Assalamualaikum!
Bismilahirohmanirohim.
Finally harini baru rasa nak tulis pasal pengalaman aku tunaikan ibadah umrah yang pertama pada December 2019 lepas. Setahun lebih dah berlalu tapi perasaan rindu pada Tanah Haram tak pernah padam. Alhamdulilah syukur sangat2 tuhan kurniakan rezeki dan kesempatan buat aku sekeluarga untuk jejakkan kaki kesana betul2 beberapa bulan sebelum gelombang virus Covid 19 melanda dunia secara besar besaran, sampai kerajaan Arab Saudi terpaksa menutup sempadan dan tak lagi menerima jemaah dari luar untuk tunaikan ibadah umrah. Masjidil Haram & Masjid Nabawi pun ditutup buat sementara waktu. Sayu hati aku bila tengok gambar2 Masjidil Haram & Masjid Nabawi yang biasanya sentiasa penuh & sesak, sunyi tanpa para Jemaah..๐
Sehingga ke tarikh aku tulis post ni, kerajaan Arab Saudi masih lagi belum buka sempadan untuk negara luar. Terima kasih ya Allah sebab jadikan aku antara berjuta orang yang terpilih untuk jejakkan kaki kesana sebelum ditutup untuk tempoh yang agak lama ๐ญ
Sebelum aku share pasal pengalaman kat sana, izinkan aku share sikit preparation beberapa hari sebelum kami berangkat. Sehari
sebelum berangkat tu aku masih bekerja. 2 hari sebelum tu Makteh, adik mama
yang dok kat Bangi bermurah hati nak la buat kenduri doa selamat kat kami.
Sempat lah mama jumpa dengan kawan2 dia yang ada dekat Shah Alam ni.
Alhamdulilah semoga Allah s.w.t murahkan rezeki makteh sekeluarga ๐
Since kami akan berangkat ke KLIA dari rumah
Makteh, mama & abah memang dah sampai sana 2 hari sebelum tu. Sehari
sebelum berangkat, habis office hour aku terus gerak ke rumah Makteh. Malam tu
baru aku sempat habiskan packing barang2 keperluan. Kelangkabut jugakla sebab
beg aku tak celuih.. Nasib baiklah makteh ada beg besar masa dia pergi haji dulu so aku guna beg tu.
Maka beg aku lah yg paling besar gabak antara beg semua orang. Aku dah pernah
share barang2 basic & penting yang kena bawak tapi takpalah share lagi
sekali. Nanti aku pun boleh refer balik ๐
Untuk pakaian aku bawak:-
- 3 helai mini telekung (without kain) 2 putih, 1 hitam. 2 helai aku beli kat shopee. Sehelai dalam RM50. Lagi sehelai Makteh bagi hadiah untuk aku, kakak & mama. Alhamdulilah ๐
- 1 helai telekung dengan kain (untuk solat kat bilik). Tak bawak pun tak pa ja.
- 5 helai jubah. Aku beli yang jenis nipis biasa tu ja. Harga dalam RM30-RM50.Tak payah beli mahal2 sebab mostly akan pakai telekung ja nanti. Yang mahal nanti boleh beli kat sana. Lupakan kejap niat nak melawa tu tau (pesanan untuk diri sendiri). Bukan tak boleh melawa tapi utamakan yang bersih & selesa dulu.
- 4 helai seluar panjang untuk pakai dalam jubah. Aku pakai seluar slack ja. Ni sangat penting ya sebab senang nak angkat jubah time kena jalan laju2 ๐
- 2 helai tudung labuh. 1 hitam & 1 khimar (pakai masa solat kalau tak nak pakai mini telekung).Khimar tu saja gatai beli sebab TudungPeople buat warehouse sale. Gigih aku kirim kat personal shopper ๐
- 2 helai ironless shawl (pakai masa ziarah).
- 6 helai anak tudung. 3 helai yang biasa & 3 helai inner neck. Luckily aku ada jumpa anak tudung attached sekali dengan niqab brand BellaAmmara kat shoppe. Aku beli 2 helai colour hitam. Masa ziarah tempat berdebu boleh guna jadi purdah. Kalau nak bukak tarik ke bawah dagu ja selit dalam tudung & jadi inner tutup dagu. Very practical! Boleh cari kat shopee harga masa aku beli RM15 sehelai.
- 10 helai socks & 5 helai handsocks. Socks beli yang tebal sikit. Colour2 pun takpa. Aku bawak socks yang aku beli berlambak-lambak masa pegi Korea dulu. Tak semestinya yang skin colour tu. Yang tu nipis melayang. Kalau boleh masa beli tu niatkan la dalam hati nanti balik Malaysia pun akan guna & pakai. Bukan beli semata2 sebab nak pergi Umrah ja tau (cakap kat diri sendiri). 10 helai tu tak cukup actually sebab sehari kadang2 guna 2 pasang. Aku beli extra dekat kedai 2 riyal kat Madinah. Tebal & selesa!
- 4 set baju untuk tidoq. Aku bawak seluar & baju lengan panjang ja. Tapi biasanya tidoq pakai jubah ja sebab selalu tertidoq tak sempat nak tukaq baju.
- 1 helai trench coat sbb aku pegi time musim sejuk. Aku memang sejenis tak tahan sejuk so aku bawak yg tebal sikit. Trench coat ni aku mmg dah ada.. Aku bawak sebab labuh so senang sikit cover sampai bawah. Sweater tebal biasa tu pun dah ok aku rasa sebab suhu dalam 20c gitu ja paling sejuk pun. Tu pun waktu pagi ja.
- Pakaian dalam secukupnya. Disposable panties pun aku bawak jugak.
- 1 pasang sneakers. Kalau boleh yang tak bertali. Jenis yang slide in tu ja. Kalau ada duit lebih beli la jenama Skechers. Selesaa. Aku beli masa warehouse sale jugak kirim kat personal shopper. Muqah 50 persenn. Jenama apa pun xpa janji selesaa. Sneakers ni pakai masa ziarah. Berguna kalau teringin nak panjat Jabal Uhud dengan Jabal Rahmah.
- 1 kasut crocks bertutup. Ni memang comfort shoes yang aku selalu pakai kat Malaysia. So aku aku bawak jelah buat spare.
- 4 pasang selipar. 2 pasang aku beli kat kedai Eco ja buat spare kalau selipar hilang ka apa & untuk pakai dalam toilet dalam bilik. Lagi 2 pasang jenis tebal untuk pakai ke Masjid. Most of the time pi masjid pakai selipar ja.
- Stokin tawaf. Beli yang tebal sikit. Boleh cari kat shopee. Muqah jaa
- Handbag aku rasa tak perlu bawak sebab nak heret ke mana2 macam susah pulak. Aku guna bag silang yg travel agent bagi tu ja. Senang nak sumbat apapun.
Selain tu antara barang yang aku rasa penting:-
- Ubat-ubatan basic. Yang ni aku memang dah ada 1 beg sebab memang akan bawak kalau travel kemana pun. Cuma top up mana yang dah habis. Make sure ada minyak angin ka or apa2 cream muscle yang berangin. Sangat berguna untuk sapu kat kaki sebab akan jalan banyak nanti.
- Sun block & losyen. Penting jugak ni kalau tak nak kulit merekah. Veseline dengan aloe vera gel pun aku bawak jugak sebab memang dah ada.
- Facial Mist. Nampak macam tak penting. Tapi untuk aku sangat berguna sebab bila rasa mengantuk or penat, spray kat muka boleh buat jadi fresh. Beli brand Avene dekat Guardian or Watson.
- Deodorant aku beli brand Dr. Mist sebab dia odourless.
- Lip balm. Beli yg natural yg tak ada bau & perasa.
- Sabun basuh baju. Kat sana ada jual tapi mahai sikit la.
- Botol spray wudhuk. Berguna sebab toilet agak jauh so memang malas nak jalan. Pakai spray ja jimat masa. Masa sangat berharga ya kat sana.
- Beg kasut untuk isi selipar. Pakai beg plastic pun boleh ja. Aku beli sebab nak cukupkan amount untuk dapat free postage kat shoppee๐
So far itu ja barang2 yang aku ingat & rasa perlu. Kalau ada lagi mungkin aku tulis dalam next post.
Malam sebelum berangkat tu memang tidur tak lena. Semua perasaan ada. Nervous, excited, happy. Tapi lebih kepada
nervous sebenarnya. Rasa tak
yakin ilmu dah cukup & masih rasa tak layak. Layak ke pendosa macam aku ni
nak jejak kaki kat Tanah Suci ni ya Allah. Macam2 scenario lah bergulir dalam
kepala ni. Tapi aku cecepat istifar banyak2 sebab aku percaya Allah s.w.t tak
akan gerakkan hati aku untuk ke sana kalau aku belum bersedia. So kena yakinkan
diri yang Allah s.w.t dah pilih kau untuk jadi tetamu dia. Tak semua orang
dapat peluang ni.
Pagi 3 December tu kami pun berangkat ke KLIA
dihantar oleh Makteh & Pakteh. Lepas solat subuh, kami berkumpul untuk
dengar taklimat dari pihak travel agent. Rombongan kami kali ni lebih kurang 40
org termasuk mutawif. Dah selesai taklimat & check in luggage semua kami
pun masuk ke balai berlepas. Perjalanan dari KL ke Jeddah amik masa lebih
kurang 9 jam. Aku memang sejenis tak berapa boleh tido dalam flight. So
ulangkaji la sikit2 apa2 yang patut. Dalam flight tu ada Jemaah dari pelbagai
travel agents. Yang dari Indonesia pun ada. Aku pernah dengar kat mana tah
cakap Jemaah Indonesia memang lagi prefer naik dari KL sebab kosnya lebih
murah. Sejauh mana kebenarannya aku tak pastilah. Tapi kat KLIA tu kalau
perasan memang selalu akan terserempak dengan Jemaah dari Indonesia.
Mama bekenan kat khimar aku. Dia suruh aku pakai tudung samlekom dia ๐ |
Masa nak amik gamba visa, make sure pakai tudung hitam na. tu syarat dia. |
Kami sampai Jeddah dalam waktu tengahari macamtu. Waktu Malaysia dengan Arab Saudi beza dalam 5 jam. Alhamdulilah process immigration tak lama pun. Masa kami sampai orang pun tak ramai. Mostly Jemaah dari Malayisa & Indonesia ja. Lepas selesai solat jamak Zohor & Asar kat Airport Jeddah kami terus naik bas menuju ke Madinah. Actually kalau ikut itinerary asal kami akan ke Mekah dulu. Tapi last minute pihak travel agent bagitau kami akan ke Madinah dulu. Kalau ikutkan mula2 aku memang rasa macam lebih prefer ke Mekah dulu. Mostly aku tanya pengalaman orang yang dah pernah pergi & baca kat blog2 memang prefer ke Mekah dulu. Sebabnya boleh “all out” dekat Mekah then bila sampai Madinah boleh relax sikit. Tapi setelah melaluinya sendiri, secara peribadinya aku rasa untuk yang pertama kali nak tunaikan ibadah Umrah, lebih elok kalau ke Madinah dulu. Sebabnya dekat Madinah lah kita nak dapatkan “rentak” ibadah tu. Aku tak tau nak explain cemana tapi aku rasa bila pergi Madinah dulu kita tak la terkejut sangat bila sampai Mekah nanti. Kira kat Madinah ni kita boleh biasakan dulu. Maksud biasakan tu is biasakan bangun & mandi sebelum subuh, turun solat Jemaah setiap waktu etc. Since masa beza 5 jam dengan Malaysia, aku take time jugak nak adjust. Bila dah biasa buat semua tu kat Madinah, sampai kat Mekah nanti dah terbiasa dan insyaallah kita tak akan sia siakan walau 1 waktu pun. Tapi ni pendapat peribadi akulah berdasarkan apa yang aku lalui๐
Bandar Jeddah from above |
R&R on the way ke Madinah |
Lepas check in mandi semua kami terus turun nak
solat kat Masjid Nabawi. Terserempak dengan Jemaah lain kami jalan sama2. Mula2
tu mengagau jugak cari pintu mana nak masuk. Tapi alhamdulilah jumpa Jemaah
dari Malaysia tunjukkan mana satu pintu untuk Jemaah Muslimah. Sampai kat pintu
risau jugak sebab ada mak guard check bag sorang2. Tapi jemaah yang tunjukkan
pintu kat kami tu cakap dia tak check sangat pun. Kalau ada ipad & tab ja
tak boleh bawak masuk. Handphone boleh ja bawak masuk. Selipar kalau boleh
masukkan dalam beg kasut & susun dalam rak dekat dalam Masjid. Tapi kena ingat la
rak mana sebab beratus rak kat dalam tu. Since masa tu dah lewat malam, dalam Masjid
agak lengang. Alhamdulilah dapat solat buat pertama kalinya dekat Masjid Nabawi
perasaan tu tak tau nak gambarkan cemana. Tenang sangat2..
Berseri2 happy muka mama dapat solat buat pertama kalinya dalam Masjid Nabawi ๐ |
ุตََูุงุฉٌ ِูู ู
َุณْุฌِุฏِู َูุฐَุง ุฃَْูุถَُู
ู
ِْู ุฃَِْูู ุตََูุงุฉٍ ِููู
َุง ุณَِูุงُู ุฅَِّูุง ุงْูู
َุณْุฌِุฏَ ุงْูุญَุฑَุงู
َ
Maksudnya: “Solat di masjidku
ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain
melainkan masjid al-Haram”. [Riwayat Muslim (1394)]
Selesai solat kami pun jalan balik ke Hotel.
Suasana Masjid Nabawi sangat tenang so tak susah sangat nak cari jalan balik.
Yang penting ingat pintu berapa yang kita masuk tadi untuk balik ke Hotel.
Macam hotel kami dekat dengan pintu 15 so kalau sesat cemana pun carilah pintu
15 tu mesti jumpa jalan ke Hotel.
Ok sampai sini jelah dulu. Nanti aku sambung hari2 seterusnya.
No comments:
Post a Comment