Monday, June 28

My First Umrah Journey - Day 2 - Pengalaman kali pertama ke Raudhah

 Assalamualaikum..


As mentioned in the previous post, dalam post ni aku nak share pasal pengalaman ke Raudhah, tempat di antara makam dan mimbar Rasulullah SAW yang disebut sebagai taman syurga dan salah satu tempat mustajabnya doa.

" Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga"

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sebelum sampai kesini aku memang banyak baca pengalaman & tips ke Raudhah. Ada tips yang aku baca suruh pakai serba hitam sebab katanya "mak guard" yang jaga pintu tu "bias" sikit dekat mereka yang berbangsa Arab. Tapi aku rasa pengalaman orang mungkin lain2. So here's mine.


Malam hari ke-2 tu lepas solat isyak aku, mama & kakak stayed dekat Masjid sebab dah plan nak ke Raudhah. Nak ke Raudhah ni ada pintu khas dan adakala pintu tu berubah. Waktu ziarah pun ada waktu2 tertentu saja. Kalau tak silap masa aku kat sana tu waktu ziarah untuk jemaah wanita selepas waktu isyak dah subuh saja. Kadang2 waktu ziarah mungkin berubah ikut hari. Boleh refer dekat mutawif masing2. 


Malam tu lepas solat isyak kami nampak dah ramai orang berkumpul depan pintu nombor 25. Kami pun join lah berkumpul & berdiri depan pintu tu. Keadaan masa tu memang sesak sangat. Ada jugak yang tunggu sambil duduk tapi sebab lebih ramai yang berdiri so kami pun ikut berdiri. Masa tengah berdiri tu ada sorang jemaah Malaysia tegur kami & tanya first time nak ke Raudhah ke? Kami jawab lah ya. Lepas tu dia suruh berdiri belakang dia & suruh ikut dia nanti dia guide. Alhamdulilah. 


Dekat atas pintu nak masuk tu ada screen disediakan untuk inform pukul berapa pintu akan dibuka. So kami pun tunggu saja depan tu bersama dengan jemaah lain dari seluruh pelusuk dunia. Lepas dah almost 2 jam berdiri barulah pintu tu dibuka. Masatu terkejut sekejap sebab tengok semua orang lari berpusu2 nak masuk. Kelamkabut sangat suasana. Jemaah yang nak guide kami tadi pun hilang entah kemana dah. Kami pun ikut jelah arah orang yang berpusu2 tadi. Rupanya sampai dekat entrance Raudhah tu petugas masjid kat situ akan asingkan jemaah ikut nationality. Jemaah Arab satu kumpulan dan Jemaah dari Asean satu kumpulan. So kena duduk dalam kumpulan masing2. Kalau berdiri nanti petugas masjid akan jerit "duduk ibu, dudukk!" Mungkin sebab tu kot ada yang bagi tips untuk pakai serba hitam. Tapi pada aku sama saja layanannya. Petugas masjid kat sini ni confirm boleh kenal jemaah tu dari mana based on bentuk physical. Orang Arab ni mostly sizenya besar sikit dari Asians yg comel2 😂 


Dekat tempat duduk menunggu tu mak guard akan panggil untuk masuk sikit2. So memang kena banyakkk bersabar. Dari tempat menunggu tu aku nampak samar2 kawasan Raudhah. Memang kecil saja kawasannya. Kalau nak tau kita dah ada dalam kawasan Raudhah atau tak tengok pada warna carpet. Kalau carpet hijau maknanya kita dah ada dalam kawasan Raudhah 💚



Screen LCD untuk tunjukkan waktu pintu akan dibuka 



Entrance untuk ke Raudhah tempat jemaah diasingkan ikut nationality. Dekat banner tu ada notis reminder supaya jangan tolak2 kat dalam Raudhah. 



Lepas almost 1 jam menunggu akhirnya tiba jugak giliran kami. Masa ni aku rasa semua jemaah dah jadi lebih agresif. Ada yang dah tak ikut kumpulan dah. Main redah saja. Aku rasa relevantnya diasingkan ikut nationality sebab ni la kot. The Arabs are more aggressive 😅 petugas masjid kat situ pun dah tak boleh nak control. Walaupun dah ada reminder kat depan tu jangan tolak2 nampak macam tak berhasil. Dah tak terkira berapa kali dah aku kena tolak. Aku tak pa lagi aku kesian kat mama dah lah kena berdiri lebih 2 jam tadi. Aku pegang tangan mama tak lepas. Kakak dah hilang kemana dah. Aku dah pesan siap2 kat mama kalau terlepas tunggu ja depat tempat keluar tu nanti jumpa kat situ. As expected, memang kena tolak sampai terlepas tangan mama. Setiap orang diberi masa less than 5 minutes ja kat dalam Raudhah tu. So memang tak boleh lama2 nanti akan ada petugas masjid cuit2 suruh keluar..


As soon as kaki aku jejak ja kat carpet hijau tu aku terus jadi blank sekejap. Dalam hati aku macam "betul ke aku dah masuk Raudhah ni" Aku toleh kiri kanan banyak kali to be sure. Dengan suara petugas masjid jerit2 & jemaah berasak2 tolak2 terus hilang ingatan semua doa yang aku dah susun masa beratur tadi...Nak solat memang tak ada ruang langsung. Aku menggigil sekejap berdiri ja tak bergerak walaupun orang belakang dok tolak2. Nak menagis sangat rasa masatu sebab aku jadi numb tak tau nak buat apa. After few minutes  berdiri baru aku cuba cari ruang untuk solat tapi masa sujud tu memang dapat rasa ada orang langkah atas aku. Petugas massjid pun dah cuit2 suruh keluar. "keluar ibu, sudah ibu". Gitulah dia tu jerit. Memang tak boleh kusyuk langsung. Aku tadah ja tangan baca apa saja doa yang terlintas & terus nak keluar ja cari mama sebab aku dah tak nampak mama kat dalam tu. Alhamdulilah jumpa mama dengan kakak dekat pintu keluar. Dalam hati aku dah tekad nak datang balik esok. Sedih sangat tak dapat nak doa & solat betul2 tadi. 


Dari pintu keluar tu kami pun jalan balik ke hotel sebab dah penat sangat. Kesian mama, kaki dia makin bengkak sebab berdiri lama 😢


Alhamdulilah selesai ziarah Raudhah untuk kali pertama 



So itulah cerita pengalaman pertama aku ziarah ke Raudhah. Esoknya aku dengan kakak ja pergi ziarah sebab kaki mama dah bengkak so kami suruh dia rehat ja kat hotel. Alhamdulilah  aku sempat ke raudhah 4 kali sepanjang ada dekat Madinah. Dan setiap kali ziarah tu lain2 pengalamannya. Tipsnya memang kena banyakkan sabar & doa saja..Nanti aku sambung balik dalam hari seterusnya. 




Till then 💚



No comments:

Post a Comment