Friday, November 20

SHORT TRIP TO KUALA TERENGGANU & PULAU PERHENTIAN BESAR 2020

 

Assalamualaikum!

Terlebih rajin harini nak tulis pasal trip #projekpulau  sempena cuti Hari Merdeka yg lepas. Satu tepukan gemuruh untuk diri sendiri sebab rajin nak tulis walaupun trip tak sampai sebulan yang lepas (as at the date aku draft post ni). Selalunya dekat setahun baru aku rajin๐Ÿ˜. Since dah masuk new series ni satgi lupa pulak nanti so tulis la sikit2. Post untuk umrah journey aku masih tertangguh sebabnya aku rasa aku nak tulis in detail sikit supaya dapat bagi manfaat kat orang lain. Insyallah๐Ÿ’–

Alhamdulilah kemaqin secara officialnya aku dah melangkah ke new series. Sebelum ni masih in denial. Sekarang pun masih in denial sikit2 lagi. Tapi dah boleh terima hakikat kehidupan Banyak lagi yg aku belum achived. But mehh age is just a number kannn๐Ÿ‘ป


So berbalik pada tajuk asal, since trip angan2 ke Jepun terpaksa dipostponed disebabkan virus covid yang durjana itu, aku dan ahli pulau sepakat untuk memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi #projekpulau untuk tahun ini.  Disebabkan aku dah pernah ke Pulau Perhentian Kecil 4 tahun lepas, so aku secara paksa rela ajak ahli pulau ni ke Pulau Perhentian Besar. Sebagai pengetahuan am, Pulau Perhentian ni terbahagi kepada dua, Kecil & Besar. Apa beza dia? teruskan membaca.

Trip kalini klangkabut sikit sebab impromptu trip. Plan dah lama tapi tindakan oleh ahli2 pulau agak lambat sikit. Masing2 busy dengan kerja hakiki. Tarikh pun asyik bertukar2 sebab tetiba kakak aku last minute decide nak bertunang pulak. Alhamdulilah kakak aku dah selamat bertunang & insyaallah bulan December ni aku dapat la abang ipaq. So sebab tarikh asyik bertukar ,masa kami dah confirm tarikh tu mostly bilik semua dah full. Maklumlah rakyat Malaysia tengah rancak travel time ni lepas berbulan terkurung masa  PKP haritu. Tarikh yg kami pilih pulak public holiday sempena Hari Merdeka so sudah terang lagi bersuluh semestinyalah full. Plan asal nak stay kat pulau 2 malam tapi 1 malam ja yg kosong so redah sajalah. Hari yg kosong tu pulak hari ahad so kami decide nak jalan kat Kuala Terengganu dulu lah hari sabtu tu.

Actually Pulau Perhentian ni lagi dekat dengat Kota Bharu sebab jetinya terletak di Besut. Dari Kuala Terengganu sebenarnya agak jauh nak ke Besut dalam 2 jam lebih. Dari Kota Bharu 1 jam ja. Sepatutnya kalau nak jalan2 di Kuala Terengganu dulu lebih baik ke Pulau Redang atau Pulau Kapas sebab jetinya lagi dekat. Tapi masatu sebab kami dah decide nak ke Pulau Perhentian so memang Pulau Redang was out from the list. Pulau Kapas pulak kami dah terjah last year. Lagi satu kos untuk ket Pulau Redang tinggi sikit compared to Pulau Perhentian. In terms of boat transfer & accommodations, Pulau Perhentian lebih murah. Beza dlm +-200 jugak. So sebab tu la kami pilih Perhentian ja. Dasar cheapskates masing2 ๐Ÿ’

Trip ni nak rilek2 & unwind sat dari hal2 kerja so memang kami plan nak naik bas sebab masing2 tak biasa drive ke Pantai Timur. Lagi satu boleh tidoq dalam bas so tak la penat sangat nak bejalan. Plan asalnya naik bas turun di Kuala Terengganu & spend 1 hari di Kuala Terengganu, hari kedua di Pulau & hari ketiga ke Kota Bharu dan balik naik bas dari Kota Bharu. Kira kami akan fully utilized lah masa 3 hari tu sebab naik bas malam. Tapi disebabkan cuti hari Isnin sempena Hari Merdeka & risau jem teruk pulak nanti, kami decide untuk balik dari Kuala Terengganu jugak sebab kalau balik dari Kota Bharu ambik masa 10jam lebih untuk sampai ke Shah Alam. Ahli2 pulau ni semua kerja pagi Selasa so balik dari Kuala Terengganu jorneynya lebih singkat, lebih kurang 7 jam. Nak tukar plan day 1 ke KB x boleh sebab tiket ke KT dah beli. So teruskan sajaa.


Terminal KT. Tunggu grab nak pi breakfast



Hari jumaat malam Sabtu, 28 August 2020 bermulalah trip terjah pulau ke-3 bersama ahli2 pulau sekalian. Kalini aku suruh diorang datang naik bas kat Shah Alam sebab terminal bas tu walking distance je dari rumah aku. So dah boleh jimat duit parking #travelsmart. Alhamdulilah kami sampai terminal bas Kuala Terenggau pagi tu dalam pukul 5.30pagi. Kami dah booked kereta sewa tapi pukul 8 baru boleh pick up. So booked grab untuk pergi breakfast. Macam biasa la since aku yang buat itinerary,  aku memang dah susun siap2 tempat makan yang akan kami terjah harini. Breakfast, lunch, tea time & dinner semua dah cover siap. Ahli2 pulau yang lain follow saja tanpa sebarang bantahan. Thanks korang!๐Ÿ˜

Tempat breakfast yang menjadi pilihan adalah Nasi Dagang atas Tol sebab last trip aku ke ganu tak sempat nak singgah sebab tutup. Malangnyaa pagi tu pun tutup jugakk. Tutup untuk renovation pulak tuh. Walaupun ada 3 cawangan tiga2 pun tutup. Blank sekejap sebab aku memang tak cari kedai back up untuk breakfast. Nasib baiklah brother grab tu suggestkan tempat lain & bawak kami ke Nasi Dagang Kak Pah. dia cakap sama ja rasa Nasi Dagang kat situ. Kami pun follow je lah. Sampai situ tengok2 orang dah beratur walaupun masa tu baru pukul 7.15am. Pukul 8 baru bukak. So melepet la kejap kat situ beratur. Dekat sejam jugak baru dapat makan & alhamdulilah sedap pekat kuah dia. Lepas makan kami pick-up kereta sewa kat situ jugak. Mintak owner hantarkan kat situ. Rate kereta sewa RM120 untuk 1 hari. Kereta Axia ja pun. Boleh tahan mahal jugak la rate tu aku rasa sebab kalau kat Langkawi or Sabah, harga tu boleh dapat honda city or vios ๐Ÿ˜Œ

 

Nasi Dagang Kak Pah 

Since tak boleh nak check in hotel awal, kami decide untuk proceed je dengan itinerary seterusnya. So tempat pertama dalam list adalah Taman Tamadun Islam (TTI). Aku memang saja masukkan TTI ni dalam itinerary sebagai option in case kalau tak boleh nak check in awal. So dengan perut yang kenyang serta tak mandi kami gerak  ke TTI. Masa kami sampai still awal lagi so cari toilet dulu la settle apa yang patut bagi muka semenggah sikit walaupun tak mandi๐Ÿ˜‚ Bukan sengaja tak nak mandi eh memang tadak tempat nak mandi. Eleh kalau travel oversea boleh je kan tak mandi so tadak hal sangat lah kan. Lagipun semalaman duduk dalam bas beraircond. tadak la busuk mana ๐Ÿ˜†

Dekat TTI ni ada Taman Monumen dengan river cruise. Memula kami ingat nak masuk Taman Monument tu ja tapi ada promosi pulak kalau combine tiket dedua tu dapat harga RM29. Kalau satu ja RM18. So beli jalah combine tiket tu since we have so much time to kill sementara nak tunggu check in hotel walaupun memula aku agak skeptical sikit nak naik river cruise tu sebenaqnya. Tapi demi menyokong kempen #travellokal yang baru nak up balik lepas PKP ni aku naik la jugak sebagai tanda sokongan ๐Ÿ’

Timing river cruise pukul 11 masatu baru pukul 10 so  masuk Taman Monumen la dulu. Dalam Taman Monumen ni ada miniature replica masjid2 yang famous & menjadi landmark negara2 seantero dunia.. Ada 25 buah masjid kalau tak silap. Bagi aku taman ni agak menarik sebab hasil binaan tu memang ada yang almost the same & very detail tapi sayangnya kurang dari segi maintenance. Most of the replicas tak well maintained so a bit disappointed di situ. Kawasan dalam taman ni agak luas so kalau tak larat nak jalan ada train & basikal disediakan tapi ada bayaran dikenakan. Kami jalan ja. Ada beberapa buah replica masjid disediakan kaunter infomasi & mini muzium. Boleh tengok video tanyangan tentang sejarah masjid kat dalam tu. Kalau rasa tak tahan panas pun boleh la masuk rasa aircond hilangkan ketibas sat dalam tu ๐Ÿ’ฆ

 

Marilah meneroka TTI ni



Dekat nak pukul 11 kami jalan ke tempat river cruise . Nanti lepas dah habis naik river cruise baru kami nak masuk balik sambung tengok replica2 masjid yang lain. Dalam Taman Monumen ni bebas nak keluar masuk berapa kali pun asalkan tunjuk “passport” yang dia bagi masa beli tiket. Tengok passport ni teringat pulak visa nak masuk Nami Island dulu. Rindu pulak nak jalan kat Seoul. Aku rasa kena repeat la trip Seoul lepas covid dah hilang dari muka bumi ni kan Ms. Syazni? ๐Ÿ˜‰

 

Satu2nya passport yang boleh guna di tahun 2020 ini ๐Ÿ˜Œ



Kat bawah ni among replica masjid yang aku rasa cantiks.












Paling unik among all 





Atas tu replica Taj Mahal. Bawah tu ada info kaunter & mini muzium.








Paling rindu. Masjidil Haram๐Ÿ’™







Bayangkan jelah ada kat Turkey ๐Ÿ˜Œ


Sampai kat tempat river cruise tu tengok orang dah ramai beratur. Masa perjalanan lebih kurang 45min ja. Dia bawak lalu bawah Jambatan Angkat tu & pusing2 area Masjid Kristal. So boleh la amik gambar kat situ dari dalam boat.












Habis naik river cruise tu kami masuk balik dalam Taman Monumen sambung sebab tadi tak habis melawat lagi. Dah puas jalan dalam tu kami ke Masjid Kristal pulak dekat sebelah TTI tu ja. Masa tu Masjid Kristal dalam renovation process so tak boleh masuk. Boleh ambil gambar dari luar ja. Tapi orang punya la ramai. Kami singgah tak sampai 15minit sebab cuaca panas dah start panas.







Dari TTI tu since masih tak boleh check in hotel kami pergi lunch la dulu. Tempat lunch pilihan adalah Nasi Kerabu Fauzi. Nasi Kerabu ni memang famous dekat KT ni. Masa kami sampai agak lenggang. Elok kami duduk ja panjang dah orang beratur. Fuh rezeki. Nasi kerabu dia memang marvelous la ada ayam bakar, daging bakar, ikan etc. Harga murah pulak tu sepinggan nasi kerabu ayam baru rm5. Kalau campur dua lauk rm7! Aku almost nak amik 2 lauk eh. Tetapi memikirkan yang ada 2 hari lagi nak melantak macam2 aku batalkan lah niat tu๐Ÿ˜Œ. Rasa & presentation nasi kerabu ni actually sama sebijik macam nasi kerabu berasap yang famous kat Seksyen 7, Shah Alam dulu. Nad pun cakap benda yang sama. Sayangnya kedai tu dah pindah & tak tau location dia kat mana. Aku assume Fauzi ni kaum kerabat berasap tu la kot ๐Ÿ˜‚




Sedap yaamatt


Teh ais potong kakiii

Dah kenyang makan baru boleh check in. kami booked hotel bajet ja Motel Desa nama dia. Location dia dekat dengan stesen bas KT. Motel Desa ni agak old school design dia tapi ada bangunan sendiri. Nak masuk ke entrance dia kena lalu bukit yang boleh tahan curam. Tapi overall ok ja. Berpatutan la dengan harga dia RM100+ per night. Dapat check in baru rasa lega sikit boleh mandi & rehat kejap. 

Petang tu kami ke Warung Pok Nong, warung ikan celup tepung (ICT) paling famous kat KT ni. Warung ni pukul 3 baru bukak. Since aku dah pernah singgah last year, dah boleh expect la crowd kat situ macammana. Sampai sana tepat sekali tekaan aku orang punya la ramai beratur dah macam ada pesta. Mula2 hampir give up & nak terjah warung lain tapi memikirkan dah sampai kami beratur la jugak. Almost sejam jugak la beratur baru dapat makan. Tu pun sampai turn kami udang dah habis. So dapat la makan sotong gedabak dengan kepok ja. Pada aku rasa dia biasa2 ja tapi kalau tanya orang ganu Pok Nong ni paling famous sebab seafood dia semua fresh & panas2. Kalau kedai ICT lain, ada yang diorang goreng banyak kali. Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti sebab aku tak pernah try ICT kedai lain.




Demi sesuap sotong 



Lepas dah kenyang lepak sat amik gambar tepi laut area warung Pak Nong ni. Lepas magrib kami ke tempat untuk dinner pulak. Tempat dinner pilihan adalah Dapur Pantai or orang sini panggil Dapo Pata since memang dah dekat dengan area Pok Nong ni dan jalan dia sehala dengan jalan balik nanti. Masa buat itinerary aku memang dah study semua jalan2 tempat yang kami nak singgah. So tempat makan tu semua memang yang berdekatan ja. Dapo Pata ni pernah viral dulu & agak unik sebab kedai2 makan dia konsep dalam kontena. Makanan kat situ mostly western ala2 cafรฉ hipster. Since still kenyang meratah ICT tadi, kami order 2 jenis food ja sekadar nak  rasa. Lepas makan gerak balik motel & rehat sebab esok pagi nak gerak ke Besut.



                                          

 



Manggo bingu tu sedap!



Oo dah tu ja dulu. Tak dak mood pulak nak sambung tulis cerita ke Perhentian. Post ni pun actually dah 2 bulan duk dlm draf ๐Ÿ˜‚. As at the date aku publish ni Malaysia sekali lagi berada dalam tempoh PKPB setelah gelombang ke3 covid mengganas ๐Ÿ˜“ Dah sebulan lebih jugak lah aku WFH balik. Back to old routine balik macam dulu. Anxiety attact still ada sikit2 tapi so far aku boleh control sebab dah ada pengalaman ๐Ÿ˜…. Harap2 dekat nak kenduri kakak aku nanti habis la PKPB ni sedih pulak kalau tak boleh balik tengok dia kawin..

Till then,

Bye2 

 



No comments:

Post a Comment