Tuesday, June 15

My First Umrah Journey - Day 2 - Ziarah Sekitar Masjid Nabawi

 Assalamualaikum...


Lama aku ambil masa contemplating nak sambung tulis pasal my umrah journey ni atau tak. Sebenarnya aku dah tulis draft sampai hari ke 5 tapi disebabkan ada unfortunate event happen, semua draft tu dah hilang. So aku tengah kumpul kekuatan balik nak tulis. Hari2 aku scroll gambar dekat Mekah & Madinah & hari2 rindu tu tak pernah padam..So aku decided untuk lupakan unfortunate event tu sekejap & teruskan untuk berkongsi umrah journey aku sebab aku nak sentiasa ingat semua memory aku dekat sana. Setengah tahun jugak la baru ada kekuatan nak mula tulis tu.. 


Sedikit update tentang current situation, sepertimana tahun lepas, as expected, Malaysia kembali melaksanakan "total lockdown" lepas kes covid 19 dah almost cecah 10k pada tahun 2021 ni ๐Ÿ˜ข. Aku dah loss count dah berapa kali PKP dah ni hah. Dan sepertimana macam tahun lepas,  aku kembali WFH macam biasa. Exactly same routine macam tahun lepas. Mental health aku masih ok so far. Anxiety aku masih boleh di control. Ada la sekali dua terbabas sat pastu ok lah balik. Alhamdulilah "experience is the best teacher" orang putih kata. Itu salah satu sebab kenapa aku kembali nak menulis. To keep me sane ๐Ÿ˜Š


Kalau tahun lepas, lepas 3 bulan lockdown rentas negeri dah dibenarkan, tapi tahun ni rentas negeri tak dibenarkan since January. Masa aku draft post ni dah mid June. So dah almost lebih dari setengah tahun..and I don't know what to expect anymore. Alhamdulilah, nasib aku sedikit baik since aku dapat kebenaran balik Kedah betul2 few days before raya in May & direzekikan untuk beraya dengan mama, abah & Dian walaupun dalam suasana yang begitu syahdu dan senduu.....Alhamdulilah 2 kali raya PKP aku ada dengan mama. Antara salah satu dari banyak perkara yang paling buat aku besyukur..


Ok dah boleh sambung cerita pasal Madinah. Esoknya hari ke-2 di Madinah pagi2 lepas breakfast kami berkumpul dekat Masjid Nabawi untuk sesi ziarah. Harini ada ustaz yang akan bawak kami ziarah sekitar Masjid Nabawi. 


Subuh pertama di Masjid Nabawi. Terlewat sikit so tak dapat solat kat dalam Masjid. 

                                               

View Majid Nabawi dari tempat breakfast di Hotel

                                                                       

Breakfast served by the hotel. Siap ada sambal belacan ha.

                                                 

Amik gambaq dulu depan hotel sementara tunggu semua jemaah berkumpul

                                         

Mama happy sungguh :)


Masa ni cuaca agak sejuk so semua pakai jacket kecuali Dian, mentang2 dia beranak dekat UK ๐Ÿ˜”
.


Alhamdulilah dream came true ๐Ÿ’š



Tiga beradik ๐Ÿ’œ



Tiga beranak ๐Ÿ’™





Lepas semua jemaah dah berkumpul, ustaz bawa kami ziarah ke Masjid Abu Bakar Siddiq R.A. Masjid ni merupakan salah satu tempat yang pernah digunakan untuk solat oleh baginda Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar Shiddiq R.A. 

Seterusnya kami ziarah ke Masjid Ghamama yang terletak berdekatan ja dengan Masjid Abu Bakar Siddiq R.A. Masjid ni disebut disebut sebagai masjid Ghamama (Ghamama = awan mendung), dan dikatakan merupakan tempat Rasulullah S.A.W melaksanakan solat untuk meminta hujan. Kedua2 masjid ni tak boleh masuk so kami hanya bergambar dekat kawasan luar masjid saja.



Kat belakang tu Masjid Abu Bakar Siddiq R.A


Masjid Ghamama




Seterusnya ustaz bawak kami ziarah ke Kubah baginda Nabi Muhammmad S.A.W. Dekat sini bolehlah sampaikan kiriman2 salam kepada baginda Nabi S.A.W yang kawan2 kirim.Masa sampai dekat sini hati aku rasa sayu sangat. Macam tak percaya boleh sampai sini..

Antara kisah menarik yang ustaz ni cerita adalah cerita pasal seorang Yahudi yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk menghancurkan kubah tu, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang. 












muka aku camtu sebab tahan panas bukan marah ๐Ÿ˜‚

Lepas tu kami dibawa ziarah ke Perkuburan Baqi' .Perkuburan dimana bersemadinya  ahli keluarga dan 10,000 sahabat baginda Rasulullah SAW. Jemaah wanita tak dibenarkan masuk dalam kawasan perkuburan ni. So kami tengok dari jauh saja. 

Antara kelebihan seseorang yang meninggal dunia di Madinah ialah dia mendapat syafaat Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak. 

Dalam hadis riwayat Ibn ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang berkemampuan meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.” (maksud hadis riwayat al-Tirmidzi: 3917 – Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

Lepas selesai ziarah kami berkumpul semula untuk sesi tazkirah. Lepas tazkirah masing2 bersurai nak siap2 untuk solat zuhur & lunch. 

Mungkin ramai yang dah tahu tapi salah satu benda yang aku nak share adalah setiap kali lepas solat fardu di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram mesti akan ada solat jenazah sebab setiap masa pasti akan ada orang yang meninggal dunia. Kalau boleh jangan la lepaskan peluang untuk solat jenazah ni sebab apa? 

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; 

"Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar" (Sebesar Bukit Uhud)

Masya Allah dah la solat di Masjid Nabawi dapat pahala 1000 atau Masjidil Haram dapat 100,000 kali ganda ditambah pula dengan pahala sebesar Bukit Uhud. Bertapa pemurahnya Allah SWT kat hambanya ni. So tak kan takmau lagi? Aku pun baru belajar cara2 solat jenazah masa sampai dekat sini. Tak susah pun so janganlah lepaskan peluang ni kalau hampa berkesempatan tunaikan umrah nanti. 

Kalau nak tau besaq mana Bukit Uhud tu nanti aku share dalam post seterusnya hari dimana kami dibawa ziarah sekitar Kota Madinah. 

Malam hari ke 2 di Madinah aku, mama & kakak ke Raudhah, salah satu tempat yang aku paling tak sabar nak pergi. Pengalaman ke Raudah ni aku rasa kena tulis dalam post asing sebab banyakk sangat benda aku nak share ๐Ÿ˜Š

So sampai disini saja dulu catatan hari ke 2. Insya Allah ada kekuatan aku sambung lagi.

Till then. 

No comments:

Post a Comment