Sunday, May 14

Update Kehidupan 2023

Assalamualaikum!

 

Dah hampir 2 tahun lebih aku tak post apa2 lamanyaa rasa. Blog ni kan actually untuk aku share travel stories ja so bila tak pergi travel masa PKP maka tak adalah postπŸ˜‚Post pasal umrah stories pun tergantung sepi begitu saja sebab tak ada masa nak update.  Macam2 benda jadi dalam 2 tahun ni Tak tahu mana satu nak update. Alhamdulilah lepas 2 tahun tak dapat travel finally aku direzekikan to visit one of my dream country, Turkiye November tahun lepas. Nanti rajin aku post pasal trip 10 hari aku kat sana. Bila nak datang mood rajin nak tulis tu taktaulah lagi πŸ˜†


Tapi benda paling besar setakat ni dalam kehidupan aku yang aku nak update is…..Allhamdulilah finally hujung tahun lepas aku dah berpindah ke rumah aku sendiri yg aku beli in 2019. Syukur sangat2. Selepas menjadi salah sorang mangsa banjir besar Shah Alam tahun 2021 dan finally sekarang dapat duduk rumah sendiri,  rasa bersyukur tu xtau nak habaq laa. Ya aku adalah magsa banjir besar tahun 2021. Macam x percaya pun ada Shah Alam yang aku dah menetap lebih 20 tahun ni tetiba dilanda banjir besar. Ayaq masuk dalam rumah weh. Walaupun cuma rumah sewa tapi banyak barang2 aku dalam rumah tu since aku dah stay situ lebih 5 tahun and barang2 mama & abah pun ada jugak. Cumanya aku bernasib baik sikit masa ayaq masuk dalam rumah tu aku tak ada kat Rumah. Aku konon2 nak pi staycation kat hotel release stress sudahnya aku lbertambah stress memikirkan keadaan rumah & kereta aku kat Seksyen 17 tuh. Nak makan pun tak lalu. Padahal tujuan datang hotel tu nak makan. Tapi Allah tu maha baik, kerugian & kerosakan yg aku alami tak lah seteruk mana nak dibandingkan dengan orang lain. Barang2 aku kat dalam rumah tu tak banyak yang berharga sangat cuma yang paling aku sayang laptop & buku2, nota2 aku zaman law school dulu habis semua tenggelam. Kereta aku pun pun tak teruk sanagt air sempat masuk jugak sikit tapi Alhamdulilah tak kena engine. Menangis jugaklah masa jiran hantar gambar air dah sampai lepas paras tayar. Apa2 pun Alhamdulilah semua tu dah berlalu dah Alhamdulilah aku dah duduk rumah sendiri sekarang. Apartment aku tingkat 6 Insya Allah tak kena banjir πŸ˜‚


So far aku dah duduk sini dekat 2 bulan, tapi belum siap renovate sepenuhnya. Aku buat sikit2 walaupun budget untuk rumah ni aku dah siap2 letak tepi. Eezwani being Eezwani, punyalah susah aku nak decide walaupun sekadar warna lampu. Susah rupanya pindah rumah baru ni.  Tambah2 bila kena handle semuanya sorang2. Cari tukang wiring pasang paip segala. Malam2 nangis stress sebab semua kena buat sendiri πŸ˜‚. Sampai ke harini aku masih stress pasal rumah. Tak taulah bila nak berakhir. Tapi gitulah im proud of myself sebab handle semua sorang2. Terasa diri ini betul2 independent women sejati. Ok dah la pasal rumah nanti aku buat special appreciation post untuk diri sendiri pasal my first house journey. 



The day I received the keys to my first house :) 






Hari aku draft post ni dah masuk 2 Ramadhan 2023. Biasala bulan2 posa ni otak aku loading nak buat kerja jadi aku perlukan distraction actually. Minggu lepas mama call aku ajak teman dia nak pergi Umrah ziarah & Istanbul BULAN OGOS 2023. Mama bagi aku TAK SAMPAI 24 JAM untuk bagi keputusan sebab katanya makteh nak tolong daftarkan untuk dapatkan rebate menda tah so kena bagitau cepat. Aku jadi blank sekejap sebab aku baru ja laburkan duit untuk renovate & beli barang2 rumah dan banyak lagi keperluan rumah aku harus beli & GUESS WHAT? AKU CAKAP OK MA ADIK BOLEH PI….Aku tak sempat berfikir panjang wehh. I hardly said no to whatever yang mama request. Ni mama ajak pergi umrah takkan aku nak kata tak mau??  Aku kata takdak budget baru pindah rumah, mama willing to chip in pulakk. Tak tau nak bagi alasan apa dah. Malam tu aku cuma sempat fikir mungkin this is His calling. Allah tak kan saja2 nak panggil. Mungkin in tandanya dia rindukan hambanya yang masih banyak dosa ni. Sebabnya during 1st Umrah dulu memang aku banyak kali doa nak datang lagi dalam tempoh 2 tahun. Terlajak la sikit tapi masih dipanggil. Cumanya yg buat aku reluctant sikit sebab ada add onn ziarah Istanbul sekali. Aku baruuuu pergi Turkiye bulan October haritu. Chocolate yang aku beli kat sana pun belum habis makan lagi πŸ˜‚. Esoknya subuh2 mama dah wassap aku tanya keputusan dan aku pun terus masukkkan deposit untuk registration…Lepas dah deposit tu baru aku sempat nak fikir. Betul ka nak pi ni? Aku ready ka nak pi lagi? Umrah journey haritu pun belum sempat habis update. Haaa jadi maka sebab itulah aku kembali ke blog ini nak imbas balik perjalanan umrah pertama aku. Tak sangka post2 yang aku tulis sekadar suka2 sebagai kenangan tu berguna jugak untuk diri sendiri rupanya. Maka dengan ini aku berazam nak sambung balik post2 umrah journey pertama aku sebagai panduan aku sendiri nanti. Kalau ikutkan macam lambat la lagi dalam 4 bulan lagi & macam2 boleh jadi dalam tempoh tu. Entah aku sempat pergi atau tak nobody knows. Tapi since I already said yes, aku kena la prepare sikit apa yang patut. So nantikan (cakap kat diri sendiri) update seterusnya sebab aku nak kena korek balik gambar2 umrah dulu baru ingat balik sequence of events. 

Till then, Bye πŸ’œ

No comments:

Post a Comment