Monday, August 9

My First Umrah Journey - Day 3 - Ziarah Di Sekitar Kota Madinah

 Assalamualaikum..


Hari aku draft post ni dah masuk hari ke -3 PKPD di Selangor. Setelah setengah tahun PKP ni mai PKPD pulakk. Boleh wish happy new year 2022 siap2 dah kot 😂 Sesungguhnya aku dah tak tahu nak expect apa2.. Nak marah pun xtau nak marah kat sapa. Dengan kemelut politik Malaysia ni lagi, memang boleh buat sakit jiwa ja. I've done my part, duduk rumah jaga SOP & get vaccinated. Selebihnya hanya mampu tawakkal & berdoa supaya  Allah swt angkat wabak ni dari muka bumi dan kembalikan semula kehidupan normal kita. Aku takut sangat nak fikir lebih2. Satgi mai balik anxiety satu apa pun tak buleh buat..


Oleh itu marilah sambung cerita di Madinah sebelum aku lupa. Hari ke -3 kalau ikut itenerari pihak travel agent, sepatutnya ada program ziarah sekitar Kota Madinah. So pagi tu lepas breakfast semua jemaah dah siap2 kumpul kat lobi hotel. After almost satu jam lebih tunggu baru mutawif inform program ziarah harini cancel sebab ada masalah transportation. So aku, mama & kakak decide untuk nak jalan2 ja sekitar hotel sajalah. Dekat area hotel ni memang banyak kedai2 jual segala benda keperluan. Almost semua hotel kat bawahnya mesti ada kedai. Mostly jual souvenir lah. Dah alang2 ada masa haritu kami pun beli siap2 souvenir untuk bawak balik nanti. Antara barang yang aku rasa paling worth it nak buat souvenir adalah sejadah yg dalam beg tu. Kecik, ringan, murah & Insya Allah bermanafaat. Kami beli 10 helai sorang so dapat la harga murah sikit. Selain tu boleh jugak beli tasbih or minyak ataq. Tasbih boleh beli dekat kedai 2 riyal. Kedai 2 riyal ni macam kedai RM2 la dekat Malaysia. Macam2 barang ada. Jauh jugak kami jalan haritu, sampai tersesat masuk bangunan pelik2. Kami ingatkan ada kedai2 dalam tu tapi bila masuk sunyi sepi. Siap lintas jalan besar nak ke bangunan tu. Nasib baiklah jumpa jalan balik ke hotel. Dah penat berjalan kami rehat di hotel ja sementara tunggu waktu zohor. 


                                        







Lepas waktu zohor aku dengan mama ziarah ke kawasan kubah Rasulullah s.a.w sekali lagi sebab tak puas jalan dekat situ haritu. Masa tengah jalan2 sekitar masjid tu aku tercium bau wangi. Memang sekitar kawasan masjid tu ada satu bau wangi yang menenangkan tapi kalini bau tu rasa lain. Wangi dan sepintas lalu saja.Aku tanya mama ada bau wangi tak. Mama kata ada. Masa kami berjalan balik dari kawasan kubah Nabi tu aku ternampak ada ambulance lebih kurang macam van jenazah lalu dan beberapa petugas masjid berkumpul. Rupanya ada jenazah baru sampai. Mungkin bau wangi tadi tu datangnya dari situ. Allahuakbar bertapa beruntungnya simati jenazahnya dapat disembahyangkan di Masjid Nabawi..








Lepas ziarah tu kami balik ke hotel untuk lunch. Kami ke masjid semula untuk solat asar dan stay di masjid sampailah waktu magrib.Sementara menunggu waktu magrib tu kami jalan2 sekitar masjid sekejap. Ya Allah sambil taip ni rindu sangat2 suasana tu..tenang setenang tenangnya..








Malam tu lepas isyak aku dengan kakak ke Raudhah sekali lagi. Kali ni kami tunggu sambil duduk & mengaji saja dekat depan pintu. Tak berdiri dah macam semalam. Kebetulan ada ruang kosong dekat situ. Tak sampai 30min lepastu tiba2 pintu yang betul2 mengadap depan kami dibuka untuk ke Raudhah. Aku dengan kakak tercengang sat macam tak percaya sebab sekejap sangat tunggu Alhamdulilah! rezeki kami malam tu dapat masuk awal. Kalini aku cuba untuk fokus sebaik mungkin. Risau jugak kalau2 rasa terganggu macam semalam. Alhamdulilah Allah permudahkan. Aku lebih tenang dari semalam & dapat ruang untuk solat & berdoa di dalam Raudhah dengan lebih kusyuk.. 

Baru2 ni aku ada terbaca update dari Arab Saudi berkenaan SOP baru untuk Umrah. Setiap jemaah hanya dibenarkan untuk ziarah Raudhah sekali sahaja dah perlu daftar & dapat kelulusan terlebih dahulu. Ya Allah aku bersyukur sangat2 diberi peluang dan rezeki untuk tunaikan umrah betul2 beberapa bulan sebelum merebaknya virus durjana covid 19 ni. Bersyukur sangat2 Allah gerakkan hati kami sekeluarga. Kalau tak tak tahu lah berapa tahun lagi kena tunggu. Masa di Mekah, aku banyak kali doa supaya dapat jejakkan kaki sekali lagi. Moga2 Allah perkenankan..







Ok itu saja dulu untuk hari ke-3. Dah 2 jam lebih rupanya aku menaip padahal pendak saja pun. Next post insya Allah aku nak share pasal pengalaman ziarah masjid2 di sekitar Kota Madinah. 


Till then 💚

No comments:

Post a Comment