Sunday, July 16

My First Umrah Journey - Day 4 & 5 -Ziarah Masjid Quba & Bukit Uhud

Assalamualaikum!

 

Harini mood rajin nak menulis. Banyak sangat perkara yang berlaku kat sekeliling aku ni membuatkan aku nak unwind sekejap. As to date waktu aku mula draft post ni, (draft tau bukan post) Malaysia masih lagi dalam tempoh PKP yg dah diberi nama baru Pelan Pemulihan Negara pulak..or whatever that means. Sekarang guna fasa2 pulak fasa 1 sampai 4. Negeri yg kes kurang boleh “naik pangkat” ke fasa seterusnya & ada kelonggaran diberikan. Sudah semestinya negeri juara bertahan Selangor ni kelam sangat harapan nak beralih fasa dalam tempoh terdekat. Dalam Selangor saja kek dah 7k lebih. Seluruh Malaysia kes tertinggi harin 21k lebih.. Hari2 aku dihabiskan dengan routine yang sama. Dah lebih dari setengah tahun hidup dalam PKP ni sampai aku dah tak berupaya nak rasa apa2. Hari yang paling menyedihkan utk aku tahun ini adalah Hari Raya Korban haritu. Aku memang stay kat rumah sorang2 tak pergi mana2. Terasa sungguh “pengorbanan” aku tahun ni..


Ok cukup sampai situ update current event. Sambung balik Umrah Journey aku. Esoknya iaitu hari Ke-4 kami di Madinah baru kami dibawa ziarah ke sekitar Kota Madinah. Tempat pertama yang kami ziarah adalah Masjid Quba, masjid pertama yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu solat di dalamnya dengan suatu solat, baginya seperti pahala orang yang melaksanakan umrah"

Hadits riwayat Ibnu Majah.

Kami dah berwudhuk siap2  sebelum keluar tadi dah Alhamdulilah kami dapat tunaikan solat di dalam Masjid Quba haritu. Di sekitar Masjid Quba ni banyak kedai2 menjual kurma. First time aku jumpa kurma segar terus beli. Sedap sangat makan sejuk2! Harga dalam 5-10 riyal bergantung pada jenis kurma.



Dalam Masjid Quba












Dari Masjid Quba, kami ke dibawa ziarah ke ladang & pasar kurma. Kat sini bolehlah boring segala jenis kurma. Tapi aku rasa harga kurma kat sekitar Masjid Quba tadi macam lebih murah. Mungkin dekat pasar ni memang tempat wajib ziarah para Jemaah dari luar so harga “up” la sikit. Aku beli cokelat timbang kilo tu ja dekat sini. Sekilo dalam 30 riyal. 






Selesai shopping di pasar kurma, kami dibawa ziarah ke sekitar Bukit Uhud tempat berlakunya perang Uhud di antara tentera Islam Madinah dan tentera kafir Mekah dan dalam peperangan itu tentera Islam mengalami kekalahan kerana pasukan yang berkubu di Bukit Uhud melanggar arahan Baginda Rasulullah S.A.W supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing mengakibatkan 70 pejuang Islam mati syahid pada Syawal Tahun Ketiga Hijrah termasuk bapa saudara Rasulullah S.A.W, Saidina Hamzah Abdul Mutalib.

Aku dengan kakak panjat separuh jalan untuk tengok view dari atas. Terbatas sikit sebab pakai jubah. So kalau teringin nak panjat masa ziarah kat sini, pakaila baju & kasut yang sesuai. Selesai ziarah kami balik ke Hotel untuk lunch & siap2 untuk solat Zohor. Program Ziarah selalunya memang akan selesai sebelum masuk waktu Zohor. 










Selesai solat Asar kami sempat jalan2 ke pasaraya Dawood sementara nak tunggu waktu Maghrib. Semua jenis barang keperluan ada jual kat situ. Kakak dah plan nak beli jajan serba sikit untuk sedekah sempena birthday dia masa kat Mekah nanti. So kami cuma shopping jajan jalah kat situ.




Esoknya hari Ke-5, lepas solat Subuh & sarapan kami ziarah ke Raudhah sekali lagi. Mama pun ikut sama harini. Rupanya waktu siang orang tak seramai waktu malam. So perjalanan kami ke Raudhah harini lebih mudah. Waktu menunggu pun tak lama macam waktu malam. So dapat la focus lebih sikit masa solat kat dalam Raudhah pagi tu. Alhamdulilah. 


Solat subuh di luar dataran Masjid Nabawi. Kalau nak masuk dalam memang kena datang 1 jam sebelum Azan. 


Langit subuh di Masjid Nabawi 💜




Balik solat subuh akan ada penjual dekat area depan hotel. Macam2 depa jual. 


Breakfast view from our hotel 





Menunggu turn nak masuk Raudhah



Since tak ada program ziarah harini, kami habiskan masa dengan stay di Masjid saja. Malam lepas Isyak kami jalan2 sekitar hotel ambik angin malam. 


Malam2 kat Madinah sejukk 





Sejujurnya antara benda paling seronok aku rasa sepanjang aku berada di Madinah & Mekah  ni adalah kita memang tak payah fikir benda lain selain ibadah. Tak sempat langsung nak fikir pasal hal2 lain, satu perkara yang aku rasa paling payah kita nak buat dalam kehidupan biasa kita. Bukan nak riak tau. Aku sedar diri sebab aku tahu takat mana kerajinan aku dalam beribadah pada hari2 biasa sepanjang hidup aku. Iman pun masih turun naik. Solat pun kadang2 lewat dek kerana sibukkan hal dunia. So aku dapatla merasa “manisnya” ibadah umrah ni sebab kita memang boleh focus almost 100% untuk ibadah saja. Bangun pagi celik mata terus fikir nak siap2 mandi untuk solat. Kalau kat Malaysia jarang2 sekali lah nak bangun sebelum Azan kan..Lepas tu setiap waktu pulak tu dapat solat Jemaah. Perkara yang sangatlah jarang2 nak buat kat Malaysia. Masa kita kat sana memang mostly diisi dengan ibadah saja. Tak payah fikir pasal kerja ka apa. Seronok woo. Memang letak tepi kejap hal dunia. Patutla ada orang yang datang buat umrah tiap2 tahun. Handphone pun jarang2 nak scroll. Aku memang tak subscribed any internet plan. Guna wifi dekat hotel saja.Tu pun wifinya kejap ada kejap tak. Memang aku tak update apa2 sangat dekat social media. takut jadi riak. Selalu terbaca orang datang umrah ni macam pi holiday. So aku seboleh bolehnya elakkan lah. Cuma aku memang banyak snap gambar la. Dah balik Malaysia baru aku upload. Setiap saat rasa berharga sangat kat sana. 

Sampai sini dulu untuk hari ke 4 & 5. Semoga aku rajin nak sambung.

Till then, Bye2 :) 

 

No comments:

Post a Comment