia boleh tahan dalam. Nasib baik kitorang bawak sekali life jacket naik ke atas sebab ada kes kecurian dalam boat dekat kampung Tekek tu tadi. Kitorang berendam kejap ja kat situ then turun bawak balik sebab abang boat dah panggil haha. Abang boat tu bawak ke checkpoint snorkeling terakhir then balik semula ke Salang. 









Malam tu lepas makan kitorang borak2 kejap dengan akak yang kitorang kenal masa dalam boat tadi. Akak ni dengan abang dia  scuba divers. Dalam boat tadi goggles diorang la yang kena curi sebab diorang bawak yang personal punya.  Tioman ni memang hot spot untuk scuba diving. Masa kitorang snorkeling tadi pun terserempak ramai scuba divers. Ramai yang datang amik lesen kat sini. Sepanjang kawasan Salang ni pun penuh dengan tempat sewa alatan scuba divers. Ada kawan aku yang tau aku datang Tioman ni suruh try dive sebab one of kedai yang sewa alatan tu kawan dia owner.Siap offer suruh guna camera dia kat situ kalau nak dive. Tapi aku rasa aku belum ready lagi kot ahaha. Walaupun aku memang suka pulau tapi kadang2 penakut air jugak sebenarnya. Aku cakap kat akak tu aku rasa corals kat Redang lagi cantik & dia dengan abang dia agreed. So kalau nak repeat pulau lepas ni aku nak repeat ke Redang balik la ahaha.


Forever someone who gets excited when the sky change its colors πŸ’› 

Esok paginya pukul 9 dah naik boat balik ke jeti. Kalini aku dah bersedia telan ubat siap2 so kurang sikitla mabuknya. Sampai rumah Atia mak dia dah prepare lunch. Lepas lunch baru kitorang gerak balik hanta Atia kat Melaka & gerak balik ke Dengkil. Since kitorang sampai Dengkil malam terpaksalah aku sleepover dekat rumah Nad dulu since memang tak Nampak jalan nak drive. Esok pagi siap2 kat rumah Nad terus masuk office dengan kepala dok berombak lagi😡


Alhamdulilah walaupun mula2 aku tak berapa nak enjoy jugak trip ni sebab mabuk laut teruk tapi syukurlah satu lagi bucket list pulau aku dah “tick” yeayyy!πŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ Tahun ni aku pergi Pulau Kapas jugak dengan geng yang sama. Tapii ada perkara sedih berlaku kat sini yang buat aku murung seketika. Sampai sekarang pun terasa lagi sedihnya 😒 Nanti kena buat satu post jugak pasal Pulau Kapas. Tunggu dah kurang sikit sedih tu! Haha. Dalam list sekarang aku nak tulis pasal trip ke Hat Yai, Silangit dengan trip naik cruise ke Phuket. Semalam tetiba ada pulak promo airasia new route ke Dalat, Vietnam! Aku memang plan nak ke Vietnam next year tapi kena tunggu company aku announce date company’s trip dulu. Kang date clash lagi macam trip ke Bali tu kemurungan lagi sekali pulak aku nanti 😳 Dah 3 kali sebenarnya trip company ni almost clash dengan trip aku. First company’s trip ke Pulau Redang  yang aku join dulu adalah seminggu selepas aku balik dari Pulau Perhentian πŸ˜…Second company’s trip ke Langkawi pulak sebulan selepas aku baru balik weekend gateway ke Langkawi. So tahun tu dua kali pergi Langkawi selang sebulan ja!😐 Trip ke Bali last year pulak betul2 hari aku balik dari SeoulπŸ˜“ So untuk tahun 2019 ni trip sendiri ke Silangit aku pergi bulan January haritu sebab dah agak company trip bulan April. So dapatla aku join company trip dengan hati yang tenang haha. Tapi untuk tahun 2020 aku tak boleh nak agak date untuk company’s trip sebab committee untuk tahun depat tak bagi apa2 clue lagi πŸ‘€

Selain Vietnam banyak lagi travel bucket list aku wish to accomplish but sooo little time (and money too) πŸ˜›. Tapii memandangkan aku telah membuat investment terbesar dalam hidup pada tahun 2019 ni so kena slow down sikit la travel πŸ˜” Boleh pergi yang dekat2 jelah. Yang jauh2 tu tunggu aku dah stable sikit dulu. Kena jadi level2 manager dulu baru boleh pergi yang jauh2 tuπŸ˜‚

Till then, Bye! 

No comments:

Post a Comment