Saturday, July 18

Budget Birthday Trip to Hat Yai, Thailand 2019

Assalamualaikum & Salam PKP..


Masa aku tulis post ni aku dah loss count dah harini hari keberapa PKP. Yang pasti dah lebih dari 30 hari dah. Dan yes aku masih setia mengikut arahan untuk duduk di rumah, alone. Ada la jugak yang tanya kau ok ka duk rumah sorang2 tu? Well honestly no. Not eating well, not sleeping well & anxiety attacks almost everyday. Yes aku tau ramai lagi yang tengah susah & lagi teruk. Ada yang hilang kerja, terpisah dengan anak, laki bini etc dan setiap hari aku bersyukur apalah sangat situasi aku ni nak dibanding dengan depa. Tapi mental illness is no joke ok.  Especially when you have no one to talk too. Hari2 aku cuba distract feeling tu dengan sibukkan diri buat kerja & beli apa saja food yang aku teringin nak makan. Well food does helps. A lot πŸ™†    


Ok enough with the random rant, aku nak tulis pasal benda happy sebenaqnya haha. Nak distract feeling lonely tu. Tengok gambar family dalam fon baru teringat aku ada pergi short trip dengan mama & Dian ke Hat Yai September haritu. Konon2 Bithday trip sempena birthday aku la.Ni first trip yang aku handle sorang2 so aku rasa aku patut tulis sebagai kenangan πŸ˜€


Aku memang dah lama plan nak "girls trip" dengan mama. Kebetulan cousin aku kahwin 2 hari before birthday aku so alang2 dah balik Kedah aku ambik la cuti extra & plan nak bawak mama jalan pi Hat Yai sebab tu yang tu ja yang paling dekat. Nasib baiklah Abah bagi bawak mama & tak mau ikut sebab last year punya family trip kat Hat Yai jugak. Kali ni nak jalan santai2 ja & nak makan nasi ayam kuning yang aku kempunan last year. Mula2 memang nak bawak mama saja tapi kesian pulak Dian kat rumah so aku bawak la dia sekali. Buleh la dia jadi tukang amik gmabaq😌


Short trip santai2 ja 2 hari 1 malam. Tujuan utama nak makan ja & tak melawat banyak tempat pun sebab mostly dah pegi last year. Mulanya nak pegi hari ahad balik Isnin sebab Floating Market dengan Asean Bazaar tutup hari Isnin. Tapi mama kata tak best pulak lepas kenduri cousin aku tu nak pegi terus sebab family lain ada yang stay lagi. So last2 pegi hari Isnin balik Selasa. Maka tak banyak la tempat boleh pegi. So budget untuk trip kali ni hanya RM350 all in untuk 3 orang πŸ˜‡


Hari Isnin pagi2 buta kami gerak dari KTM Sungai Petani naik train plain awal pukul 7 pagi menuju ke Padang Besar. Sampai stesen Padang Besar pukul 8, terus pergi beratur kat kaunter tiket train ke Hat Yai yang pukul 9 baru bukak. Train ke Hat Yai ada 2 waktu ja sehari. Pukul 9 pagi & 3 petang. Harga tiket untuk classic train lebih kurang RM7. Masa kami pegi last year memang penuh dah orang beratur kat depan kaunter tu. Kalini memang sendu lah sebab hari Isnin kot. Kalau nak naik van pun boleh. Sorang RM10. Tapi aku lebih prefer naik train sebab lagi senang. Lepas beli tiket isi form & kena lalu kaunter immigration Malaysia & Thailand dulu. Last year dekat 2 jam kena beratur. Kali ni 30 minit dah settle. Kalau nak tukar duit pun ada jugak dekat area kaunter immigration Thailand. Aku dah tukar RM200 ja kat shah alam sebab rate tinggi sangat haritu. Dapat lebih kurang 1200+ bath ja. Aku tukar lagi RM150 ja kat kat kaunter immi tu. Agak tinggi la rate dia.






Pukul 9 lebih train dah jalan & lebih kurang sejam kemudian sampai la kat stesen Hat Yai. Sampai2 terus amik grab untuk brunch kat restaurant Kai Tod Decha nama dia. Kedai ni memang sangat famous di kalangan rakyat Malaysia & dijamin halal. Masa datang last year nasi kuning habis so kami dapat nasi putih instead. Ayaq teh pun x dapat yang buih2 tu. So kalini aku akan make sure dapat makan nasi kuning & ayaq teh buih! 😁


                           


Lepas dah kempunan nasi kuning & ayaq teh buih2. Tomyam dia pun marvelous πŸ™†

Mem pun puas hati la dapat rasa jugak nasi kuning ni akhirnya 😁


Total makan untuk 3 orang kat situ lebih kurang RM50+. Reasonable la jugak bagi aku sebab portion dia banyak . Lepas makan terus amik tuk-tuk dekat depan kedai menuju ke hotel.Hotel ni aku dah booked siap2 dekat Booking.com. V-Ocean Palace nama hotel tu. Hotel budget ja RM80 semalam. Aku pilih hotel ni sebab ada 7E dekat area situ. Senang aku nak memborong nanti.  Pastu ada mall within walking distance. Nak ke night market pun dekat ja. Bilik dia tak besar sangat tapi siap ada balkoni. Agak selesa la untuk kami 3 orang.



Lepas check in kitorang rehat2 kat bilik ja sebab memang tujuan datang nak berehat pun πŸ˜† Dah petang sikit tu baru kami keluar jalan ke shopping mall dekat area hotel tu.  Diana Mall nama mall tu. Tak ada apa yang best pun kat situ. Saja jalan2 cuci mata ja. Kedai2 dalam ni pun lebih kurang macam kat Malaysia tapi tulisan Thai la. Aku terlupa nak bawak shades so aku beli kat DIY harga dalam RM5 camtu πŸ˜‚ Lepas tu masuk watson beli facial mask sebab konon2 nak pakai dengan mama kat hotel malam nanti.



Tade mark Hat Yai, cable berserabut πŸ˜„





 
Anak sapa pulak la tetiba mai photo boom

Dari Diana mall kami amik grab ke Lee Garden night market untuk makan malam & jalan2 amik angin malam sambil cuci mata πŸ™†


Semua topping aku bubuh sampai mielimpah2. Harga dalam RM7.




Kami dinner dekat warung2 tepi jalan kat situ ja. Aku order pad thai harga dalam RM6 camtu. total 3 orang makan dalam RM30. Lepas makan jalan2 kat area situ ja sebab Asean Bazaar tak bukak hari isnin. Sebab tu la RM350 pun dah cukup 😹 Kat Lee Garden tu pun actually banyak ja kedai2. Aku tak beli apa pun. Beli kat mama blouse sehelai sebagai hadiah sebab dah lahirkan aku. Gitu. Lepastu Dian pau aku seluar sepasang. Aku plan nak pergi Thai massage tapi mama tak mau pulak. Mula2 aku risau jugak kalau2 duit baht tak cukup. Sini tak macam Indonesia diorang tak terima duit Malaysia. Aku nak tukar duit lagi mama cakap tak payah sebab esok nak balik dah. Dia tak tau aku dah aim nak habiskan duit baht ni dekat 7E πŸ˜‚ 


Masa nak balik tu aku bukak google map macam dekat ja nak balik jalan kaki dalam 15min. So aku ajak mama jalan ja balik. Bagi aku dekat la sebab kalau travel aku memang suka jalan kalau setakat 15-30min walking distance. Dekat bagi aku tapi jauh bagi mama rupanya. Aku telupa aku bukan travel dengan rakan sebaya kali ni 😢 


Esoknya bangun pagi eh dah duapuluh X tahun! 😱So sempena birthday aku harini aku nak makan dim sum. Cheh padahal memang dah ada dalam plan pun. Pagi tu kami keluar naik grab pergi breakfast dekat Zaina Dim Sum. Haritu dah pernah try Chabura Dim sum so kali ni nak try yang Zaina ni pulak sebab aku baca review cakap lagi banyak pilihan. Zaina Dim sum ni jauh sikit dari Hotel so grab mahai la sikit dekat RM15 jugak. Total makan untuk 3 orang pagi tu dalam RM40. Actually mahal sikit dari Chabura tapi lebih banyak pilihan la.





Mama tak berapa makan Dim sum so dia order bubur ayam. Sedap!







Wajib order Banana Pan Cake. Sedaps 

Kek tadak pan cake pun ok lah

Happy twenty X  birthday to me!😁

Depan restaurant ni ada props sikit2 untuk bergambar

Balik dari breakfast singah market dekat area hotel tu beli bijik janggus abah kirim. Aku lupa dah nama market tu tapi kat situ banyak jual buah2 & makanan ringan. Dari market tu jalan kaki ja balik hotel. Kemas2 lepastu check out. Aku sempat la habiskan sisa2 bath dekat 7E kejap . Macam biasa la borong Arabus coffee dengan Lays sebanyak mungkin sampai tinggal balance cukup2 untuk naik tuk-tuk ke tr ke Had Yai Junction πŸ˜‚. Sebenarnya tuk-tuk dengan grab harga lebih kurang ja. Tuk-tuk dia kira RM3 per head. Kalau grab lebih kurang RM10 per car. Kalau tong2 naik grab 4 orang memang lagi untung la. Tapi sebab trip ni ditaja oleh aku sorang sepenuhnya so sama jelah kalau naik grab ka Tuk-Tuk 😌

Nampak tarikh ni kat meja receptionist snap la buat kenangan tarikh birthday aku :)

Sementara tunggu tuk-tuk posing depan hotel sat. Mama pakai blouse yang baru beli semalam 😁

 I love you more than 3000 πŸ’“


Kitorang naik train pukul 1 waktu Thailand. So sampai Padang Besar dalam pukul 3. Sampai2 tu terus beli tiket KTM menuju balik ke Sungai Petani. Sampai Sungai Petani dah dekat pukul 6 & malam tu aku terus gerak balik ke Shah Alam. Fuh memang penat ya amat tapi aku puas hati la finally dapat jugak bawak mama jalan walaupun dekat ja 😊


Tunggu train tak jalan2 photo shoot la sat 

Your smile means the world to me πŸ’–πŸ’”

Thank you for everything that you have sacrificed for me😘


K dah jom balik 


Ok dah tamat pun. Post ni aku duk peram dekat draft dari PKP haritu sampai la tarikh harini sebab malas nak upload gambaq. Gambaq yang aku upload pun semua tak edit langsung. Biasa aku ada la edit bagi bagi cerah sikit ka boh filter ka. Dah tua2 ni malas dah πŸ˜‚ Post pasal umrah pun masih di dalam draft. Tahun ni tak boleh travel so dok mengenang travel yang lepas2 je lah mampu. 

Till then, Bye2!



No comments:

Post a Comment