Sunday, April 12

Trip Budget ke Pulau Kapas 2019

Assalamualaikum & salam PKP. 


Oleh kerana aku ada masa yang baaaanyak sempena tempoh PKP ni maka aku decide untuk habiskan travel stories sebanyak mungkin. Cerita umrah simpan sat sambung cerita #projekpulau pulak. Kerja office pun buat jugak na tapi macam masa study dulu aku prefer settlekan kerja waktu malam. Aku lebih fokus buat kerja malam2. Habis tempoh PKP ni jenoh jugakla nak reschedule balik. Sejak PKP ni kerja office tak la banyak sangat sebab most projects pending. So sambil2 check email hari2 aku menulis la sikit2.


Actually aku agak reluctant nak tulis pasal trip ke Pulau Kapas disebabkan kejadian handphone aku yang tenggelam dalam air laut kat sana tu. Demi memenuhi senarai #projekpulau aku, aku  teruskan jua.Bertapa besarnya impact handphone tenggelam tu untuk aku ok. Sebenarnya impactnya lebih kepada gambar2 yang tersimpan dalam tu. Bila handphone aku tu tenggelam maka gambar2 dalam tu pun dah tenggelam jugalah bersama2... Dan aku pulak hanya sempat upload SATU gambar sahaja kat IG sebelum semuanya tengelam.. Jadi gambar2 yang bakal aku post mostly ihsan travel mates untuk #projekpulau kali ini.


So macam biasa travel mates #projekpulau aku terdiri daripada ahli2 yang sama jugak masa ke Pulau Tioman tahun lepas, Nad, Faz & Attia.  Idea untuk ke Pulau Kapas pun dari aku jugak sebab kosnya yang murah & aku belum pernah sampai lagi. Kitorang pergi 2 hari 1 malam saja.Trip ni berlangsung masa Hari Merdeka 2019 so tak amik cuti extra pun. Malam Jumaat lepas office hour kitorang gerak ke Marang naik bas dari Putrajaya Sentral sebab masing2 nak enjoy the journey. Kalau drive nanti sampai sana penat so tak berapa nak enjoy. Kos tiket bas dalam RM80+ sorang pergi balik. Sepanjang jalan boleh tidoq ja haha. Tiket kitorang patutnya turun kat Kuala Terengganu tapi kalau nak ke Pulau Kapas kena turun kat Marang. Dalam pukul 5 pagi kitorang sampai di Marang. Pakcik bas turunkan kitorang kat depan masjid so lepas siap solat semua kami jalan kaki ja ke Jeti Marang. Kebetulan ada pasar pagi kat area Jeti haritu. Kitorang singgah beli sarapan nak untuk makan kat pulau nanti.





Sampai kat Jeti kitorang beli tiket paling awal pukul 8 seingat aku lah. Pulau Kapas dari jeti Marang dekat sangat2. Perjalanan naik boat dalam 15-20 minit camtu. Kebanyakannya orang pegi balik hari ja. Sebab pulau ni kecik sangat sehari pun dah boleh habis explore. Resort pun ada dalam 4 buah ja kalau tak silap . Kitorang stay dekat Kapas Coral. Sampai kat sana orang boleh tahan ramai sebab cuti Hari Merdeka. Since tak boleh check in lagi, kitorang cari port untuk breakfast food yang beli kat jeti tadi. Dalam pukul 11 macamtu orang resort pangil cakap dah boleh check in. Kitorang lepak dekat bilik rehat2 dulu lepastu turun lunch. Kitorang ambik pakej sekali dengan makan senang. Budget sorang dalam RM200+ termasuk snorkeling & tiket boat pegi balik.


Satu2nya gambaq yg aku sempat upload kat IG 

gambaq  kedua yang terselamat sebab aku hantaq kat group family aku nak bagi depa jealous πŸ˜‚ 

Aim aku datang Pulau Kapas ni sebenarnya sebab nak hiking dekat Bukit Singa yang orang dok amik gambaq cecantik tu. Kitorang decide untuk hiking petang tu jugak sebab esok nak balik dah. Upoh guide yang bawak pegi hiking RM10 sorang. Boleh tahan mencabar jugakla laluan nak ke Bukit Singa tu sebab kena panjat batu yang tajam2. Kitorang memang dah prepare pakai sport shoes siap2. Menangis jugakla bila kena lalu kat kawasan ada lopak ayaq. Guide yang bawak kitorang tu selamba ja berkaki ayam. Mula2 rasa macam nak patah balik pun ada tapi on the way tu terserempak dengan akak ni siap dukung anak kecik lagi selamba ja hiking terus bersemangat balik ahaha.



View dari atas ni super amahzingg





Antara celah2 batu yang kitorang lalu







Ni laluan yang paling mencabar & seram sekali..


Tapi dapat view yang paling cantik! πŸ’™

Nak balik dari Bukit Singa ni kitorang almost kena jalan kaki sampai resort sebab abang boat tak datang2. Aku tak pasti la guide yang bawak kitorang tu nak buat lawak ka apa tapi yang pasti bila dia cakap kena jalan kaki dalam sejam lagi sambil gelak2 aku rasa nak baling selipa jugak la kat muka dia. Masa tu memang tak dak pilihan dah so kitorang pun jalan slow2 termasuk dengan geng akak yang bawak anak kecik tadi. Nak jalan balik pun laluan dia lebih kurang sama macam nak hiking tadi batu tajam2. Dekat 30min jalan baru la nampak boat datang. Ikut hati nak ja maki abang boat ni. Boleh pulak main2 tak datang ambik kitorang 😀


Sampai kat resort kitorang rehat sat kat tepi pantai. Pastu si Faz teringin nak naik kayak pulak sebab tak sempat naik masa kat Tioman haritu. So kitorang sewa la satu kayak ja.Sejam dalam RM15 kalau tak silap. Take turn naik. Aku naik dengan Nad baru 10 minit dah mengah so aku decide nak berenang2 ketepian ja. Masa ni lah kejadian yang paling menyedihkan buat aku untuk tahun 2019 berlaku.. Actually phone aku & semua phone diorang ada dalam waterproof beg si Nad. Masa Nad dok berkayak tu dia pas beg tu kat aku. Memandangkan beg tu nama pun waterproof so aku pun dok berenang2 sambil galas beg tu dengan gembiranya.. Dah puas berenang2 Attia ajak naik bilik so aku pun ikut la. Sampai bilik dah mandi semua baru nak lepak atas katil sambil tengok balik gambaq2 yang aku amik tadi. Masa aku bukak beg Nad aku dah pelik dah awat basah kat bahagian dalam ni. Gagau cari phone aku tengok eh awat gelap sebab tengah charge. Nak dijadikan cerita yang lagi best phone aku tu tengah attached dekat power bank masa tenggelam dalam ayaq tu so memang sodaqallahulazim lahh. Aku cuba untuk bertenang dulu try on jugak. Dah memang sah2 tak boleh lah.  Out teruss. Kelam duniaaa. Apalagi tekup muka dengan bantal & nangis lah πŸ˜‚ Terus hilang mood holiday😭. Dalam kepala aku memang tak nak buat apa dah lepas tu nak duduk bilik mengenang nasib ja. Phone orang lain ada yang kena ayaq jugak tapi masih boleh diselamatkan.  Maybe sebab phone aku attach dengan power bank sebab tu out terus. Aku pun tak sure macammana ayaq boleh masuk dalam beg tu. Malam tu lepas makan aku turun balik kat tempat makan resort tu kononnnya nak mintak diorang letak dalam beras walaupun aku tau tak berkesan pun cara tu. Nak sedapkan hati aku try jugak la.


Esoknya pagi2 kitorang pegi snorkling. Muka aku memang macam coq kodok basi lah sepanjang jalan. Selalunya akulah yang paling excited nak snorkling. Aku terjun jugaklah memikirkan dah sampai. Buat2 enjoy padahal dalam hati tengah menyumpah diri sendiri sebab careless 😭








Dont worry Nad aku tak salahkan beg hang. Memang aku yang careless pi berenang galas beg sapa suruh πŸ˜ͺ


Lepas snorkeling balik bilik siap2 nak check out dah. Boat yang datang sini first come first serve. Kalau penuh memang kena tunggu boat lain. Ketibas jugakla nak menunggu. Bas kitorang balik ke Putrajaya pukul 5 petang so kitorang naik grab dari Jeti Marang ke Pasar Payang beli apa yang patut then jalan kaki ke stesen bas. Dalam bas memang aku tidoq jelah sambil mengenang nasib. Kitorang sampai lewat malam jugak kat Putrajaya Sentral. Esoknya memang cuti so aku ingat bolehla pegi repair phone tu. Malangnya 2 kedai aku pegi dua2 cakap memang tak boleh diselamatkan dah. Orang kedai tu kata motherboard short ka apatah. Aku sampai berenti tepi jalan eh masa tengah drive nak hadam kejap info tu. Terus rasa nak demam & pi klinik mintak MCπŸ˜‚. Hahahah sorry la aku memang over sikit bab2 barang yang ada sentimental value ni..


Thanks for the trip girls. Semoga kita boleh terjah pulau lain pulak lepas ni.


Di sebalik nasib malang aku tu, aku agak bernasib baik jugaklah sebenaqnya sebab few weeks before trip tu aku menang lucky draw annual dinner company& hadiahnya tak lain tak bukan berupa sebuah handphone baru terkini & sensasi yang mulanya aku berniat nak jual & beli smart TV πŸ˜‚ "Blessing in disguise" orang putih kata. Tak kuasa aku nak beli handphone baru so aku guna jelah handphone terkini & sensasi tu sampailah sekarang. Punah harapan nak beli smart TV idaman πŸ˜ͺ


So sampai sini sahaja cerita trip #projekpulau serta kisah tragis aku untuk tahun 2019. Tahun 2020 ni macam tak ada harapan nak terjah pulau seterusnya. Trip ke Japan pun kena postpone ke tahun lain dulu. Tak apalah tak dapat travel pun. Janji semua orang sihat & keadaan kembali pulih seperti sediakala. Semoga virus covid 19 ini akan terhapus & hilang dengan segera..

Till then, bye bye!

No comments:

Post a Comment