Sunday, September 15

Trip to Bali April 2018 - Day 2 & 3

Assalamualaikum!

Sambungan hari ke 2 & 3 di Bali. Pagi hari kedua ni aku bangun badan masih rasa sengal2 & tanda2 nak demam still ada tapi semangat berjalan belum hilang lagi haha 😄 macam biasa pukul 7 lebih dah bangun pergi breakfast sebab pukul 8 nanti supir dah datang jemput. Harini ada 2 orang extra. Officemate aku lagi sorang Kak Fatim dengan husband dia ikut sama sebab dia memang tak amik supir harini. Kitorang ok ja since kerata Avanza tu memang boleh muat 7 orang. Destinasi pertama harini mengikut itinerary yang dibuat oleh Khim adalah ke Beji Guwang sebuah hidden Canyon di Bali. Sebelum datang haritu aku ada buat research sikit2 juga pasal Bali ni tapi tak banyak review pun pasal Beji Guwang ni & memang agak kurang famous di kalangan tourist yang datang ke Bali. Tapi memandangkan si Khim ni yang susun itinerary semua kitorang follow je la. Perjalanan dari hotel kami di Kuta ke Beji Guwang ni agak jauh jugak hamper sejam. Supir kitorang pulak tak berapa sure jalan ke situ sebab dia cakap jarang tourist mintak nak pergi situ. Akhirnya lepas 2 kali pusing2 baru jumpa pintu masuk. Masa sampai tu memang tak Nampak orang lain pun kat situ. Mungkin sebab awal lagi. Si supir kitorang pun pegi la beli tiket pastu dia datang balik cakap kena bawak baju salin sebab nanti kena lalu air sungai so akan basah. Alamak aku, Sarah, Mai & Kak Fatim memang tak bawak baju salin la sebab si Khim ni memang tak bagitau pun ada water activity harini. Khim sorang je yang bawak baju salin. Supir kitorang pun suggest keluar kejap pergi pasar kat area situ untuk cari baju salin. Sampai kat pasar kitorang beli seluar batik sorang satu sebab orang kat Buji Guwang tu cakap air paras paha je so tak payah beli baju.Aku agak reluctant nak beli seluar batik tu sebab dia jenis yang senang koyak tu. Dulu masa Mama pegi Padang dia pernah belikan pastu sekali aku duduk je terus koyak last2 buat kain buruk ja. Tapi sebab dah tadak pilihan lain kitorang beli jelah 😐


Lepas kitorang dah salin pakai seluar batik tu keluar tengok2 dah ada dua orang guide tunggu nak bawak kitorang masuk ke dalam. Aku dah start rasa tak sedap hati sebab guide ni beriya bawak pisau bagai macam nak masuk hutan tebal. Aku tanya si Khim ni kita nak pegi mana sebenarnya ni ada jungle tracking ke? Sebab aku memang tak prepare untuk sebarang physical activity yang memenatkan harini. Badan sakit2 lepastu nak demam pulak. Khim cakap ada kena masuk hutan sikit lepastu baru jumpa Canyon tu. Masa jalan nak masuk tu aku confirmkan sekali lagi dengan guide yang bawak kitorang tu “Ada perlu mendaki ngak pak”? Dia jawab “ada, sikit saja jangan risau” aku tanya lagi “Airnya paras mana pak?” dia jawab “sampai paha aja” Ok baru lega sikit sebab guide tu jawab macam confident je & aku pun takde la syak yang bukan2.
 
Masa ni tenang lagi siap boleh selfie 😌




15 minit pertama berjalan kitorang kena menyusur sungai. Tapi paras kaki ja airnya. Masa ni aku boleh happy2 ambik gambar lagi. lepas dah 30minit berjalan makin lama air makin dalam & kitorang kena lalu kat area tebing sungai yang penuh dengan batu besar2. Aku dah cuak dah sebab pakai seluar batik ni tak boleh langkah besar2 confirm koyak punya nanti. Nak langkah kecik2 nanti tak sampai. Akhirnya perkara yang aku risau betul2 terjadi. Masa nak langkah naik dari satu batu ke satu batu besar ni tetibaa PRAPPPP! OK seluar aku dah koyak! Masa ni aku boleh bertenang lagi sebab kebetulan aku pakai baju dua lapis & agak labuh tutup punggung so koyakan kat seluar tu memang tak nampak sangat. Lepas tu sorang2 si Mai Sarah dengan Kak Fatim pun terkoyak jugak. Time ni semua rilex lagi sebab stil boleh cover dengan baju. Tapi bila sampai kat satu Kawasan ni memang air tengah deras & kitorang bukan setakat kena langkah batu tapi kena bergayut dekat akar pokok untuk susuri sungai tu. Lepastu nak menambahkan lagi kecuakkan aku guide kitorang tu oleh pulak cakap “jangan sampai jatuh ya kak airnya 2 meter ni bisa tenggelam kalau jatuh” AHHH SUDAHH 😲😲


Mula2 air paras kaki ja



Aku punyala melangkah dengan cover2 tadi sebab takut koyakan kat seluar tu bertambah besar. Tapi bila dengar guide tu cakap camtu aku terus langkah besar2 takut jatuh dalam air yang tengah deras tu. Masa ni aku dah menyumpah2 dah si Khim sebab tak inform kitorang awal2 condition tempat ni. Si guide tadi pun pandai menipu air paras peha acik dia! Aku control marah lagi time tu sebab kena focus nak melangkah kat satu2 batu since kitorang memang kena lalu sorang demi sorang. So selagi orang depan tak lepas orang belakang tak boleh lalu. Kebetulan pulak masa tu ada lagi satu group mat salleh kat belakang kitorang so bertambah stress aku nak melangkah. Last2 aku tekad langkah jugak luas2 sebab aku tak nak jatuh kat dalam air yang tengah deras tu. Lantak la seluar nak koyak besar manapun ini antara hidup dan mati kot!


Seperti yang aku jangka seluar aku memang koyak teruk! Baju aku pun tak boleh nak cover dah even aku dah tanggalkan selapis, selapis lagi aku ikat kat pinggang. Tapi baju yang kat luar tu agak jarang.Nasib baiklah supir kitorang tu kesian tengok aku so dia bagi baju dia kat aku . Aku dah tak fikir malu dah time tu yang penting aku boleh sampai ke darat dengan selamat!  Sampai kat area batu besar2 tu badan aku dah shaking teruk sebab sejuk bercampur takut & badan aku memang dah lemah sangat maka termengalir jugakla air mata yang ditahan sejak tadi ahaaha. Bila nampak aku menagis teresak2 tu  guide tu pun panik! Aku cakap aku taknak jalan dah tak larat aku tak mampu. Guide lagi sorang pun datang pujuk cakap tinggal sikit lagi ni kak nak sampai dah. Khim datang cakap sorry banyak kali dia cakap dia pun tak expect laluan ke Canyon tu susah macamni. Membe aku lagi 2 orang pun dok pujuk2. Last2 aku gagahkan jugak jalan. Tapi kalini aku perasan guide tu terlebih caring pulak diorang tunggu aku bertenang dulu baru gerak pastu time nak langkah tu diorang slow2 je. Ha tula sapa suruh tipu tadi!


Aku rasa masa ni kot seluar aku dah koyak sbb kene langkah besar 😂


Haa masa ni dah start dalam tapi still boleh bertahan lagi

Dalam 30 min lepas tu baru sampai ke kawasan Canyon tu. Mungkin sebab badan aku dah lemah sangat2 aku tak sempat pun nak menikmati permandangan Canyon yang Khim cakap cantik sangat tu. Masa diaorang sibuk bergambar aku duduk static ja kat batu. Malas nak join sebab badan aku tak mampu nak gerak dah. Jalan ke depan lagi dalam 15 min baru kitorang sampai ke tebing. Aku pun apa lagi cepat2 la pegi salin baju sebab nak pulang balik baju supir ni. Seluar aku tu memang dah jadi roti kirai la haha. Bukan aku sorang je Mai dengan Sarah pun sama. Tapi aku yang paling teruk la. Last2 aku buang je seluar tu dalam tong sampah. Diorang dok gelakkan aku buat drama tengah2 hutan.  Aku nangis bersebab ok! haha kalau badan aku fit aku boleh tahan lagi ni sebelum mula tadi memang dah sengal2 nak demam pastu pegi masuk dalam air siap kena mendaki pulak memang berderai la air mata haha.

Finally sampai dekat Canyon tu


Protes takmau senyum tapi guide tu dok gigih nak amik gamba sebab dia tau aku nangis tadi 😂

last2 senyum gakla sebab diorang dok membahan aku 😕

Dah keringkan baju semua badan aku masih menggigil lagi so memang confirm dah demam. Aku telan Panadol 2 bijik pastu tido je sepanjang jalan menuju ke Gunung Batur untuk lunch. Sebelum ke Gunung Batur kitorang singgah dulu kat tempat pembuatan Kopi luwak. Dapat la rasa kopi free, amik gamba sikit pastu teruskan perjalanan ke Gunung Batur.







Sampai kat Gunung Batur aku dah rasa lega sikit. Tak ada activiti apa sangat pun kat Gunung Batur ni melainkan makan sepinggan nasi or mee goreng sambal menikmati permandangan Gunung tu.  Kitorang tak amik pakej makan buffet kat situ sebab macam tak berbaloi. Nasi goreng or mee goreng harga dalam rm15 sepinggan kalau tak silap. Ok la tu dapat makan sambil tengok view cantik. Kitorang pun tak spend time lama dekat sini. Lepas dah solat siap2 kat surau dalam restaurant kat situ kitorang pun bergerak menuju ke Ubud untuk ke Tegalalang rice terrace.





Supir kitorang tu cakap Tegalalang ni sesuai datang pukul 5 ke atas sebab kalau tengahari panas terik & tak syok nak jalan. Kitorang ikut jelah cadangan dia. Sampai kat Tegalalang memang dah petang & redup. Aku tak jalan jauh pun kat situ sebab memang luas sangat kawasan dia. Tak mampu dah nak turun naik tangga dia yang beratus2 tu. Amik gamba kat bahagian atas je. Lepastu supir bawak kitorang pegi kedai jual beg rotan. Masa aku pegi Bali ni memang tengah trend la beg rotan ni kat Malaysia. Tapi dekat Malaysia diorang jual mahal gilo. Dekat rm100+. Kat sini aku dapat 2 beg harga kalau convert dalam rm90. Tak sempat pulak nak amik gamba kedai beg tu sebab dah gelap dah time tu.

Masa ni memang dah tadak tenaga dah nak explore rice terrace ni so amik gamba kat tepi2 ja








Dah habis shopping beg rotan, supir bawak pegi shopping dekat Agung Bali pulak dekat area Kuta.Agung Bali ni memang kedai souvenir paling famous dekat Bali. Aku memang takde plan nak shopping ape pun since dah banyak spend dekat Seoul. Aku memang tukar duit ngam2 satu juta rupiah je. Tinggal beberapa ribu je sebab dah beli beg rotan tadi.Tapi biasalah bila dah masuk kedai tu tetiba rasa ada benda pulak nak beli. Salah satu buah tangan famous kat Bali ni adalah pie susu. So aku beli la 2 kotak buat rasa2. Tak mahal pun sekotak dalam rm10. Tetiba ternampak pulak telekong unik kain corak2 macam menarikkk ja. Haha. Masa singgah solat dekat kedai ayam penyet 1st day haritu aku mamang tertarik dengan telekung kat dalam surau kedai tu. Telekong tu dari kain cotton bercorak & sejuk je bila pakai. Dah terjumpa pulak dekat Agung Bali ni aku nak beli la sehelai. Murah pulak tu dalam rm30+. Tapi aku kira2 duit tak cukup pulak! Si Mai pun kira balik barang yang dia beli pun tak cukup duit jugak haha. Kitorang pun decide nak ajak supir pegi cari ATM berdekatan. Pegi la keluar jumpa supir tu pastu dia cakap “tak apa kak guna duit saya dulu akak nak pakai berapa?” Ya tuhann baiknyalah supir nii. Mula2 segan jugak ye lah dah la kita yang bayar dia pastu mintak pinjam duit dia pulak. Pastu dah la tadi dia korbankan baju dia kat aku hahaha. Dah dia nak bagi kitorang pinjam la sorang 300ribu rupiah. Sengeh jelah masuk balik kedai boleh sambung shoping lagi ada duit extra!

lol



Sebelum balik hotel kitorang singgah makan ayam penyet dulu. Dekat warung tepi jalan ja. Rasa boleh tahan la harga dalam RM6 sepinggan. Alhamdulilah husband Kak Fatim yang belanja. Kalau makan kat warung tepi jalan ni jangan order air sebab taktahu sumber dia dari mana or diorang masak ke tak so kitorang order air mineral botol je. Sampai hotel memang aku dah flat terus dah nasib baik esok dah nak balik . Esok ada satu tempat lagi kitorang nak melawat sebelum balik.So harap2 badan aku dapat bertahan lagi esok.

Esok pagi2 macam biasa pukul 8 supir dah terpacak tunggu dekat lobi hotel. Since flight kitorang petang so pagi ni boleh melawat 1 tempat lagi. Kitorang decide untuk pergi ke Tanah Lot. Lebih kurang 45min jugak dari Kuta. Tanah Lot ni kawasan temple jugak. Memang ramai manusia haritu. Kitorang sekadar jalan2 amik angin jelah. Nak balik tu baru teringat tak beli fridge magnet pun dekat Bali Agung tu semalam so gigih la cari dekat kedai2 area Tanah Lot tu. Nasib baik ada walaupun tak banyak pilihan. Beg rotan pun ada jugak jual kat sini. Tapi mahal sikit la dari yang jual dekat Tegalalang.













Dah puas bergambar kat area Tanah Lot tu kitorang pun bergerak balik ke Kuta. Kemas2 barang check out & naik bas dengan office mates yang ke menuju ke airport. Kitorang sampai airport awal so cari makan dulu & habiskan sisa2 rupiah yang ada. Kitorang tersilap tak solat siap2 sebelum masuk boarding hall tu sebab surau kat luar. Dah masuk dalam tu tadak surau so terpaksa la solat dekat waiting area. Dekat dalam boarding hall tu tak banyak kedai makan so terpaksa makan set nasik dekat kopitiam harga sepinggan dekat rm40 😂

Nasi sepinggan rm40!

Tepat jam 5pm flight pun bergerak menuju balik ke Malaysia...Alhamdulilah i've survive Seoul and Bali in 10 days! Rasa nak bagi tepukan gemuruh kat diri sendiri 😆 Walaupun aku tak berapa nak enjoy trip ke Bali ni since tak berapa sihat tapi puas hati jugak la dah boleh tick Bali from my travel list 😁!




Tengah cari mood & masa untuk tulis trip ke Pulau Tioman,  Hat Yai, Silangit dengan Pulau Kapas pulak. Entah bila la nak datang mood tu. Dah nak masuk 2020 dah ni 😄 Tahun 2020 aku belum ada plan lagi nak travel kemana. Tapi ada beberapa tempat yang dah shortlisted. Harap2 ada rezeki la nak visit.

Till then, Bye! 💗

No comments:

Post a Comment