Assalamualaikum!
Sementara ada mood ni aku sambung perjalanan hari ke-2 di Lake Toba π
Hari kedua lepas breakfast & check out hotel kitorang bergerak ke Bukit Indah
Simarjarunjung (BIS). Kat sinilah tempatnya kalau nak ambil gambar "instagram worthy" berlatarkbelakangkan view lake toba π. Sebelum sampai BIS supir bawak singgah
minum teh halia dengan goreng pisang dekat cafe on the way ke BIS. Cafe tu agak lama dan creepy. Sunyi sepi. mungkin sebab masih awal pagi.Masa kitorang sampai tu kitorang jelah pelanggan yang
ada kat situ. Kitorang order teh halia dengan teh susu seingat aku. Tapi teh halia
tu memang tak boleh masuk tekak aku lah. Mungkin sebab aku
bukan pengemar teh.
Sepanjang jalan ke BIS tu banyak ja photo spots yang ada background cantik2. Tapi supir ni bawak kami dekat photo spots yg paling atas. Mungkin dah ada deal dengan
owner tempat tu. Setiap satu spot bergambar kena bayar dlm rm10 bila convert. Mula2 aku try
naik yang basikal atas tali tu ja. Boleh tahan gayat jugak π
Lepastu melarat naik yang sarang burung pulak π. Mai,
Sarah dengan Kak Mun semua try naik swing tapi aku tak berani gayat woi. Naik
basikal tu pun dah ketaq lutut π. Lepas dah amik gambar photographer tu akan
transfer semua gambar dalam memory card handphone. Tak payah bayar dah sebab dah bayar masa nak naik tadi.
yang ni gayatttt |
Dari BIS kitorang bergerak menuju ke
Berastagi. On the way ke Beransatgi tu singgah lunch dulu.
Aku tak ingat nama kedai makan tu tapi view bukit bukau dekat situ subhanallah
breathtaking sungguh! Stunted sekejap tengok view kat situ. Dari restaurant tu boleh
nampak air terjun sipiso-sipiso dari kejauhan.Dengan cuaca yang sejuk berangin
ala2 cameron memang menambahkan lagi keindahan view dekat situ. Lunch
harini masih lagi bertemakan lobster. Aku pun tak sure murah ke lobster kat
sini sebab pakej kami amik tu dah termasuk makan. Rasa boleh tahan la. Licin kitorang bedal.
Lepas makan supir bawak melawat taman bunga
pulak. Nama taman bunga ni pun aku tak ingat sebab tadak dalam itinerary. Saja supir ni bawak sebab dekat dengan kedai makan tadi. Tapi
cantik la view situ & ramai tourist kat situ haritu.
Dah puas keliling
taman tu kami bergerak ke air terjun sipiso-piso pulak. Ramai sungguh orang
haritu. Nak ambil gambar pun gigih cari spot yang tak ramai orang. Tak lama pun
kami kat situ dalam 30 min terus ajak supir gerak.
Sebelum sampai pekan
Berastagi kitorang sempat singgah kebun limau dulu. Tak petik pun ambil gamba
sedikit sebanyak lepastu beli satu karung besar limau yang dah siap bungkus harga dalam rm20. Sedap
& manissss.
Luas betul kebun limau ni |
Dari kebun limau tu kami teruskan perjalanan ke Pasar buah Berastagi. Sebelum sampai Berastagi kitorang mintak supir singgah mana2 masjid dulu since sampai nanti dah dekat magrib. Supir bawak pegi masjid Agung. Cantik senibina masjid ni.
Sampai je kat pasar buah Berastagi tu fuhh memang rambang mata tengok buah2 unik & fresh dekat sini. Aku memang dah
aim nak beli Avocado nak bawak balik so aku beli Avocado ja dalam sekilo sebab
kitorang tak beli extra luggage.
gemok2 avocado kat sini π |
Lepas dah shopping buah sementara tunggu supir datang kitorang makan janggung cheese kat gerai2 tepi pasar buah tu. Lepas tu tapau jangung bakar buat balik hotel. Sebelum balik hotel supir bawak pegi makan dulu. Alhamdulilah bukan lauk lobster dah π Kalini ada ayam dengan ikan.
Air wajib order setiap kali makan π |
Lepas makan terus check in hotel & kitorang request kat supir nak pegi hot spring. Tapi kena tambah rm30 sorang. Sampai kat hotel supir suruh kitorang cepat2 siap nak ke hot spring. Dia
bagi masa dalam 15min ja. Rupa-rupanya dia deal dengan bas rombongan dari
Malaysia jugak untuk ke hot spring tu. Kiranya kami tumpang bas rombongan tu
la. Masuk dalam bas tu segan pulak sebab tumpang trip orang. Tapi supir
kitorang tu pun naik bas ikut sekali. Sampai dekat hot spring tu tengok suasana
macam eww sikit sebab macam campur laki pompuan. Lepastu takkan nak join sekali
dengan rombongan bas tadi tu.Sekali supir tu cakap kitorang dapat satu kolam private untuk kitorang 4 orang je. Padahal kolam tu boleh muat lebih 10 orang kot.
Yeayyyy. Melompat gumbira la masing2. Dekat setiap kolam tu ada disediakan
tempat untuk salin baju. Mula2 nak celup2 kaki ja, lepastu terus terjun. Tengah berendam tu supir datang bagi serbuk sulphur dari gunung berapi untuk sapu kat badan.
Kitorang pun apalagi tonyoh la satu badan dengan muka2 sekali. Tapi supir dah
pesan jangan sampai kena mata nanti pedih. sejam kemudian supir datang panggil cakap bas dah datang untuk balik. Bengang jugak
la masatu sebab tadi dia cakap 2 jam. Ni baru
sejam berendam dah kena keluar. Pastu supir tu dok kejan2 suruh cepat sebab
satu bas dah naik tinggal kitorang ja. Kitorang pun pegi la tukar baju dengan
perasaan tak puas hati haha. Masa nak cepat2 tu kitorang terlap muka dengan
tuala yang ada kesan Sulphur tadi tu. Apalagi berair la mata masing2. Masa tu
belum rasa pedih lagi tapi bila dah sampai kat hotel huuu pedih dia tak boleh
bawak bincang. Berair mata hidung semuaa. Memang kuat bau Sulphurnya. Baju yang aku guna untuk berendam tu
dah basuh banyak kali pun masih melekat bau Sulphur. Tapi yang bestnya muka memang jadi putih la. Sampai ada colleague aku kat office tegur kenapa muka u putih sangat? u pakai product apa? sumpah tak tipu π Tapi kejap jelah putih. 2 minggu lepas tu kembali balik ke warna asal π
Masa ni tengah seronok tonyoh sulphur kat muka tanpa menyedari side effectnya π |
Sampai hotel kitorang
lepak2 jap dekat luar bilik hotel sambil makan buah limau dengan jagung bakar
yang tapau tadi. Suhu dekat Berastagi malam tu sejuk sangat dah cecah 16c.
lepas tu masing2 dah pedih mata terus masuk bilik tido. Esok pagi2 dah nak
gerak ke Medan.
Swimming pool ni betul2 depan bilik kitorang. kalau tak sejuk dah lama dah terjun π |
Ok itu sahaja untuk hari ini. Penat pulak tulis panjang2 ni. Insyaallah kalau rajin sambung la hari ke 3. lagi 4 hari ja nak masuk tahun 2020 oiii. Cepatnya masaa berlaluuu π
Till then, Bye2 π
No comments:
Post a Comment