Showing posts with label Indonesia 2019. Show all posts
Showing posts with label Indonesia 2019. Show all posts

Thursday, December 26

Trip to Silangit, Indonesia - Day 2

Assalamualaikum!

Sementara ada mood ni aku sambung perjalanan hari ke-2 di Lake Toba 😁

Hari kedua lepas breakfast & check out hotel kitorang bergerak ke Bukit Indah Simarjarunjung (BIS). Kat sinilah tempatnya kalau nak ambil gambar "instagram worthy" berlatarkbelakangkan view lake toba 😎. Sebelum sampai BIS supir bawak singgah minum teh halia dengan goreng pisang dekat cafe on the way ke BIS. Cafe tu agak lama dan creepy. Sunyi sepi. mungkin sebab masih awal pagi.Masa kitorang sampai tu kitorang jelah pelanggan yang ada kat situ. Kitorang order teh halia dengan teh susu seingat aku. Tapi teh halia tu memang tak boleh masuk tekak aku lah. Mungkin sebab aku bukan pengemar teh. 



Sepanjang jalan ke BIS tu banyak ja photo spots yang ada background cantik2. Tapi supir ni bawak kami dekat photo spots yg paling atas. Mungkin dah ada deal dengan owner tempat tu. Setiap satu spot bergambar kena bayar dlm rm10 bila convert. Mula2 aku try naik yang basikal atas tali tu ja. Boleh tahan gayat jugak πŸ˜…Lepastu melarat naik yang sarang burung pulak πŸ˜†. Mai, Sarah dengan Kak Mun semua try naik swing tapi aku tak berani gayat woi. Naik basikal tu pun dah ketaq lutut πŸ˜‚. Lepas dah amik gambar photographer tu akan transfer semua gambar dalam memory card handphone. Tak payah bayar dah sebab dah bayar masa nak naik tadi.


Yang ni tak berapa gayat sebab tak tinggi sangat









yang ni gayatttt





Dari BIS kitorang bergerak menuju ke Berastagi. On the way ke Beransatgi tu singgah lunch dulu. Aku tak ingat nama kedai makan tu tapi view bukit bukau dekat situ subhanallah breathtaking sungguh! Stunted sekejap tengok view kat situ. Dari restaurant tu boleh nampak air terjun sipiso-sipiso dari kejauhan.Dengan cuaca yang sejuk berangin ala2 cameron memang menambahkan lagi keindahan view dekat situ. Lunch harini masih lagi bertemakan lobster. Aku pun tak sure murah ke lobster kat sini sebab pakej kami amik tu dah termasuk makan. Rasa boleh tahan la. Licin kitorang bedal.
  







Lepas makan supir bawak melawat taman bunga pulak. Nama taman bunga ni pun aku tak ingat sebab tadak dalam itinerary. Saja supir ni bawak sebab dekat dengan kedai makan tadi. Tapi cantik la view situ & ramai tourist kat situ haritu. 













Dah puas keliling taman tu kami bergerak ke air terjun sipiso-piso pulak. Ramai sungguh orang haritu. Nak ambil gambar pun gigih cari spot yang tak ramai orang. Tak lama pun kami kat situ dalam 30 min terus ajak supir gerak. 





Sebelum sampai pekan Berastagi kitorang sempat singgah kebun limau dulu. Tak petik pun ambil gamba sedikit sebanyak lepastu beli satu karung besar limau yang dah siap bungkus harga dalam rm20. Sedap & manissss.


Luas betul kebun limau ni 










Dari kebun limau tu kami teruskan perjalanan ke Pasar buah Berastagi. Sebelum sampai Berastagi kitorang mintak supir singgah mana2 masjid dulu since sampai nanti dah dekat magrib. Supir bawak pegi masjid Agung. Cantik senibina masjid ni. 




Sampai je kat pasar buah Berastagi tu fuhh memang rambang mata tengok buah2 unik & fresh dekat sini. Aku memang dah aim nak beli Avocado nak bawak balik so aku beli Avocado ja dalam sekilo sebab kitorang tak beli extra luggage.



gemok2 avocado kat sini πŸ˜‹




Lepas dah shopping buah sementara tunggu supir datang kitorang makan janggung cheese kat gerai2 tepi pasar buah tu. Lepas tu tapau jangung bakar buat balik hotel. Sebelum balik hotel supir bawak pegi makan dulu. Alhamdulilah bukan lauk lobster dah πŸ˜‚ Kalini ada ayam dengan ikan.





Air wajib order setiap kali makan 😁

Lepas makan terus check in hotel & kitorang request kat supir nak pegi hot spring. Tapi kena tambah rm30 sorang. Sampai kat hotel supir suruh kitorang cepat2 siap nak ke hot spring. Dia bagi masa dalam 15min ja. Rupa-rupanya dia deal dengan bas rombongan dari Malaysia jugak untuk ke hot spring tu. Kiranya kami tumpang bas rombongan tu la. Masuk dalam bas tu segan pulak sebab tumpang trip orang. Tapi supir kitorang tu pun naik bas ikut sekali. Sampai dekat hot spring tu tengok suasana macam eww sikit sebab macam campur laki pompuan. Lepastu takkan nak join sekali dengan rombongan bas tadi tu.Sekali supir tu cakap kitorang dapat satu kolam private untuk kitorang 4 orang je. Padahal kolam tu boleh muat lebih 10 orang kot. Yeayyyy. Melompat gumbira la masing2. Dekat setiap kolam tu ada disediakan tempat untuk salin baju. Mula2 nak celup2 kaki ja, lepastu terus terjun. Tengah berendam tu supir datang bagi serbuk sulphur dari gunung berapi untuk sapu kat badan. Kitorang pun apalagi tonyoh la satu badan dengan muka2 sekali. Tapi supir dah pesan jangan sampai kena mata nanti pedih. sejam kemudian supir datang panggil cakap bas dah datang untuk balik. Bengang jugak la masatu sebab tadi dia cakap 2 jam. Ni baru sejam berendam dah kena keluar. Pastu supir tu dok kejan2 suruh cepat sebab satu bas dah naik tinggal kitorang ja. Kitorang pun pegi la tukar baju dengan perasaan tak puas hati haha. Masa nak cepat2 tu kitorang terlap muka dengan tuala yang ada kesan Sulphur tadi tu. Apalagi berair la mata masing2. Masa tu belum rasa pedih lagi tapi bila dah sampai kat hotel huuu pedih dia tak boleh bawak bincang. Berair mata hidung semuaa. Memang kuat bau Sulphurnya. Baju yang aku guna untuk berendam tu dah basuh banyak kali pun masih melekat bau Sulphur. Tapi yang bestnya muka memang jadi putih la. Sampai ada colleague aku kat office tegur kenapa muka u putih sangat? u pakai product apa? sumpah tak tipu πŸ˜‚ Tapi kejap jelah putih. 2 minggu lepas tu kembali balik ke warna asal πŸ˜†



Masa ni tengah seronok tonyoh sulphur kat muka tanpa menyedari side effectnya πŸ˜‚

Sampai hotel kitorang lepak2 jap dekat luar bilik hotel sambil makan buah limau dengan jagung bakar yang tapau tadi. Suhu dekat Berastagi malam tu sejuk sangat dah cecah 16c. lepas tu masing2 dah pedih mata terus masuk bilik tido. Esok pagi2 dah nak gerak ke Medan.

Swimming pool ni betul2 depan bilik kitorang. kalau tak sejuk dah lama dah terjun πŸ˜†


Ok itu sahaja untuk hari ini. Penat pulak tulis panjang2 ni. Insyaallah kalau rajin sambung la hari ke 3. lagi 4 hari ja nak masuk tahun 2020 oiii. Cepatnya masaa berlaluuu πŸ˜…

Till then, Bye2 😎

Wednesday, November 13

Trip to Silangit, Indonesia 2019 - Day 1


Assalamulaikum! 

Actually aku nak post pasal famiy trip ke Hatyai tapi macam malas pulak sebab aku dah repeat trip ke Hatyai dengan mama September haritu. So aku post pasal trip ke Silangit dululah sebab trip ni Januari 2019. Lagi sebulan lebih ja nak ke Januari 2020 dah πŸ˜‚

Aku tadak idea nak travel ke mana tahun 2019 ni sebenarnya since dah plan nak join company trip bulan April. Tapi nak tunggu bulan April tu rasa macam lamaaa sangat so aku decide nak buat satu trip dekat2 ja untuk bulan January. Trip yang budget dalam rm1000 below. Nak pergi Thailand baru balik Hat Yai ja raya haji yang lepas so aku decide nak ke Indonesia saja. Aku teringat haritu ada iklan AirAsia bukak route baru ke Silangit so aku pun ajak la officemates aku ke sana. Silangit ni route baru untuk ke Lake Toba. Sebelum ni kalau nak ke Lake Toba kena turun di Medan. Dari Medan nak ke Lake Toba amik masa dalam 6 jam jugak. Dari Silangit ni lebih kurang 2 jam ja. Aku plan nak turun di Silangit dan balik nanti naik dari Kualanamu airport di Medan supaya boleh shopping dekat Medan. Tapi tiket mahal la sikit πŸ˜….Bulan November aku dah start ticket hunting. Last2 dapat la tiket harga lebih kurang RM300 sorang return. Agak mahal jugak actually sebab ade officemate aku lagi sorang ni beli masa bulan December dapat harga dalam less that RM100 untuk one way. Tapi last2 dia tak jadi pergi. Nanti aku cerita kenapa 😁. Since aku dah beli tiket, aku mintak Mai untuk cari pakej supir since dia dah banyak kali pegi Indonesia. Aku ada la jugak search sikit2 mana2 tempat yang menarik untuk dilawati supaya boleh masukkan dalam itinerary kitorang nanti. Walaupun guna khidmat supir, aku lagi suka kalau kitorang sendiri yang susun itinerary & bagi dekat supir untuk dia follow. Kali ni kami ambil pakej sekali dengan hotel & makan sebab plan nak pergi santai2 & ja tapi masih within budget. Pakej kami amik per head dalam RM350. Termasuk semua dah ni. Tinggal bawak duit shopping ja. Masing2 pun tukar sorag sejuta rupiah ja. So memang cukup la RM1000 sorang 😊

Pagi tu kami gerak ke airport ayah Mai tolong hantarkan. Flight pukul 11 so pukul 8 kami dah gerak. Lepak breakfast kejap terus check in. Tapi masa nak masuk tu staff air asia suruh kami ke kaunter untuk amik boarding pass. Tak boleh guna yang print out dari kiosk tu. Aku pun tak sure kenapa. Sampai kat kaunter panjang la pulak beraturnya. Nasib baik la kami still ada masa lagi. Dah amik boarding pass tu cecepat ke boarding gate. Masa nak lalu kat kastam tu ada officer tu tanya dah pernah pegi ke Silangit ni. Kitorang jawab belum lepastu dia sengih. Aku pun tak sure kenapa. Tapi few days before trip kitorang ni memang aku ada baca banyak cerita pasal flight ke Silangit ni. Paling banyak cerita pasal ada yang kena patah balik ke KLIA sebab flight tak boleh landing walaupun dah 2 kali ulang alik. Since dah sampai airport dah pun tinggal nak boading je kitorang tawakkal jelah supaya semuanya ok.



Flight ke Silangit ni sekejap ja sebenarnya dalam sejam ja. Kami dijangka tiba di Silangit at 11am waktu Indonesia. Dalam 40min after departure captain dah buat announcement “we will be landing shortly”. Tunggu2 dekat 30min tak landing2 pun. Captain announce lagi “we will attempt to land again shortly. Rupaya flight kitorang tu duk turun naik tak boleh nak landing. Naik pening dah kepala aku.Masuk kali ketiga captain tu announce aku dah start tak sedap hati. Alamak kena patah balik KLIA ke niiii. Aku cakap kat mai kalau kena patah balik aku nak tidur kat hotel kat Putrajaya tak nak balik rumah haha. Dalam hati tak putus berdoa semoga flight kitorang ni boleh landing. Finalyyyy setelah almost 1 hour berlegar2 kat atas tu captain announce dia nak attempt to land sekali lagi & alhamdulilah akhirnya flight kitorang Berjaya landing!!! Lega tu tak payah cakap laa rasa nak nangis pun ada πŸ˜…


Touch down je dari flight memang boleh nampak kabus tebal gila kat Kawasan airport tu. Pastu tempat landing tu memang kecik sangat memang boleh muat satu flight ja. Masa sampai tu aku tengok kawasan sekeliling memang kecik sangat airportnya. Immigration pun dalam khemah ala2 khemah kenduri kawin ja. mungkin bangunan sebenar belum siap lagi kot. Keluar dari “Khemah” tu supir kitorang dah siap tunggu. Lama dia tunggu kitorang delay dekat 2 jam kot. Masing2 dah kelaparan sangat dah sebab makan roti je breakfast tadi. Mintak supir ni bawak pegi kedai makan lepastu dia cakap sini tak ada kedai halal kak. Kat lake toba nanti baru ada. Pastu dia cakap lagi 2 jam baru sampai lake toba. Terus biru muka masing2.haha. Since kepala pun dah pening dengan laparnya lagi aku tido jelah sepanjang jalan.



Muka lega flight dah landing 😁



Tulah "khemah" yang aku cakap tu πŸ˜‚


simple sangat airport ni 



view dekat luar airport 



2 jam lepastu baru sampai kedai makan. Masing2 makan macam tak jumpa nasik 3 hari haha. Lauk special pulak lobster masak sweet & sour haa. Dah siap makan kitorang gerak ke Jeti untuk naik ferry ke Pulau Samosir. Sampai kat jeti kena tunggu lagi 1 jam untuk next ferry. So kitorang melangut la dulu kat tepi jeti tu. Sejam kemudian ferry pun sampai. Nampak gaya macam kitorang je orang luar ka atas ferry tu. Yang lain semua orang local. Mungkin sebab dah lewat petang & hari weekdays. So tak banyak tourist datang. Kat atas ferry tu ada peniaga2 kecil jual kacang rebus, kopi, pop mee & macam2 lagi. Since kitorang baru lepas makan kitorang tak beli apa2. Ada jugak anak2 local kat situ nyanyi ramai2 untuk hiburkan orang2 kat atas ferry tu. Lepastu diorang akan datang kat sorang2 mintak upah. Diorang tak paksa pun kalau tak nak sedekah senyum ja seikhlas hati.  














Lebih kurang 30 minit lepastu kitorang sampai kat Pulau Samosir. Supir ni bawak kitorang melawat ke makam diraja orang Batak dengan patung sigale-gale.Actually masa susun itinerary tu aku dah cakap dengan Mai suruh supir tu skip makam dengan patung tu sebab kitorang tak berapa gemar sangat tempat2 bersejarah ni. Tapi since dah petang & takda tempat lain kitorang sempat nak pergi lawat kitorang ikut jelah. Dalam itinerary patutnya nak pergi Bukit Holbung dengan air terjun Efrata. Tapi dah lewat petang supir cakap tak sempat. Aku bising2 jugaklah dekat supir tu sebab tak follow itinerary. Pastu dia terus call bos dia Pak Rizal (orang yang Mai deal). Dia cakap dia hanya ikut itinerary yang Pak Rizal bagi & takde pun tulis nak ke Bukit Holbung. Then dia cakap pulak harini kat Pulau Samosir sesak sebab ada Menteri datang melawat.Pulak dah. Aku rasa dia tak call pun Pak Rizal tu. Actually sebelum kitorang sampai Mai dah confirmkan dengan Pak Rizal tu tanaya dia sendiri ke yang akan bawak kitorang. Dia cakap ye. Tapi bila sampai orang lain pulak yg bawak. Menurut kata supir kitorang ni dia yang mintak ganti sebab nak pakai duit bini dia baru beranak. Siap tunjuk gambar anak dia kat kitorang. Entah la kitorang pun tak tau nak percaya ke tak. Tapi awal2 memang dah dapat rasa supir ni tak berapa best. Kitorang malas nak fikir sangat sebab takut kacau mood nak bercuti.  Supir ni actually memainkan peranan penting tau kalau travel ke Indonesia ni. Sebab dia akan effect mood kita. Masa kat Bali dapat supir best memang asyik gelak je dalam kereta. Masa aku pergi Padang pulak hampeh supir tu hanya bercakap kalau ditanya ja. Tu pun sepatah dua ja. Lepas tu bila kitorang suruh bawak ke tempat yang jauh sikit dia buat muka & mengeluh. Memang effect mood bercuti betul time tu.



















Lepas melawat makam kitorang shopping sikit2 dekat area situ then naik ferry balik semula ke Jeti Tiga Raja. Hari pun dah nak malam so supir bawak terus ke hotel. Lepas makan terus masuk tidor. Hotel nya ok ja sebab memang kitorang yang pilih. Dari luar memang boleh nampak view lake toba. 


view dari luar bilik hotel 







Nanti aku sambung pulak pasal day 2. Aku frust tengok gambar2 yang aku upload ni sebenarnya sebab semua tak cantik haha. Sejak iphone aku rosak aku dah malas dah nak edit2 gambar. so upload jelah mana yang ada dalam folder laptop πŸ˜ͺ

Till then!  Bye2 😁