Assalamualaikum!
Actually masa aku edit post ni dah masuk hari ke-6 PKP 2.0. Yaa Malaysian sekali lagi dilanda gelombang ke-3 Covid 19 ๐ Makanya tiadalah harapan nak travel untuk jangka masa yang berapa lama pun tak tau. Tak apalah janji semua orang sihat dah cukup bersyukur dah.
So sambungan dari post lepas, esoknya
pagi2 kami dah gerak ke terminal bas KT sebab nak naik bas ke Besut. Bas ke
Besut ada 2 jenis, bas express & bas lompat. Bas lompat estimate sampai 3
jam. Bas Express 2 jam lebih. So kami pilih bas express. Actually bas express
tu bas ke KB tapi since dia lalu jeti Besut so boleh mintak driver drop dekat situ.
Cumanya harga tiket kena bayar full harga ke KB la. Dalam RM11 kalau tak
silap. Lepas drop kereta sewa dekat area terminal tu kami pun naik bas menuju jeti Besut. Kami bertiga ja penumpang dalam bas tu haritu.Sampai jeti Besut dalam pukul 10
terus cari office chalet yg si Faz dah booking, Mama Chalet. Orang tak ramai
sangat & ada satu group lain ja sekali dengan kami.Since masih lagi dalam
PKPP jumlah penumpang boat dikurangkan & kebetulan haritu ada polis marine
datang buat spot check. So dekat sejam jugakla menunggu nak naik boat.
Kami bertiga ja dalam bas so apalagi amik seat sorang 2 la๐ |
Long time no seaaa |
Absorbing the vitamin sea |
In my element |
Balik dari snorkling tu Nad & Faz sambung berenang dekat area Coral View Resort. Dekat situ view cantik sikit. Aku duduk kat batu jalah sebab pening tak hilang lagi. Mulanya ingat nak sewa transparent kayak tu sebab tengok kat gambar macam cantik tapi realitinya kelabu asap so tak jadi sewa ๐
Dah puas main air memang kebuluran la sebab perut aku dah dikosongkan tadi so terus ja dinner dekat restaurant mama chalet. Lepas makan & mandi kitorang rehat2 jap sambal baring dengan niat jap lagi nak bangun lepak depan chalet amik angin laut. Sudahnya semua pun kelauttt tidur bagaikan bayi sedar2 dah subuh. Semuapun dasar tuaaa tak larat dah nak stay up ๐
Pagi esoknya kami amik water taxi ke Kampung Nelayan cari breakfast. Rm5 per head. Padahal dekat chet ja pun. Nasibla makanan kat situ murah. Lepas makan jalan2 kat Kampung Nelayan cari port cantik nak photo hunting ๐
Dah puas jalan balik chalet kemas2 & check out. Pukul 12 kami dah naik boat balik ke jeti. Sekejap sungguh rasa projek pulau kalini ๐ฆ
Pekena ayaq nyoq dulu before balik |
Dari jeti kami amik grab ke station bas Besut nak balik ke KT. Since haritu public holiday sempena hari Merdeka bas yg patutnya pukul 3 delay sampai pukul 5. Melangut la kat station bas tu sambal ditemani hujan lebat. Pukul 7 lebih baru sampai stesen bas KT. Nak singgah Pasa Payang beli kepok seameq pun tak sempat dah sebab dah tutup. Last2 kami order kat shopee ja senang tak payah susah2 nak angkut bawak balik ๐Kami dinner ja kat terminal KT tu sementara tunggu bas balik ke Shah Alam. Tepat pukul 10 kami pun naik bas gerak balik & Alhamdulilah sampai Shah Alam pukul 4 lebih. Masing2 kerja pagi tu so sempat la rehat kejap sebelum masuk office.
Maka dengan ini tamatlah sudah projek pulau ke 10 aku. Walaupun macam klangkabut
aku tetap enjoyed the trip sebab dah lama terperap kat rumah masa PKP 1.0 dulu. Semoga di tahun
2021 ni ada masa & kesempatan untuk aku terjah pulau ke 11 pulak walaupun hmm macam tak ada harapan sebab kes hari2 beribu. Tak apalah dapat travel balik kampung jumpa mama pun aku dah cukup happy. Mungkin hikmahnya nak suruh aku saving lebih sikit habuan nak renovate rumah sok kot ๐
Till then, Bye! Semoga aku rajin nak tulis pasal pengalaman umrah since kena WFH balik ni...
No comments:
Post a Comment